Friends

Thursday, September 25

Review Regalodge Hotel & Spa Ipoh

Assalamualaikum.

Actually nak sembang pasal benda lain, tapi mengenangkan belum up entry review hotel kat Ipoh haritu moh le kita mengreview dulu ye, kang tangguh tangguh tangguh tinggal berkepam sajalah entry ni kat draft. Lepas je gi main seharian kat The Lost World Of Tambun ituhari, mandangkan dah nak ghorib kami terus gerak gi check in hotel kat Ipoh. Nama hotelnya Regalodge Hotel & Spa. Lokasi dia boleh cer google ye tuan tuan dan puan puan. Rate untuk bilik tak ingat exact price dah haaa. Cik deng book through agoda.com je dapat murah sikit.


Haa ni lobby dia. Satu yang tak best hotel ni nak check in punya la lamaa. Sorang sorang nak check in makan berejam. Tak paham aku system apa yang payah kebeno depa pakai tu. Dari sorang je kat kaunter tu memula kami datang, jadi pat lima nam que orang baru sattle check in. Pheww pheww. Bukan kami je tau yang take time nak check in,, part orang sebelum tu pun kemain lah lama, orang selepas tu pon serupe saja.

Lepas dapat kunci jumm kita naik bilik. Hotel ni ada lift seketul cuma ya, tapii tak lama pun nak tunggu, kejap kejap dah tebuka dah pintu lift nya. Macam ada sesetengah hotel tu kan harap lift belambak tapi nak menunggu nya mau bejanggut kan. Huhu.


Okey ni bilik kami pada hari kejadian ye.. Jum masukk!


Memula sekali korang akan nampak mini pantry yang di attach kan sekali dengan almari. Ada maggie cup seketul dengan kopi and creamer.


Haa ni katil dia. Queen saiz rasa. Ntah. Ingat ingat lupa queen ke king. Huhuhu. Aci tak buat entry nak review hotel tapi semua benda boleh lupaa. Haha. Ampunn


Ada tingkap ye bilik nya,, tapi view tak cun pon. Biasalah location kat tetengah pekan kan,, mana nak dapat view bukit bukau lak kat situ khonn. Lantai nya takde karpet pon, tapi no probs pon bagi aku.


Haa ni yang paling best kat hotel ni. Walaupun tengok bilik air ni hijau pucuk pisang macam ni tapi jangan memain,, selesa okey nak berlama lama kat dalam ni. Aku tak tau lah orang lain, tapi kami laki bini sampai angan angan nak curi idea design bilik air kat rumah kami nanti camni ahh. Cehhh angann angan tuuu. Sangat tak boleh blah kan ;PP Siap snap snap gambar angle ini angle itu. Haha. Apa pon takleh. 


View dari katil. Bilik ni memang kemain banyak cermin. Sini situ sinun semua cermin. Kalau masuk bilik air dia lagi ahh,, kiri kanan depan belakang cermin, bebesor plak tu.


Fridge dia bawah tv dalam almari. Kena buka almari tu baru boleh jumpa fridge ni ye.


Dan yang best nya dalam ni ada can drinks dengan potato. Tapi semuanya masuk ke perut cik deng belake jee. Uhukkss. Apo nak dikato eden kena pantang segala makanan rapu ginihh demi kesejahteraan baby dalam peyot dan juga mak baby. Huhu. Tapi kalau tak preggy pon memang tak bagus ponn. Khenn =,=


And lastly ni senarai station tv yang ada kat hotel ni. Okey lahh kira banyak choice and best best gak station dia kalau nak compare dengan Everly Hotel ituhari. Huhu.

Haaa siap pon entry ni. Amacam,, boring tak? Hahaha. Aku yang duk taip ni pon gagah je ni nak habiskan. Haha. Tapi mengenangkan pepenat snap gambar haritu and nak gak jadi kenangan kan mana tau esok esok nak cari info pasal hotel ni lagi, boleh godek godek blog sendiri je nanti. Gituhh. Okey lah korang sehingga ketemu lagi yaa. Assalamualaikum