Friends

Saturday, December 6

Review Tabung Haji Hotel Alor Setar

Assalamualaikum.

Harini lari topik jap,, sejak dua menjak ni kemain sangat kan citer pasal preggy, moh le kite review pasal Hotel Tabung Haji Alor Setar pulak. Patutnya dah lama review tapi tangguh tangguh tangguh end up dah bersarang dah post ni dalam draft. Huhu.

Dah dah aku terus review je lah ye,,  haritu birthday soami aku aku decide nak buat romantic surprise kat hotel since kami takde rumah sendiri lagi, so hotel pilihan adalah TH Hotel sajork. Entry romantic surprise tu korang boleh cari sendiri ye kat previous previous post, aku macam malas malas sikit nak letak link kat sini. Huhuhuu

Okeh persoalan nya kenapa TH Hotel?? Pertama sebab tak banyak hotel semenggah kat Alor Setar ni pun, pastu dah TH Hotel ni boleh dikatakan hotel baru jugak time tu, so aku pilih hotel ni. Yang kedua, aku tengok review orang yang dah stay sini ramai yang puas hati. Ketiga, under my budget. Kalau ikut kan ada lagi satu hotel yang lagi baru, lagi wow tapi kos dia pun wowww jugekk,, so mari lah booking TH Hotel sajork. Huhuu

Aku booking hotel ni through Agoda.com je, dapat lah murah dari exact price kengkonon nyaaa.. padahal lebih kurang je pun harga dia aku rasa. Aku pilih bilik superior queen sekali dengan breakfast, tak ingat exact price,,, tapi under 200 lah. Kalau tengok harga harini kat agoda.com RM160.38 tak include tax. Harga asal dia tulis RM400++ habaq hanggg,,, macam tak masuk akal jer =.='

Okeh bawah ni aku share dengan korang gambar bilik aku stay tu ye sebelum diusik dan didecorate kan dengan romantic surprise ala aku tu. Hekhek.


Okey ini view dari pintu masuk,, bagi aku okey lahhh, macam typical hotel lah kan ada katil ada tv, almari, small pantry semua tu


Bilik nya luas juga, kira takda lah nak solat pun sampai kena solat kat ceruk ceruk ruang kann..


Dalam almari dia dah provide kan extra bantal dua biji, dah takyah nak request request dah. Bagusss..


Pun dia provide iron dengan iron board dalam almari dah tak payah request, tapi iron dia ntah rosak ke ntah aku yang tak pandai guna ke apa ntah laa.. Tapi habis basah lah baju aku lencun dek kerna iron tu, nasib ada hair dryer dalam toilet pun dia dah provide.


Sejadah juga disediakan, takyah request jugak. Katil nya queen saja tapi okey lah untuk aku laki bini, buat apa besor besor ye dak.


Ini small pantry dia, bawah tu korang buka pintu akan nampak fridge.


Pastu ada cermin besor,, senang korang nak ootd upload masuk stagram. Huhuhu


Dan ni bilik air nya. Bersih dan okeyyy aku puas hati sebab ada cermin kaca tu buat seperator tempat mandi dengan sinki, toilet semua tu. Pastu korang nampak shower dia??? Besor kannn.. memang sedap mandi wehh. Thorbaikk


And the best part is dari bilik ni bila buka langsir korang dapat tengok pemandangan yang MasyaAllah cantik bangettt. Sawah padi luas terbentang, time pepagi lagi best dapat tengok orang orang pi sawah buat kerja demi mencari duit,, terus rasa sayu hatiku ini tau. Pastu dari sini pun boleh nampak swimming pool hotel ni, tapi sipi sipi je lahh sebab berbumbung and tetengah bangunan.


Haa ini time breakfast. Makanan dia not bad,, banyak juga la choice, ada lah aku try dua tiga jenis.


Yang ni biasalah koko krunch dengan susu, kalau tak datang hotel ni pun boleh rasa, tapii sebab favourite aku, aku amik jugak lah. Huhu


Nasik hujan panas dengan kari ayam dengan sayur tu aku tak tau masak apa, tapi sedap jugak walaupun makanan tak berapa panas mana. Huhu


Air oren ada laici ada, susu ada, air panas pun ada,, memacam lagi ada tinggal dah tak larat nak sumbat masuk perut je. Huhu. Alhamdulillah makanan dia mengikut tekak dan perut aku, aku sedap jee. Kalau korang tak tau lah. Ngee

Overall kalau ikut kan aku yang stay hotel budget pun takda hal ni, aku puas hati je stay sini, service pun okey je. Korang macam mana?? Try laaa, nanti review let me know ya. Hihi toodless