Friends

Sunday, August 31

Mak Abah Jemaah Haji 2014

Assalamualaikum. Aku patutnya sekarang tidur tapi ntah kenapa ntah tetiba teringin nak gosip gosip mak jemah kat sini. Huhu. Kesahnya ada satu lagi entry yang patut aku post before this post tapi sebab gambo dia boleh tahan banyak gak, nak nak lak aku sekarang tengah gigih update guna tablet, memang tak dopekk dan tak kose lee nak ngupload bebanyak gambo. Makanya moh le kite cite pasal mak dengan abah gi naik haji ye harini. Huhu.


Yes, mak dengan abah aku terpilih sebagai jemaah haji tahun ni. Alhamdulillah. Memang depa nak sesangat pun gi sana,, tiap tiap tahun pun buat rayuan dan alhamdulillah 2014 adalah tahun nya depa dijemput ke sana. 28 ogos berlepas yang mana flight pertama berlepas dari Alor Setar - Madinah untuk musim ni.

Few days before berlepas mak abah ada buat kenduri baca yassin n tahlil kat rumah. Alhamdulillah everything went very well. Penuh rumah dengan kengkawan ngaji mak datang baca yassin. Makanan semua pun cun cun je takde bazir, takde kurang. Alhamdulillah syukur. Gambar hari kejadian aku takde lah plak, cuma sempat record video selawat tapi aku simpan sendiri tengok je lah sebab video nya ada dalam phone, tak larat tunggu loading dia transfer. Boleh? Huhu.

Pastu 28hb haritu hari khamis kami adik beradik hantar mak abah gi TH Alor Setar untuk berlepas ke Tanah Suci. Asalnya pihak TH suruh gi daftar pagi pukul 930. Pastu tetiba dapat surat n call cakap tunda ke jam 145petang hari yang sama. Time hantar abah dengan mak haritu alhamdulillah semua adik beradik berkesempatan balik except abang min, abang ipar ku sorang tu la tepaksa bekeja.


Sesampai je kat TH dah penuh dah umat manusia kat situ, lepas park kereta terus mak abah beratur gi daftar, cek beg, cek kesihatan pe yang patut. Time ni kami adik beradik bergelimpangan la kat bawah khemah untuk waris. Yang anak anak buah yang paling syok sekali terus serbu belon, dapat ahh sorang satu. Huhuhu.

Pastu agak lama gak ar tunggu then aku dah macam 'ehh mak dengan abah ni dah tak leh keluar ke lepas dah daftar' sebab nengok kan tak ramai pun jemaah yang keluar jumpa family memasing lepas dah masuk situ. Dahtu ada yang siap salam peluk cium family sesiap sebelum masuk gi daftar. Then aku kerah cik deng kita suruh tanya incik RELA kat situ. Legaa bila dia cakap boleh je keluar kejap untuk jumpa family lepas dah sattle urusan kat dalam. Dah la kami semua tak sempat nak salam salam peluk cium pun sebelum mak abah masuk daftar tadi. Sobs.,

Then tunggu tunggu punya tunggu aku dengan cik deng gi beli makanan dengan air dulu sebab tetiba lapar, punya la banyak beli nya kengkonon nak share reramai sementara tunggu mak abah,, bila sampai je kat bawah khemah yang family aku lepak lepak tadi, semua orang dah takde. Pastu dengar announcement cakap jemaah dah takleh ada kat luar dah, kena masuk untuk taklimat. Huarghhh tak sempat jumpa mak abah ;'((

Alhamdulillah terpandang family aku kat cermin kaca, mak abah lak kat dalam tuu.. Wuwuwuwuuu. Tak leh nak salam salam dah,, sempat lambai lambai and amik gambo jew. Sobsss. Takpo lahh janji dapat jumpa jugak kann,, ku doa mak abah dapat haji yang mabrur pastu kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Lepastu selamat jugak pergi dan pulang. Ameen.



Makanan yang bebanyak tadi ada setengah dah dibagi bagi kat anak buah, ada setangah kami bawak buat bekal buat makan dalam kereta on the way ke Tambun. Wiwiwiw. Entry ke Tambun next next entry yer i ols up kan. Bubyeee

No comments: