Friends

Monday, September 1

Review Everly Hotel Putrajaya

Assalamualaikum people. Itu hari aku follow cik deng gi kursus kat Putrajaya. Sesaje ah ikut sebab dah cik deng ajak khonnn,,, pastu aku pun tengah cuti takda buat benda ni, ikut je lah kasi ubah angin sikit. Hihi. Kat Putrajaya ni kami stay kat The Everly Hotel. Location kat Presint 1, dekat je dengan Alamanda Mall tu, jalan kaki pun boleh sampai.

Kami stay sana dua malam. Check in pun dah malam dah sebab sampai je kl petang tu kami terus ke rumah sedara cik deng, makan rehat solat pe kat sana dulu then malam baru gerak check in hotel. Rate hotel, jenis bilik apa semua korang boleh refer website hotel kat sini ye. Tu pun kalau ada lahh. Kalau takde, pepandai korang lah cari kat agoda ke hape ke sebab aku pun tak tau. Huhu. Haritu kalau tak salah aku, kami amik bilik deluxe je kot. Harga semalam tak sampai RM200 pun, kira okey lah tu kan untuk hotel 3 bintang gini.


Haa cenggini lah haa bilik nya. Katil king size pastu lantai semua fully covered dengan karpet. Tapi nak komplen sikit lah ekk,, karpet nya agak sedikit berhabuk. Elok lah kalau boleh diperbaiki dari soal tu yee pihak hotel ;)



Ni view dari bilik kami. Dia bagi kami bilik mengadap depan hotel, so boleh lah nampak Alamanda Mall dari sini. Dekat je sepatutnya tapi bila aku sensorang nak jalan pegi rasa macam jauhhhh je, so tepaksalah melepak je dalam bilik sepanjang hari,, tunggu petang cik deng habis kursus baru gi jejalan. Hihi.




Small pantry dalam bilik siap ada sink, peti ais, kattle. Pastu dia sediakan mineral water, nescafe dengan teh boh kot kalau tak salah. Aku idok le minum pun air yang dia sedia tu, bancuh milo 3in1 sendiri bawak je. Hee 


Mohon maap kan ye keadaan bilik selerak tu. Huhu kekdahnya aku snap time tengah boring duk sensorang kat bilik sementara tunggu laki aku balik kursus. Cenggini la keadaan nya. Kalau tak cantik jee. Huhuhu. Tv dia aku dah ingat ingat lupa dah ada astro ke tidak. Rasanya macam takda. Huhu.


Ini keadaan lemari sebelum diusik. Sejadah, iron siap dengan iron board takyah request pun, dah memang tersedia ada kat bilik dah. Haaa good good ;D


Pastu pintu sebelah ada peti ni untuk korang simpan barang barang berharga kat bilik,. Satu yang best nya hotel ni tempat simpan barang dia kemain lah banyakk. Lemari dia aje dah boleh simpan stok baju untuk sebulan. Hihi. Tu tak masuk dengan kabinet kat small pantry lagi, laci tempat letak beg lagi. Huhu





Bilik air dia okey lahh, luas, bersih. Pastu ada bath tub. Jadi gak koje aku lepak bilik sensorang boleh rilek rilek berendam air suam. Huhu. Water pressure pun okey jugak cuma nya time flush je lah tak berapa puas hati sebab tak berapa nak cuci sangat ;(


Overall okey lah stay kat sini, sesapa yang pasang niat nak stay sini meh la try. Tak rasa rugi pun tapi kalau aku dibagi masa lain kali untuk menginap kat putrajaya lagi, teringin gak ah nak try hotel lain pulak. Hihih ;P

Akhir kata terima lah gambar budak separa sengal yang tak sabo sabo nak check out tapi laki dia tak habis habis kursus lagi last last dia pegi turun check out then lepak kat lobby sensorang. Weeweee...!