Friends

Monday, September 8

Jalan jalan The Lost World of Tambun

Assalamualaikum.

After hantar mak dengan abah pegi haji kat TH Alor Setar yang aku cite kat entry sebelum, aku dengan cik deng terus pegi sattle apa yang patut dulu kat maybank, pejabat pos, takaful semua then dalam kul 330 kalau tak salah baru kami gerak gi Tambun. Wuhuu! Asalnya plan nak gi jejalan Bukit Tinggi, tapi aku rasa macam jauh sangat plak nak gi plus cuti cik deng bukan lama nau pon nak gi jejauh. Perjalanan aje dah habis satu hari. Lagi plak aku tetiba macam teringin jerrr nak gi main kat theme park. Huhu. Last pegi theme park pon time form 4 dulu pegi Sunway Lagoon dengan kengkawan. Lepas tu non hadoo sampai sekarang. So moh le kite ke Bukit Tambun cuti merdeka ni. Wiiwii.

Ini first time kami pegi Bukit Tambun ni sebenarnya so berlaku lah kejadian terlepas exit highway Ipoh tu pastu stress stress sikit dalam kete. Hihi. Dah la maghrib time tu. Tambah plak gps cik deng tu dari kat Penang lagi tak habis habis suruh exit highway ntah apa masalah dia. Tapi last last sampai gak larr dalam pukul 8 lebih camtu. Terus pegi tapau nasi goreng kat gerai tepi jalan pastu check in Tulip Hotel. Hotel ni dekat cett je dengan Lost World of Tambun tu, aku tau hotel ni pun sebab tengok kat agoda. Tapi tak book kat situ pun sebab ingat nak main terjah je. Lagipun hotel ni hotel bajet je sebenarnya. Tapi bajet bajet pun mau RM90 gak kot semalam. Bagi aku, agak pricey gak arr kalau nak compare dengan bilik yang cenonet itu. Huhuhu.

gambar google

After check in, rehat makan makan semua then kami jalan kaki gi Giant. Hotel kami duduk ni sebelah Giant jeee, jalan kaki pon boleh. Tujuan datang Giant ni sebab nak cari selipaaa je. Kekdahnya aku boleh lak telupa bawak selipa, ate tak kan nak masuk theme park pakai kasut dik nonn. Habis kombang laa kasut awok kena rendam dengan ayor nanti T.T huhu. Tapi memang tak arr beli selipa je kat situ, haruslah beli sekali dengan mentol, tshirt cik deng, eskem buat makan sambil jalan balik hotel. Huhu. Sayang sekali eskem kat Giant ni semua nya tak familiar di mataku. Last last terpilih eskem oren masam pianggg. Lansung spoil mood nak sweet sweet makan eskem dengan shuben. Huhu.

Balik hotel then tidoqqq

'
'
'
'
'

Esoknya pepagi gi cari breakfast kat kedai sebelah hotel ni je. Hotel ni kat rumah kedai tau, so segalanya ada kat situ, takyah gi jejauh pon. Pastu jam sebelas laki bini ni dah siap siap dengan baju nak berendam ayaq kat theme park. Huhu. After check out, gi Lost World, kemahen dah ramai orang kat situ. Detail pasal theme park ni, kul bape dia bukak, hari apa dia tutup, harga tiket korang boleh tengok bawah ni yer.


Kalau nak murah, tiket tu korang boleh beli online aje dapat diskaun brapa percent ntah. Tapi kami haritu tunjuk student card je, pun dapat harga macam beli online gak. Kalau nak murah lagi rerajin lah korang check kat groupon kot kot dia ada buat promotion ke hape. Kakak aku pun beli kat groupon, dapat murah, tapi dia pegi nanti laa around bulan sept. kot



Kat theme park ni dia bahagikan ke beberapa bahagian. First kami gi terjah ke Petting Zoo dulu. Kat sini memang tempat favourite cik deng ar. Kemahen lah lama jejalan sini. Moh le kite layan gambarzzz














Pastu after 3jam kat sini, aku pun dah hoihhhh cemuihh wey, yang cik deng ni tak habis habis lagi nak menengok hewann, kekdahnya aku cakap aku lapar arrr, ajak cik deng makan. Huhuhuhu. Tepaksa la dia keluar dari zoo tu tapi memang memasing lapar pon, dah pukul dua kott. Pusing pusing cari port makan yang best, mostly kedai Chinese dengan Indian je yang menega ye. Tapi dia tulis HALAL bebesor ar kat situ. Tawakal aje lah makan, dah takleh bawak makanan luar masuk kan, apo nak dikato. Harga macam biasa memang pricey laa kat tempat tempat camnih kan. Tapi makanan dia okey. Kira takda la rasa nak hempuk meja ke hape bayar memahal tapi tak makan sedap. Gitu.


