Friends

Thursday, May 7

Pengalaman Bersalin Muhammad Salman Ali

Assalamualaikum.

Dua bulan lebih dah salman, tapi nak gak share experience bersalinkan salman kat sini buat baca 10 20 tahun lagi. Kalau boleh taknak tinggal satu detik pun experience yang "money cant buy" ni. Ewah ;)

Back to penghujung pregnancy haritu, sebabkan takda tanda tanda salman nak keluar walaupun dah EDD (28 Feb 2015) doktor bagi tempoh lagi 7 hari, kalau tak keluar jugak 7 March nak tak nak doktor akan induce. Dalam tempoh tu memacam gak lah tips untuk cepat bersalin yang aku apply sebab memang tak nak sangat sangat induce. Orang kata sakit dia takde gap macam bersalin normal. Glup.

3March, ada macam jelly jernih kat underwear, tapi aku ignore je lah. Esok nya 4March pun keluar lagi jelly tapi kali ni colour nak ke coklat coklat sikit. Bagitau nurse time cek perut petang tu, dia suruh gi hospital hari tu jugak, tapi aku takgi pun sebab takde rasa nak terberanak lagi pun.

5March dah mula rasa sakit light light. Ajak husband gi hospital, doktor cek jalan dah buka 2cm. Tapi sebab kan ini anak first, biasanya lambat buka jalan, pastu jarak rumah ke hospital pun dekat jer, aku boleh balik dulu, sakit nanti baru datang balik.

Dari balik tu sampai ke malam melayan sakit yang kejap kejap datang tu, sampai malam nak tido dah tak lena dah. Tetengah pagi jam 2.30 pagi husband ajak gi hospital. Kat hospital depa cek katanya jalan baru buka 3cm. Terus warded. Patut nya boleh balik rumah dulu, tapi sebab husband takut jadi pape plus first experience kan, dia mintak stay situ je.

Dari mula warded sampai ke pagi aku tak dapat lelap. Sakit pinggang ya amat. Pastu kena menahan sakit sensorang pulak sebab HSB tak bagi sesape pun teman even husband. Kami ingat husband boleh teman,, sekali nurse suruh husband keluar. Terus bedesupp la aku whatsapp memarah husband sebab paksa aku warded. Kihkih. Sorry abam ;)

Then pagi tu sakit makin menjadi jadi. Pukul 10.30 pagi cek bukaan dah 4cm. Patutnya dah boleh masuk labour room, tapi sebab labour room penuh kena tunggu dulu.

Pukul 12.30 tengahari waktu ditunggu tunggu, waktu melawat. Hihi. Husband, mak, abah datang bawak kemain banyak makanan. Sebab kan pagi tu just makan nasi goreng sesuap dua dengan kurma je, maybe perut kosong kot, makan je nasik tengahari tu terus muntah. Sobs.

Tengahari tu jugak minta pain killer sebab memang tak leh blah dah sakit pinggang. Mana dengan tak tido semalam, makan tak lalu lagi. Rasa lemah teramat. Dapat je pain killer tu terus rasa high habis. Lena terus aku. Puas. Hihi.

Terjaga dari tido sebab rasa constraction. Sebab rasa penangan ubat dah makin kurang, aku call nurse dari katil tu mintak pain killer lagi tapi dia tak kasi. Then cek jalan dah buka 5cm. Pastu niat nya nak makan banyak banyak buat tenaga untuk meneran kejap lagi, tapi tak sempat makan banyak nurse dah datang bawak wheelchair cakap dah boleh masuk labour room. Haih.

Aku masuk labour room dalam pukul 5 petang gitu kot, then pecah air ketuban, debar dah time tuu, takot nak bayang sakit besalin,, sakit constraction pun dah cannot go dah T.T

Jam 6 petang husband masuk. Time ni dah mula rasa sakit tapi still antara gap tu boleh duk borak dengan husband lagilah. Pastu sakit makin lama makin kerap dan makin sakit. Habis ditempitnya satu bilik tu, takde pikir lain dah time tu,, pain killer je duk mintak kat doktor pelatih indian tu, tapi sebab dah amik pain killer sebelum masuk labour room tu, so depa tak bagi lah sebab belum cukup time gap. Kang overdose pulekk.

