Friends

Sunday, August 10

Sherot Dah Kawen Part 3

Assalamualaikum. Malas nau nau nak nyambung cite pasal wedding ni sebenornya tapi takpe lah, dah alang alang start kan kita habiskan je lah. Entry sebelum sebelum boleh refer bawah ni


Entry ni nak tayang gambo jer. Lepas pengantin siap makan makan kami pun gerak gi jumpa and salam tetamu semua. Best dapat jumpa kengkawan sekolah yang lamaaaaaa lahai tak jumpa. Dah jadi ghupe reunion pun ada. Huhuhu. Jomm layan gambar sudehh eh

Nawwal dengan ayah dia. Now nawwal ni dah fly gi astrolia dah. I iz jelly u knoww. Huhu



Kawan sekolah rendah ni. Liyana, Amira dengan Abbas. Wuwuwuuu terharu depa datang T__T

Hahh yang ini paling havoc. Segerombolan sekali datang buat riuh. Huhu. Terima kasih datang semua walaupon aku jemput sekali arung kat group fb jer haritu.

Eh gambar ni pun terselit. Ni dah dekat dekat last majlis dah ni, orang pun dah lengang sikit, grab mak abah amik gambar dulu.

Ni memba sekelas tingkatan satu and dua kalau tak silap, lepastu memasing dah lain lain kelas dah. Sobs ;') Liyana Amira dengan Anith Aifaa.


Mak ayah angkat cik deng

Kalau time kat sekolah dulu depa ni femes dengan 'Geng Nadia' Huhuhu. Terima kasih sudi datang. Jangok jangok dah memasing ;)


Sesatu nya wakil kelas F4P3 time kat matrik Penang dulu yang datang. Memasing duk jauh. Wuwuwuwuu. Thanks diana!







Peneman balik hujung minggu dari Penang ke Alor Setar time kat matrik dulu. Huhu. Asni.


Eh aku dah cite tak yang baju ni aku pakai balik baju akad nikah kakak aku?? Hahaha. Bukan kedek yee,, tapi sebebeno nye aku ni nak mencari songket ala ala scha dengan awal punya wedding tu, tapi kat Alor Setar nii susahh hoi nak cari butik yang ada baju idaman khalbu, nak mencari songket memang lagiii takde ah. Kalau ada pun colour tak kena or design tak lawa. Nak tempah buat baru, macammm.. ermmm... harga tak masuk akal. Haha. So kesimpulan nya takyah nak sangkal lagi memang aku ni agak kedek gak ahh sebenonye. Bhahaha. Bukan pee,, lepas kawen lagiiii banyak nak pakai duit dik nonn, aku ni dah la tak koje lagi, study pun terkontang kanting nak habiskan lagi satu semester ni,, baik aku spend untuk beli perabot rumah. Boleh pakai lama. Tak gitu? Huhuhu.

Aku super in love dengan henna tuuu. Sungguh. Wuuu,, dalam gambar nampak gojes sesangat. Hihi perasan. Tapi memang suka ahh. Tak nyesal punyaa. Pasal henna ni aku ada cerita kat entry part 1. Boleh refer sana naa.


Wedding aku ni memang kelam kabut teruk, selain cari orang pakaikan inai malam sebelum majlis, cari photographer pun malam sebelum majlis tu gak ah. Nasib baik kakak aku tolong cari, contact and deal kan. Thanksss sesangat. Kisahnya asalnya cik deng nak carikan photographer, kawan dia. Tapi tetiba time kenduri kami tu, si kawan dia ni pun nak menikah jugak, makanya tepaksa ah cari orang lain. Pastu ada laa sorang lagi ni kawan adik cik deng lak. Tapi last minute pun cakap takleh sebab apatah aku tak tau, just boleh pinjamkan camera je. Taknak ah camtu. Pastu teringat student kakak aku pun time kakak aku yang atas aku tu kawen pun dia amik kan gambar, tapi takda ah cun, boleh lahh kan buat kenangan. Pun orang tu tak free jugak. Tanya anak buah pun tak free. Google sana sini pun ramai tak free. Haih haih haihhh. Itu pasal last minit aku main harap kat kakak aku je arhh cari sesapa pun, asal ada gambar nak dibuat kenangan kan. And aku pun tau dalam last last minit tu memang kakak aku pun main rembat je photographer mana yang free. Hihihi.

Pose pesen apa tah photographer ni suruh dak dak ni pose. Tak memasal jadi bahan kat fb. Huhu


Ramai memba sekolah rendah yang datang pun ramai, terharuuu gila depa sudi datang and ingat aku lagi. Hihi. Ada yang tak sempat nak begambar pun sebab tetiba ramai lak yang serbu nak salam salam laga pipi time yang sama kan. Yang tak sempat jumpa pun ada sebab pengantin lari balik rumah jap gi solat. Huhu. Apa pun terima kasih sangat pada semua tetamu yang datang, yang bagi hadiah, yang mendoakan dari jauh juga, thanks sangat. Okeh jumpa lagi di part ke 4 yakni part terakhir, Yuhuuu~

No comments: