Friends

Wednesday, September 10

Salam Semester 7

Assalamualaikum.

Aku sekarang dah kat unibesiti lagiii. Memulakan lagi semester baru yakni semester ke7 ku. Minggu first ni idok le busy kebeno pon walaupon dah ada satu assignment. dan lagi ah jenguk jenguk blog. Lagipon memang niat di hati nak post pasal new sem ni pon sebab sem ni special sikit compare dengan semester semester lepas. Haaa..

Few weeks before masuk sem haritu aku check nombor bilik ku kat portal unibesiti. Maklum lah tiap tahun mesti tukar bilik punya. Kalau tahun first dulu kat aras 5, tahun second kat aras 1, tahun third pon kat aras 1 tapi blok nya ke belakang sikit yang mana bilik tahun ke 3 tu la yang paling aku sukaaaaaa dan jauh di sudut hatiku sangat berharap dapat stay kat bilik tu lagi untuk sem yang terakhir ni. Sebab bilik tu sangat best yang mana aku boleh park kereta betul betul di depan bilik ku dan of course sebab bilik tu aras bawah yang mana aku takyah susah susah nak panjat tangga. Nak nak lagi sem ni aku membawak peyottt kan. Huhu.

Namun. Segala nya tuntas bilamana di bahagian nombor bilik itu tertera nama dpp ataupun dewan penginapan pelajar yang berbeda daripada dpp ku pada ketiga tiga tahun lepas. Huaaaa! Maksudnya disini aku telah diapung atau ditendang gedebusshhhh oleh dpp yang aku duduki sepanjang 3tahun sebelum ni akibat ketidakaktifan diri ini. Padan lah muka aku kan. Huhu. Tapi idok le aku keciwa mana pon time tu sebab pada hemat ku best gak dapat merasa stay kat dpp lain, environment lain. Haa gitu.

Sebab apa aku cakap environment nya lain? Sebabnya dpp aku yang dulu tu dpp yang agak baru dibina laaa compared to dpp dpp lain kat dalam unibersiti ni. So dia punya structure bangunan dia lain. Kalau kat dpp aku yang dulu tu dia buat ala ala macam hostel sikit, dpp aku yang sekarang ni dia buat ala ala apa eaaa,,, aku pon tak tau. Ala ala flat kot. Huhuhu. Entohh. Tapi structure lain lahh senang ceta. Makanya begitu lah perasaan ku bila dapat tau kena stay dpp yang sekarang niii. Oh lupa cakap, dpp sekarang ni diberi nama TM yer. Dan dpp dulu tu YAB stand for Yayasan Albukhary. TM tu Telekom Malaysia.

Seterusnya ton ten ton ten ton ten hari Ahad 7hb Sept pon tiba, oleh sebab aku punya kelas pukul 1petang, pukul 12 aku baru sibuk sibuk angkut barang masuk lam kete kat umoh ku kat Alor Setaq nunn. Pastu sampai unibesiti pon ngam ngam la pukul 1, terus ku masuk kelas dulu. Tapi biasa arr awal awal sem ni kan, bukan belajor pon lecturer ku habiskan kelas awal, so boleh lah aku gi amik kunci bilik kat pejabat TM. Sekaliiiiii dapat bilik aras 4 hoii. Sekali lagi, ARAS EMPAT!! Nak tukar aras bawah dia cakap bilik semua dah penuh. Dah dua tahun aku stay aras 1 kat YAB dulu kottt sampai tangga pon aku dah tak kenal, sekarang dia bagi aku duduk aras empat. Cisss kek betul. Cakap aku preggy pon akak tu boleh buat rilek cakap kalau ada adalah kalau takda takda lah. Haihhh macam nak cepuk je muka akak tu la la tu jugak. Dia tak merasa mengandung lagi boleh la dia buat tak berperasaan camtu. Choi betul.

Pastu apo nak dikato aku gi SAC pon hampeh je memamsing, makanya tidurlah aku di aras 4 malam tu. TApi aku tak bawak naik semua barang pon, just bawak apa yang nak guna malam tu je. Itu pon macam nak patah pinggang menggalas beg. Huhu. Esoknya pepagi lagi aku call ofis Yab. Ngadu kat akak tu kalau kalau ada bilik kosong kat Yab, sedekahlah kat aku satu. Huhu. Aku cite ar semua semua pasal akak kerek tu pon aku cite. Nasib baik akak Yab tu baik lagi penyayang mendengar aduan ku lalu call akak TM ni. Dia cakap pe tu aku tak tau arr tapi pastu aku dapat call dari akak TM suruh aku gi ofis TM amik kunci bilik bawah. Haaaa ada plak bilik bawah. Nampak tak permainan dia? Grr..

