Friends

Wednesday, August 20

Resepi Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum.

Tujuan ku menghapdet entry memalam ni sebab takut lupa resepi kek batik mak aku ni. Hihihi. Walaupun simple je pon kan nak buat dia tapi still takut lah in case nak buat balik nanti termiss satu dua bahan ke hape, jadi kot lain pulak dah. So meh lah aku list kan bahan bahan nya yer

- biskut marie 1kati ataupun 600gram. Mak aku guna biskut marie yang timbang kat kedai runcit tu yang saiz dia kecik kecik tu. In case korang tak tau mana nak dapat biskut marie timbang ni korang boleh guna biskut marie yang dalam pack tak kisah la jenama munchys ke tiger ke marie ke semua boleh. Tapi biskut marie yang dalam pack tu biasa besar besar kan,, so elok lah korang patah patahkan biskut marie tu jadi kecik kecik dulu. Macam aku, tak patah dah terus masuk biskut sebijik sebijik tu je sebab saiz kecik kan.

- milo 5sudu besar. Time sudukan milo tu make sure penuhkan sudu tu sepenuh yang boleh, biar milo tu berbukit atas sudu tu pun takpe. Then masuk kan 5sudu dalam cawan pastu masuk air panas sikit pastu kacau kacau dia. Air tu toksah banyak just untuk kasi milo larut je.

- telur 4biji. Kat rumah ni biasa guna telur saiz kecik, so kalau korang guna saiz besor pepandai lah membajet yee berapa biji nak guna. Tapi ada gak resepi aku search tak pakai telur pun. Rasa camne tak tau lah kann sebab biasa makan kek batik yang mak buat ni letak telur lah selalunya.

- susu pekat. Yang ni pepandai lah membajet ikut tahap kemanisan kesukaan korang. Macam family aku tak makan manis, so aku agak mak just letak dalam 3-4 sudu besar camtu je kot. Kalau yang suka manis masuk lah lagi. Pepandai lah kan.

- butter 250g. Yang ni aku pakai buttercup saiz kecik sekali tu guna seketul.



Cara cara nak membuat nya pulak very lah senang.

1. Kalau korang guna biskut marie saiz besar, patah patah kan lah dulu biskut tu.

2. Then panaskan periuk guna api kecik, cairkan batter, masuk milo yang dah dibancuh tadi pastu masuk susu pekat ikut suka hati berapa banyak korang nak. Pastu masukkan telur yang dah dipukul.

3. Dari start korang cair kan butter jangan stop kacau bahan bahan tu semua tau sebab kalau tak dia akan beketul. Pastu time masuk telur tu lagilah kena kacau kuat kuat sikit.

4. Lepas dah nampak cam gaul sebati semua bahan, masuk biskut marie pastu kacau kacau sebati then terus tutup api ye, jangan lama sangat biskut atas api nanti dia lembik plak tak best.

5. Lepas dah gaul biskut semua dah sama rata, masuk dalam loyang. Lepas dah masuk tekan tekan biskut tu dengan sudu bagi dia mampat, kejap dalam loyang.

6. Pastu sejuk kan kejap loyang korang yang panas tu, then masuk kan dalam peti ais dalam 2 3 jam ikut kesukaan korang lah berapa lama yang korang nak. Then siap untuk dingappp. Hihi

Credit pada owner blog tu yer. Pinjam gambar nuhh ;)

Maaf yer, gambar google je sebab update ni pun kelam kabut just untuk reference diri sendiri sebenarnya di masa akan datang sebab diri ini memang suka godek blog sendiri pon. Kuikui. Bagi yang terjengah entry ini dan nak cuba resepi ini selamat mencuba diucapkan. Untuk resepi ni saiz hidangan nya kalau ikut perut family aku boleh makan sampai 5-6 orang kot. Kalau nak buat sikit je untuk rasa boleh kurangkan sukatan jadi half ke camne ke ikut kreativiti memasing lah eh. Sekian dulu. Assalamualaikum.