Friends

Tuesday, January 27

Nafas Baru

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama mengadap hello kitty kat blog ni, aku rasa its time to change to something yang lebih ke mak mak kan sikit, more ladies, more mature. Maklum lah dik non tak lama lagi i ols ni nak jadi mak orang dah pun. Huhu. Plus minus lagi sebulan insyaAllah. Perasaan dia ya Allah tak reti aku nak ceritakan sebab nya aku tak pernah expect aku akan jadi someone's mom di masa umur ku sekarang yang aku kira muda lagi kot bagi diri aku. Nak handle diri sendiri pun tak berapa nak confident ni kan pulak nak handle anak sendiri nanti. Huaa tak reti nak membayangkan T_T

Namun apa pun chill je lah kan, follow the flow ajer lah. Apo nak dikato. Sekarang pun aku ada gak lah rerajin google cara handle anak, amik tau teori sikit sikit. Antara blog yang banyak aku refer blog kak jiji. Dia banyak lah share cara handle anak, apa boleh buat, apa tak boleh buat as a parent. Yang penting info dia based on orang yang arif pasal psikologi kekanak ni. Cara penulisan dia pun cool cool gitchu. I is like okeh. 

Pastu kalau aku jumpa info aku share link sesama dengan suami kasi dia baca sekali dengan harapan kalau ada silap salah ke hape nanti sesama dapat tolong betulkan. Camtu. Walaupon suami ku itu kaunselor kerjanya, namun aku selalu macam tak confident jewww dengan dia. Hahaha. Ampun bang ampunn,, mungkin sebab sesama first time kan nak punya anak sendiri ni. InsyaAllah kita cuba yang terbaik ye.

Eh gapo dia aku melalut oii, nak cerita pasal blog je sebenarnya pun. Tetiba je terlebih rajin nak tukar rupa blog, tapi rajin rajin pun takde rajin mana, aku kasi pakai je template free blogspot tu. Header pun tak kose aku nak photoshop bagai. Lantak kan ajerr togel begitu. Huhu. Bye nak zzZ dulu tapi sebelum tu nah penutup entry aku belanja gambar selfie tayang perut boyot lapan bulan. Dah lama kan aku tak tayang diri sendiri kat blog ni. Huhu. Baru snap petang tadi jer ni sebelum gi cod skincare best, nanti aku story pasal skincare tu insyaAllah kalau aku rajin. Byeeee~

excuse bilik sepah sepah itew yer