Pastu lepas mengharungi sakit yang gila dasyat sampai tak reti nak gambarkan tu, tibalah masa untuk push. Time push ni tak dapat control dah. Walaupun time mengandung lagi duk baca tips pernafasan lah, position time push lah apalah. Hakikatnya aku tak apply pun. Huhu. Bontot pun aku angkat, punya lah menahan sakit.

Banyak kali lah jugak aku push, rasanya dalam tiga pat kali jugak kot. Mula push dah keluar then aku tercungap, kekdahnya termasuk lah balik si salman tu. Then push lagi dan lagi then terasa bawah tu digunting, pastu zappp meluncur laju je baby diikuti dengan suara nangis. Alhamdulillah jam 8.13 malam selamat aku bersalin.

Lega sangattttt lah, tengok husband, soalan pertama keluar,, lelaki?? Huhuhu. And yesss laki laki, seperti yang dijangka. Then nurse datang letak salman atas dada and husband azankan. Perasaan tengok anak sendiri perghhhhh best sangat, langsung hilang sakit sakit tadi. Hihi.

Pastu husband disuruh keluar. Tiba saat yang paling azab dan yang paling buat aku serik beranak kat hospital kerajaan >.< Azab yang pertama of course azab nak jahit kat bawah tu. Nak nak pulak koyak aku quite teruk sebab siap angkat bontot bagai kan time push tadi. Hihi. Azab yang kedua time ni lah segala mak nenek doktor pelatih datang bekumpul ramai ramai buat aku macam apa tahh. Kumpul ramai ramai tu takde hal lagi, yang ada sorang dua yang macam mintak lempang laju laju, aku tengah sakit dia boleh buat takde perasaan. Pastu nak drip tangan pun tehegeh habis merata dia cucuk tangan aku, mana nak tahan sakit kena jahit lagi time tu. Tak memasal aku sergah dia sebab plaster kuat sangat sampai darah tak leh jalan. Nasib lah,, habuan akuu ;(

Sattle semua dalam pukul 10 lebih jugak lah. Nurse bagi aku milo panas,, habis licin aku kerjakan. Lapar kann. Hee. Then nurse bawak salman suruh aku susukan then tinggal aku berdua dengan si salman ;) Pastu aku ditolak ke wad. Moment terpaling maniss bila part aku ditolak tu, dari belakang nurse aku nampak muka happy + lega husband dan mak duk kejar katil. Huhu. Alhamdulillah semua ok. Syukur.

Kat wad aku ditempatkan kat katil tambahan sebab katil dah penuh. Part ni pun tragis gak haa, kena tido kat tengah laluan orang nak ke toilet, dengan langsir apa xda, kipas pun jauhh, panas ya amat >.< Nak xnak malam tu bemalam lah aku kat wad tu dengan ditemani salman. Nasib salman behave sangat malam tu, tido je dia. Nasib baik. Buatnya dia meraung malam tu,,, huhhh xdapat nak imagine. Dah la first experience, tengah tengah duk sakit pulak lagi. Adeiii

Esok nya aku dibenarkan balik jam 5petang kalau tak silap sebab sampai rumah pun dah nak maghrib dah. Alhamdulillah sattle sudah segalanya. Pegalaman yang tragis tapi still ada manis nya untuk dikenang sampai bia bila. Now i know macam mana struggle nya sorang mak melahirkan. Tu baru melahirkan, belum membesarkan lagi. . Sobs. I love you mak! Eh tetiba. Huhy. Ok lah alhamdulillah jugak sattle pun menaip entry ni. Makan masa bebulan nii nak update entry yang satu ni pun -.-

Akhir kata, nah aku tempek bebesor gambar first salman dicapture oleh daddy nya. Bengkak lagi haa time tu.