Friends

Sunday, August 24

Jalan Jalan Penang - Bukit Bendera

Asslamualaikum.

Hi love. Perasan tak lately kawe gemor nau update belog. Huhuhu. Beno nye banyak benda nak story, pahtu sebelum kawe ni telupa plot cite dia moh le kite update bagi perabih perabih nuhh. Lagipun kawe tengah free nau sekarang ni. Maklum la laki duk jauh, boleh fefeeling anak dara watlek watpeace kat umoh gitew kateko. Ihiks hiks

Beberapa minggu lopeh, yang mana tarikh dan hari dah tak dapat dikenalpasti lagi, aku meneman laki aku gi amik buku kat member dia kat penang. Kesahnya laki aku ni nak exam, ada tiga exam semua nya, satu dah pass, lagi dua tak pass pass lagi itu yang beriya nau pi sampai penang nak pinjam buku tu haa. Sekali dapat buku nahh kauu dua beg besor gedabak sekali. Nasib kau la nakk~ Kikiki

Dah gi amik buku tu kami macam blur blur nak gi lepak mana sebabnya asal datang penang, tempat wajib gi kalau tak queensbay, batu ferigghi. Kalau tak baru feringghi, queensbay. Takda lain. Lepas mengoogle bagai, berbekalkan gps, aku ngajak cik deng gi kat penang street art yang banyak lukisan lukisan kat dinding tu kann sebab nengok kan kemahen lagi kengkawan duk update kat instagram bagai. Haihh takleh jadi ni, harus aku pun pegi. Hihu. Sesampai nya kat kawasan tu aku nengok idok le satu tempat pesat membangun pun, just deretan rumah kedai lama yang dilukih lukih kat dinding blakang nya. Tapi memang kretip ar. Jalan pun sempit sangat, parking pun non hadoo. Tapi ramai ar mat salleh tak mat salleh kat situ. Sebabkan time tu tengahari, pastu jalan pun sempit nau, nak parking pun tak tau katne, pastu nak nak lagi laki aku tu pulak bukan minat nau pun dengan benda benda gitu, so kami tak stop pon, terus kami ke bukit bendera. Haih laa laki den ni =,=

Kat bukit bendera pun ramai je orang, maybe sebab weekend kan time tu walaupon bukan cuti sekolah pun. Kat sini pun becak gak ketiak cari parking nasib baik ada satu keta tu keluar, rezeki kami. Sekali tengok, parking berkupon daaa. Tapi sebab taktau mana nak beli kupon pastu malas nak pusing pusing lagidah, kami tawakal aja lah parking tak bayar pon. Huhuhu.


Ini first time aku datang sini, laki aku tu aku tak tau lah kali ke berapa dah dia datang, tapi dia dah pernah datang le. Dia cakap naik cable car, pastu sampai atas bukit tu takda benda best pon, just boleh tengok pemandangan jew, kira dia bagi bad impression la kat aku yang tak pernah datang ni. Aku ponn tetiba teremo sensorang. Dah tak best yang bawak aku datang sini buat hapekebendo kannn?? Hahaha aku memang cepat emo sesejak preggy ni. Haih laa!

Tapi still naik gak ar, beli tiket, tunjuk mykad dengan kad siswa dapat sorang RM4 jeww!!! Wohoo. Kalau harga biasa RM30, tunjuk mykad RM8, student RM4. Wahh murah banyak dik nonn..! I is happy. Pastu beratur tunggu turn nak masuk train. Bukan cable car daaa train daaa. Apadaa wrong info cik deng bagi. Tunggu turn ni idak le lama kebeno pon. Oh sebelum tu ada orang akan amik kan gambar kita nanti. In case kalau nak beli gambar tu nanti turun boleh beli, berapa hengget, tak tau lah pulak kan sebab kami tak beli ponn.

Bila train sampai kami pon naik, rugi rasa tak pilih seat hujung sekali. Patut kalau gi pilih la seat hujung sekali mengadap tingkap depan or belakang, best sikit takyah nak nengok orang berdiri depan depan kita. Huhuhu. Yes,, sape tak dapat duduk, sila berdiri, Tapi time aku naik turun dedua ada seat ahh. Alhamdulillah. Cuma tak kesempatan nak duduk seat depan sekali. Time turun duk seat depan sekali adalah sangat best tahu. Rasa macam naik rollercoster pon ada. Sebab train ni laju~ best!


Train ni laju, pastu dia lalu cecelah batu means kiri kanan batu, kalau slow kang ada yang terbungkang tido lak kang asik duk nengok batu jee manjang kan. Tapi cik deng katanya dulu dia naik slow je, tak macam yang sekarang ni dia dah tukar pakai train ni. Dulu taktau ahh dia naik pakai apa, cable car lah kot.

Sesampai kat atas nun sejuk dingin best jeee cuaca. Tapi time part turun train tu je ah. Bila jalan ke depan sikit non hado dahh. Rasa biasa jerkk. Sesampai tu cik deng buat tekejut sebab banyak gilaaaa perubahan dari time dia datang situ dulu. Dah ada kedai makan lah hape lah. Pastu kami singgah beli eskem dulu sorang satu then lepak kat tempat orang reramai lepak santai santai sambil tengok bebudak main kat playground depan tu.


Pas habis eskem nya apa lagi mari lah kita posing posing!! Huhuhu. Korang bersedia ya, aku nak spam gambar bebanyak nii. Huhu








Ok cukup cukup sudah ye gambar nya, aku upload gambar aku je lah, gambar cik deng silalah duk dendiam dalam folder lappy. Kihkih. Konklusi nya best je kat atas sini sebenornya, sesape yang teringin nak jalan jalan penang moh le datang Bukit Bendera, ok gak arr buat jalan santai santai sambil tengok view cecantik dari atas bukit. Wiwiwiwiii.

Lepas turun Bukit Bendera kami terus gi Batu Ferrighi serbu kedai makan, pahtu lepak pantai 2 3 minit pastu aku ajak Cik Deng balik sebab perut meragam kesahnya lunch tak on time. Huhuhu. Makanya berakhirlah sudah jalan jalan kami ke Penang haritu. Sempat singgah Bukit Bendera je haa dengan Batu Ferringhi sekojap. Jadiklahhhhh~~

Sehingga ketemu lagi kita di entry akan datang yer,, satu lagi jalan jalan tragisss di tettttt~~~~~