Friends

Sunday, May 10

Review Baby Cradle Sweet Heart dari Lazada RM99

Assalamualaikum.

Ewah ewah detail sangadd tajuk nya. Okeh dah datang dah sawan update blog,, moh le aku amik kesempatan ni mereview bebarang baby buat pedoman bersama. Bukan pe,,, saje ah nak share serba sikit sebab time aku nak membeli haritu pun aku suka baca dulu review review dari yang dah pernah membeli, tau experience diorang, ok ke tak ok ke lepas tu boleh la decide patut beli ke tidokk. So why not aku pun sharing sharing jugak khenzzz.

Since preggy lagi dah discuss dengan husband nak membeli katil baby asing untuk dia sebab nya memasing taknak kalahh nak tido atas katil. Hihi. Kalau tido betiga dengan baby taklehhh, kang ada yang tersiku, terhempap baby kang. Cian baby. Huhuhu.

Tapi masalahnya rumah kami belum boleh masuk dan sekarang masih stay kat rumah mak, segala bebarang kami semua sumbat masuk bilik. Segala hadiah kawen haritu, hadiah orang bagi tiap kali husband bagi talk, barang baby lagi ni, segala mak nenek ada dalam bilik ni sampai naik rimas pulak aku dibueknya T___T Adehh. Bilik memang pack giler ahh, kalau beli baby cot saiz standard tu memang habis langsung ruang nak solat pun takde. Huhu. So aku suggest beli cradle saje lah or gi order baby cot custom made yang guna pine wood tu. Kan sekarang trend perabot pine wood tu kann.

Tanya tukang kayu sorang ni dia cakap kalau nak buat cot yang saiz aku nak tu dia charge around rm150 ke atas gitu. Itu secara kasar lahh sebab aku tanya dia jawab on the spot gitu gitu je. Nak tepat dia kena ukur bagai dulu. Terus cancel. Apa ke mahal nau khenzz padahal request design simple je pun. Adeii.

Ada gak gi survey kat kedai baby memang rata rata takde yang macam kami nak. Mostly saiz biasa yang pada kami besorrr, cradle pulak tak banyak kedai ada,, kalau ada pun harga dia melebihi bajet kami.

Actually haritu dah survey kat lazada ada cradle Sweet Heart harga seratus lebih jer. Itu yang letak bajet tak nak lebih rm150 tu. Pastu duk tunggu green light dari husband punya lah lamaaaaaaa, then dah dapat green light time nak membeli tu dah takde dah cradle tu kat website tu. Menangisi lah aku.

After deliver dah petengahan pantang tu survey online lagi cradle baby kat Lazada memandangkan habis pantang terus nak bawak baby tido kat bilik together gether. Pappppp ada pulak dah cradle Sweet Heart yang macam haritu. Tapi harga dia lagiiii murah dari haritu wehhh. Tinggal rm99 sajork termasuk pos. Rejekiii beli time lagi murah dari haritu ;) ;) Tak tunggu lama terus klik 'Buy Now'

Menurut terms n conds kat situ katanya shipping ambik masa dalam seminggu ke dua minggu tapi rasanya belum sampai seminggu cradle dah tercangak depan pintu rumah dah. Yeppaaa! Cepat sunggoh. Memang puas hati sangat shopping kat Lazada weh. Senang dan pantas. I ols is like.

Yang kureng sikit sebab dalam gambar kat website cradle tu macam colour merah, tapi yang sampai colour oren. Tapi takpe lahh tak kisah la, oren pun oren lah. Janji hado dan bawah seratos. Dia datang dalam kotak besorrr tau, then korang kena lah pasang memasang, dia ada sedia manual kot kalau tak salah aku. Ntah la weh sebab part pasang pasang ni semua aku serah kat husband.

Yang ku tahu cradle ni tempat tido dia dalammmmm. Means baby korang akan dikelilingi dengan kain yang material dia macam panas je kalau baby duk dalam tu. Takut gak baby panas sebab cuaca kat kedah time tu panas yang gilaaaa punya panas. Dalam pantang tepaksa pasang aircond weh sebab memang bahang dia perghhh merecikk. Hihi

So first few weeks tu tersadai je lah cradle tu kat sisi katil, tak guna pun. Sedih je beli tak guna, sampai dah pikir nak let go dah haa. Pastu camne ntah dapat idea nak lapik comforter bebanyak kat dalam tu. Bagi tinggi sikit so takde lah panas sangat kot baby tido situ. Try letak salman pun, tido elok je dia haaa. Alhamdulillah beguna gak benda alah ni, nasib belum let go, mak bapak salman pun dah boleh tido atas katil macam biasa ;)


Camni la ghupe dia tido dalam cradle dia. Sebabkan cradle ni tinggi dari katil, aku tak dapat tengok baby kat dalam tu. Takut gak dia muntah ke ape sebab salman ni satu masa haritu kerap gak muntah. Pastu kalau muntah senyap je dia haa, takde nangis apa, kalau tak nampak memang bahaya. So aku letak cermin pasangkan dengan flexible phone holder buat ala ala side mirror kat situu. Dapat la aku pantau dia dari cermin tu. Giteww. 

Cradle ni boleh setting goyang goyang macam buai, tapi kami tak buat dia goyang goyang pun sebab kami memang nak dia statik macam katil jer. Kalau nak guna as buai pun selamat je, korang takyah risau sebab dia ada tali attach kat besi dan klip kiri kanan so nanti takde lah korang terover goyang sampai dia pusing 360 darjah ke hape.

Pastu lagi cradle ni juga didatangkan dengan kelambu. Best kelambu ni, kemas. Tapi pun kami tak guna sebab punya la takut baby panas. Lagipun takde banyak nyamuk sangat dalam bilik. Pastu leceh nak buka tutup buka tutup kelambu ;)

Overall puas hati sangat dengan cradle Sweet Heart ni dengan harganya. Tapi tak dapat pakai lama lah rasanya sebab salman yang baru dua bulan lebih ni pun dah nampak sendat sendat dah. Aku syak salman just dapat pakai sampai 4 bulan je kot. Entah.. Nanti aku update semula kalau ingat yer.

Pastu cradle ni tak sesuai kalau korang nak guna di sini sana (portable) sebab saiz dia quite bulky untuk diangkut kesana kemari lepastu dia takde roda tau, kalau ada roda senang sikit nak mengheret kan. Pastu dia takleh lipat lipat ye, kena buka skru bagai kalau nak simpan.

Dari segi keselamatan, okey la aku nengok. Material dia guna pun okey kot cuma tu arhh aku je takut panas sebab dia guna kain licin tu kat keliling tempat tido. Lagipula kedah kan panas, bila aku panas, aku risau gilerr baby pun panas,, terus syak kain tu panas lah ape lah kan. Ntah ntah okey je. Korang try arh.

Okey lah rasanya tu je kot aku boleh share. Kalau ade apa apa soalan boleh komen kat bawah or direct wechat aku. InsyaAllah aku try jawab. Ewah. Tapi siyes aku tak nyesal labur rm99 for this cradle. Cheapest cradle yang aku penah jumpa okehhh. Kalau kat kedai berganda ganda ganda rege dia, design merepek pulak tu. Heh ;D

1 comment:

Пётр Ларионов said...

Рекомендую: индивидуалки Москвы старше. Спортивный парень,любящий спорт и девушек. Готов встретится с девушкой от 20 до 35 лет, для увлекательного и полного блаженства времяпровождения. Гарантирую, что со мной вы получите массу удовольствия и положительных эмоций.