Lepas amik kunci bergumbira lah aku kat bilik bawah. Wuhuu. Sattle problem! Yang tak best nya bilik punya jauhh di hujung sana park kereta plak di hujung sinunnn.. Nak angkut barang pon sampai ke sekarang masih ada lagi sikit sikit barang kat dalam kete tak habis angkut. Tapi tak pe lah kan, syukur aja as long as tak payah naik tangga. Huhu.

Okey sekarang meh nak cite pasal dpp TM yang lain nau nau dengan dpp YAB tu. Huhuhu. Sebelum gi tempat lain meh tengok bilik nya dulu yer.


Haa perabot baru ye tuan tuan dan puan puan. Dan colour nya oren sebab ikut colour TM kan oren. Kalau dpp lain colour lain lah. Macam Yab guna perabot lama yang kayu hitam tuuu lagi, dari dulu menanti perabot baru masih tak tukar tukar dan sampai ke sudah lah aku tak merasa perabot baru kat Yab. Tapi dengar kata sem ni dia tukar kipas baru. Waaa~ Tak dopek la den merasa kipas baru T,T 


Almari dia. Ni bilik ni aku snap bilik yang kat aras 4 tu. Aras tinggi tinggi ni mostly bebudak junior sem 1 la. Babtu bilik bersihhhh cantik je. Dinding pon putih gebu gebas je. Bilik yang aras bawah yang aku stay sekarang ni nauzubillah hodohnya. Huhuhu. Senior duduk kan. Kemahen la kretip nya nak menconteng conteng dinding. Haihh.


Meja study dia. Kecik berganda ganda dari meja study kat Yab. Dah la aku jenis sepah sepah barang atas meja, memang tak puehhh betui meja kocik kocik coet camni. Bilik dia pun rasanya kecik sikit dari bilik kat Yab. Tapi apa pun aku okey je dengan bilik dia. Janji perabot baru. Huhu.

Yang tak best nya sini banyakkk. Huhuhu. Satu, bilik nya kau buka buka pintu akan nampak pintu bilik kawan kau, means pintu nya mengadap antara satu sama lain, mengadap dekat dekat tau, cuma dipisahkan oleh laluan sempit je. Kalau kat yab, bilik nya mengadap jugak, tapi jauh jauhhh, still dapat hidu fresh air dulu baru kau menghidu hapak bilik kawan kau. Gitu la. Tapi nasib baik la bilik aku ni depan dia tempat sidai baju, ada gak ar udara nak masuk. Tapi tu pun rasa macam tak puas je sedut udara. Huhu.

Dua. Macam yang aku cakap tadi parking jauhhhh. Tapi untuk case yang dapat bilik kat blok belakang macam aku ni la. Kalau dapat bilik kat blok depan okey jer. Sama gak macam kat Yab, kalau untuk yang dapat bilik aku dulu maybe rasa parking dekat, kalau dapat bilik kat tempat lain maybe rasa parking jauh. Kan?

Tiga. Toilet sikit. Haa yang ni yang paling takleh blah ni. Toilet dia cuma ada dua jeee kena share reramai. Dua tu kalau dua dua toilet cangkung takpe, ni satu cangkung satu toilet duduk. Sape aje pon sudi nak berkongsi bontot reramai kat toilet duduk tu kan. So most of the time nak gi membuang mesti kena tunggu turn. Buat nya toilet yang satu tu rosak,,, hah sudah!

Empat. Ampaian. Ampaian berbumbung adalah terhad pastu kecik coet pulak tu. Most of the time memang penuh je manjang. So kekdahnya jemurlah baju kat ampaian yang direct to sunlight. Kat Yab pon ampaian bawah syiling tu pon selalu aje penuh, tapi sebab besorr, ada lah jugak ruang untuk aku yang suka basuh baju hari Khamis pastu Jumaat Sabtu lepak rumah senang lenang takyah pikir hujan panas lepastu Ahad baru reti nak gi kutip baju balik. Sekarang dah takleh buat perangai gitu la kekdahnya -.-

Lima. Udah udah lah tu sesikit tak puas hati. Buatnya pengetua TM baca entry ni, mau diapung nya aku kang, mana ku nak tinggal. Huhu. Papepon Yab adalah yang terbaik. Dulu tak terpikir pon nak rasa bersyukur dapat stay kat sana, sekarang hahhhh hambekk kau. Hambekk. Takpe 1sem jerr.. Huhuhu. Okey lah bubye semua.!

3 comments:

Syeeda said...

akak dulu dpp mas.. alahai rindunya kat uum..

fauziah helmy said...

salam
saya terjumpa blog ni masa ronda2 cari resipi sushi.
bagus ya muda2 dah kawen. belajar lagi pulak tu. tabik spring....

jemput singgah blog saya ya... sudi2kan.

maipilihdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

akak boleh share tak keadaan dpp mas. sbb kita intake tahun ni dpt dpp mas