Friends

Sunday, October 26

Birthday Surprise Untuk Suami

Assalamualaikum.

Sebabkan sekarang dah pukul 11,27 malam, means lebih kurang lagi setengah jam lagi lah birthday Cik Deng. Aku dah sesiap set alarm dah ni ha nak wish jam doblas nanti sebab aku ni buleh tahan mak nenek gak pelupanya. Haritu awal bulan dulu Cik Deng bagi bagi hint cakap dia ada meeting n takleh cuti time 27hb pun aku macam blur blur gitu, ada apa hal dengan 27hb?? Hahah. Konghajo sangat kan birthday laki sendiri pun boleh lupa. Gedebushhhh!

Oleh sebab musabab 27hb hari isnin, and Cik Deng ada meeting n tak dapat cuti, dahtu kami plak weekend couple gitu, nak celebrate pun samada jumaat or sabtu je lah. Punya lah pikio punya pikio nak celebrate pesyen macam mana kan mandangkan aku bukan reti sangat nak plan celebrate celebrate ni. Huhu. Nak jejalan tengok wayang shopping shopping, macam dah selalu je buat gitu, Nak makan makan, tak best ar sebab aku bukan hantu makan pun. Nak just bagi hadiah je, hadiah apa pun aku tak tau nak kasi. Huhu. 

Nak dijadikan cite nya ntah camna boleh tepikir nak buat ala ala romantic surprise kengkonon nya decorate decorate bilik bagai dengan bunga rose, lilin bagai tu. Tapi tapi tapi sebabkan kami ni rumah sendiri pun takda lagi, macam tak feeling ah nak buat kat rumah family en, cewahh. So dahku pun ntah camna terpikir ntah jom kita booking hotel sajork. Huhu. Bukan selalu wehh nak tidoq hotel padahal rumah dekat cetttt. Setahun sekali saja wehh. Huuu. 

Lebih kurang seharian gak duk survey survey hotel best kat alor setaq ni tapi non hadoo pun. Last last aku decide untuk pilih TH Hotel sebab nya hotel tu semenggah sikit sebab hotel baru kann, pastu still under budget. Yess, selaku student yang tak dapat ptptn nak buat apa pun harus ada budget yer tuan tuan dan puan puan. Huhu. Time booking tu pun aku tutup sebelah mata tuu time buat payment. Kehkeh.

Dipendek kan ceritanya seharian tu jugak sesi menggoogle deco bilik pun dijalankan, pastu sesiap tulis apa yang nak dibeli then seharian keesokkan harinya sesi shopping pastu keesokkan harinya lagi adalah hari nak celebrate. Kira memang bebetul last minit punya planning la. Phew sangatt uols~

Makanya hari jemaat yakni 24hb Oktober 2014 pun tiba. Cik Deng sampai alor setaq pagi tu jam 4 lebih. Din dong din dong jam 9 pagi gitu kami keluar gi breakfast then gi rumah mertua ku. Jam 11 aku mintak diri nak gi amik kek aku order kat Jitra. Tapi aku tak bagitau Cik Deng pun lah aku gi amik kek, aku cakap gi amik barang aku order dengan seller je kat jitra tu and awal awal lagi aku cakap aku nak gi sendiri je. Kehkhe.

Lepas ambik kek, aku gi singgah kedai bunga, sesaja je niat nak tanya rose petals berapa harga mandangkan idok pernah membeli khonn,, sekali murah kauu. RM8 je seplastik. Terus ambik bayar je tak banyak bunyik. Huhu. Lepas beli petals balik rumah bungkus baju and barang barang then 2.45 petang gitu terus gi check in hotel. Lepastu sesi mendeko pun gigih dijalankan sampai pukul 4 Cik Deng dah call call tanya pegi mana apa semua. Huhuhu. Terus le cecepat aku gi rumah mertua balik.

Pastu kannn.. din dong din dong lagi malam tu lepas maghrib aku ngajak Cik Deng gi makan kat kedai makan area dekat dengan hotel tu je. Plan baekkk punya sebab kedai makan tu jalan dah menghala ke hotel tu dah, aku bajet lepas habis makan terus je ke hotel sekali kedai tu tutup daaaa. Hancuss plan. Terpaksa lah ke Jitra plak kengkonon nak try nasik mandhi femes kat Jitra tu, padahal nak ngelat taknak bagi Cik Deng u turn balik. Huhu. Tapi sebab memasing kenyang ntah kenapa, kami bungkus saja.

Siap tapau nasik, aku offer diri nak drive kengkonon sebab Cik Deng sibuk mengreply whatsapp orang duk tanya pasal Tone Excel. Alhamdulillah ramai yang berminat nak join Tone Excel ye setakat hari ni, yang nak buat guna sendiri ada, yang nak buat side income ada. Memang tak da rugi apa weh sebab even guna untuk diri sendiri pun memacam manfaat korang boleh dapat, nak buat side income lagilah betambah manfaat korang dapat. Seriyes tak tipu. Ok dah sudah, kita buat entry Tone Excel lain kali, kalau korang nak tanya lebih lanjut boleh whatsapp aku je 0135272475. Nanti aku explain detail okeyy.

Ahaa then terus skip cerita lah, sesi tanjat tanjat tu malas nak citer tapi apa pun aku anggap surprise aku ni menjadi laa. Huhu. Nah nah aku belanja gambar, deco klise sangat pun,, macam dalam google sejibik sejibik aku tiru, ngehh. Tinggal belon helium je penat aku mencari tapi tak jumpa jumpa kat alor setaq ni. Kalau ada lagi A plus plus la decoration aku ni. Hihi.





Oh lupa, ada laaa yang jual belon helium tu,, tapi minimum order 150biji, aku nak buat hape je bebanyak sangat kan belon, itu pasal terus cancel je lah belon helium dari list. Tapi kalau ada orang alor setaq yang mencari nah aku kasi contact number orang tu 012 459 9156. Sama sama ;)



Haa sebab budget ada sikit sikit lagi, aku pun membeli hadiah, macam tak kena plak birthday takda hadiah enn. Huhu. Hadiahnya berupa sport shoe brand power sajork. Gitu. Beli sport shoe sebab haritu Cik Deng nak beli sport shoe promotion kat giant aku tak kasi sebab tengok macam tak semenggah pun kasut tu. Beriya dia nak beli, beriya aku tak kasi. Itu yang beli sport shoe ni haa ke dia. Pastu nak beli brand memahal macam tak sampai hati sebab laki aku tu nak jogging pun sebulan sekali je kot. Haha. Last last tadaaaa hambek lah kasut ni. Aku beli colour coklat sama dengan kasut giant yang dia nak sangat haritu tuu. Hee.. Syukur Cik Deng suka, berani dia tak suka?! ;/

Then lepak hotel lah kami malam tu, pagi esok tu turun breakfast, then niat nak gi jejalan tengok swimming pool hotel tu tapi tutup pulak, pastu naik bilik sambung membute sampai jam 11 sesiap nak check out.
Sebelum check out. Iron board pun nak interframe ;)

Gitu je lah haaa cara aku celebrate birthday pertama Cik Deng sebagai suamiku. Tahun depan sila jangan expect yang sebegini lagi please sebab tahun depan insyaAllah dah ada anak kicik, tak dopek la den nak prepare macam gini kot, tapi insyaAllah kalau ada rezeki lebih apa salah nya ye dokk, syok jugak sekali sekala ubah angin. Hihihi ;P