Lepas makan, gi sewa locker nak simpan beg. Locker ni saiz standard RM10 je. Kalau yang besor bapak punyaa RM50 kalau tak salah aku. Token tu korang boleh guna banyak banyak kali, korang pakai mesin kat locker korang je untuk buka locker. Cara guna mesin maap lah eden tak tau sebab cik deng aje yang duk buka tutup locker. Huhu. Tapi takpe,, gamak tak tau, ada je orang yang jaga kat situ sedia bagi tunjuk ajar.Yang penting jangan lupa nombor locker, kalau jenis otak seminit macam aku ni, boleh snap gambar macam ni. Huhu


Dah simpan barang apa lagiiiii marilah kita berendammmm!! Huhu. First kami gi wave pool. Moh layan gambar moh.


Dia punya slide slide tu semua naik, tapi takde yang nak amik kan gambar lah pulak kann. Ada la orang tu amikkan gambar, tapi kena beli lah. Kami tak beli pon.

gambar google
First time naik tube riders ni terus cuak sebab pelampung tebalik, aku dengan cik deng pon tenggelam dalam pool tu. Dah la dedua tak reti berenang, punya lah lama aku tekapai kapai dalam ayaq tu nasib baik cik deng tarik aku last last. Hahaha malu kat orang T.T Pastu terus lari jejauh main kat dia punya longest river ni.


Tapiiii lepastu kami gi balik kat tube riders tadi, niat di hati nak try naik sekali lagi. Hihi. Kali ni syukurrr tak jatuh, terus rasa nak naik lagi dan lagi dan lagi. Tapi dah petang pon time tu, lagipun tenampak ada satu lagi slide kat sebelah tu tak try lagi. Cliff racer katanyaa. Best gak tapi time turun tu punya la cuak ya rabbi sebab nampak curam amat slide nya. Huhu. Tambah plak mamat yang jaga kat situ tau ku preggy, dia pun serba salah je kasi aku naik siap warning 'sekali je ekk naik ni'. Huhuhu.

gambar google

Kat amusement park pon best je, kami naik roller coster sampai dua kali. First time tu cuak gak ar. Second time jerit pun sekadar join buat riuh je. Hahaha. Sampan pun main. Memang akuttt tapi tak dapat challenge sampan kat Sunway arr. Kat sunway dia rotate 360 degree kottttt! Grrr~~~ Konfirm taubat takmau naik dah pastu. Huhuhu. Main yang itu je kat sini, yang lain tak naik sebab cik deng takmau. Oh pastu naik train kegemaran cik deng. Alahh train yang dia bawak pusing pusing melawat kawasan tu. Pastu pasang lagu patriotik. Hahahaha. Very the daddy daddy punya style taww shuben itew ni. Ihiks.

alamaks nampak peyott >.<

Pastu kami singgah dia punya Hot Spring. Hot Spring ni dia buka sampai malam, kalau just nak masuk untuk Hot Spring je RM18 kot untuk sorang dewasa. Tapi kalau korang masuk dari pagi, stay terus sampai malam pun boleh, just bayar harga tiket tadi je la. Hot Spring dari pukul tiga dia dah buka rasanya. Kat sini ada banyak pool, tiap tiap pool bebeza dia punya temperature dia.



Yang paling okey dan paling aku boleh tahan Babypool je. Yang lain i cannot tahan sebab panas ngatt.


Pastu malas nak tunggu sampai malam, kami keringkan badan sambil makan Tutti Fruity dulu. Then tukar baju then bye bye lah Tambun ye. So seperti biasa konklusinya aku enjoy je kat sini except kena lepak kat zoo selama 3jam, memang i cannot go laa. Hahaha. Pastu kagum gak dengan diri sendiri sebab berani naik segala mak nenek games yang ada kat situ padahal diri ini preggy. Nasib baik tak jadi pape. Syukur, alhamdulillah. Ekeke. Pastu lagi untuk yang bawak anak anak kecik just bertiga je contohnya kakakku nanti, sila say bye bye pada segala games yang ada. Wakakakaka. Okey itu aje.

Lepas keluar dari sini kami pun terus ke Ipoh sebab sebelum datang tambun ni tadi cik deng ada book satu hotel kat agoda. Moh le pegi check in sana lak. Next entry yer~