Friends

Wednesday, February 11

Agak-agak Baby Boy ke Baby Girl?

Assalamualaikum.

Memandangkan sampai ke sekarang aku tak tau pun jantina baby dalam perut ni walaupun lagi dua minggu je lagi EDD, ramai lah yang main teka teka baby boy ke baby girl ke. Mostly teka baby boy mandangkan perut aku yang memboyot ke depan and kalau tengok dari belakang, tak rupa preggy mom pun. Tapi ada gak yang teka baby girl sebab doktor scan haritu dia kepit kaki, malu nak tunjuk. Hihi. Macam macam kan,, aku sendiri pun curious nak tau sebenarnya, tapi biarlahh tunggu bersalin esok kasi sepraissss :))

Kalau dulu nak tau gender baby, banyak je kan tanda tanda yang atok nenek kita dulu consider. Maklum lah dulu mana ada scan scan ni haa. Main tengok tanda tanda camni je la nak buat persiapan baby. Aku punya persiapan baby semua beli yang unisex je,, puas tahan diri dari beli bebarang gurly gurly tau. Fuu.. So tadi sesajer lah gi google tanda tanda jantina baby ketika hamil. Jom kita check.. Hi. Hi.

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.
Hah ni tanda yang paling femes ni, ramai yang cakap baby ni baby boy sebab nengok kan perut aku yang meruncing ke depan lah, kalau tengok dari belakang takde rupa macam tengah mengandung pun. Kalau tengok dari depan pun nampak kocikk je perut, tengok dari sisi baru nampak.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...
First time dengar tanda yang macam ni, mandangkan ini anak first kena skip lah part ni yerk.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.
Yang ini dengar dari mertua. Hihi. Kalau ikut kan aku sejak dulu lagi lebih pada mengiring sebelah kiri.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.
Aku rasa kiri kanan pun sama banyak je baby ni suka duduk. Tapi sekarang ni tengah merasa dia parking kat sebelah kiri ni.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 
Haa time awal awal preggy dulu suka la jugak pakai pakai kat muka tempek BBC, blusher gitu gitu, maklum la duk berulang pi kelas kan. Sekarang ni di hujung hujung pregnancy lepak rumah je, kalau keluar pun keluar kejap kejap je so lebih kepada muka togel jer.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.
Takda putus, straight je.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
Haritu ada lah classmate tegur muka ada seri. Ewahh. Tapi aku rasa sama sajork muka nya,, takda beza pun dulu dengan sekarang, sememeh serupa tu jugak. Huhu.

8) Ibu tidak mengalami morning sickness di awal awal kehamilan dikatakan anak lelaki, jika ada dipercayaai kemungkinan anak perempuan.
Takda alami morning sickness time awal awal tu, cuma time trimester kedua kot ada muntah muntah sikit. Itu pun dua tiga hari camtu je. Alhamdulillah.

9) Melihat kepada cara pemakanan si ibu. Jika si ibu gemar makan makanan yang masin/masam dikatakan sedang hamil anak lelaki, sebaliknya jika si ibu lebih cenderung kepada makanan manis dikatakan anak perempuan.
Haa ini memang terang lagi nyata suka sangat sangat sangat makan manis, ice cream, chocolate memang favourite!

10) Melihat kepada warna urine. Jika urine si ibu berwarna gelap dipercayai si ibu sedang mengandung anak lelaki. Jika sebaliknya, kemungkinan anak perempuan.
Yang ni sebelum masuk bulan ketujuh, time takde ambik apa apa ubat dulu memang urine cerah je. But since ambik Obimin, Iberet, colour urine pun dah sedikit pekat walaupun takde masalah urine kotor ke apa. Maybe penangan ubat yang aku ambik tu kot.

Haa sepuluh sudah lah tanda, actually kalau ikutkan banyak je lagi tanda tanda yang aku tak list kat sini, yang tak masuk akal pun hadoo, cer lah korang google. Memacam kan. So based on tanda kat atas ni, aku pun tak dapat nak buat conclusion baby boy ke girl. Tunggu je lah nanti dalam bilik besalin nanti apa yang keluar aku terima je seadanya. Wee~