Friends

Tuesday, April 22

Sherot Dah Kawen Part 2

Assalamualaikum, hai. Nak sambung entry kawen part 1 nii,, Time aku sibuk sibuk pakai inai kat rumah tu, time tu jugak lah kat dewan depa sibuk sibuk bermarhaban. Geng marhaban ni hubby nak ambik orang taman dia, kawan kawan arwah ayah dia dulu,, tapi ramai yang dah meninggal pun. Tinggal banyak ni sajaa. Huhu kira aci lah kan ;))


Lepastu pengantin ni dah siap semua terus lah gerak ke dewan, awal lagi time tu tetamu pun belum datang lagi.


Dah sampai awal tu sempat lah begambar adik beradik dulu, nanti dah tetamu ramai memang tak sempat dah haa nak begambar semua kan.





Haa yang atas ni semua family sebelah aku, yang geng oren bawah bawah ni sebelah laki aku. Asalnya plan nak buat colour pastel laa angan angan nya. Nak buat colour hijau-biru lembut atas ni combine dengan oren susu-peach gitu, tapi laki aku ni entah salah paham macam mana entah pi beli kain colour oren camtu. Padahal gambar combination colour tu dah bagi 4 5 6 7 kali dah *tepuk dahi* T__________________T




Time ni la haa orang marhaban tu suruh switch aku bediri sebelah kiri hubby. Benda kecik kecik camni pun kekadang kita terlepas pandang kan. Hihihi


Lepas dah habis begambar memasing macam blur blur apa nak buat, bila nak makan, tetamu time tu dah mula datang sikit sikit dah. Salah kami lah tak plan betul betul.

Kalau ikut aku yang serba simple dan tak payah nak beradat sangat ni, tak payah pun nak berpengapit bagai, tak payah pun nak berarak masuk macam typical kenduri kawen tu kann. Nak je lepas makeup terus lepak kat dewan tu layan tetamu. Apadahal. Kenduri aku kann. Bhahahaha.

Pastu tetiba macam banyak pulak pendapat orang itu ini kasi, pastu memasing takda kata putus, sudahnya masa kenduri tu memasing blur lahh. Mihmih. Then si pengantins dengan si pengapits pun keluar balik gi lepak homestay kat sebelah dewan jerrr. Tunggu dapat green light dari abang chik suruh berarak masuk dewan barulah kami masuk.


Time masuk tu memang waktu puncak lah tu, kemahen sesak lah kat pintu masuk tu orang nak ambik makanan semua, muehehe. Kami pun jalan kepit kepit gi meja makan sambil DJ pasang lagu selamat pengantin baru semoga murah rezeki bahgia ke anak cucu. Terasa macam jauh bebeno je pulak meja makan time tu. Haha. 


Time ni tengah bejalan lagi ni, sempat pulak besembang.. Haha.


Sampai meja makan, memasing pun ambik posisi memasing sambil tunggu orang bagi que suruh makan. Hikhik


Sebelum makan posing dulu. Aku yang posing tidur laki aku pulak yang buat mata mengantuk kan, hahaha.


Posing wajib. Kemahen sangat laki aku sumbat sudu sampai sebegitu sekali dalam mulut ku. Haipp




Time ni nampak kawan sekolah reramai datang makan betul betul depan meja makan pengantin ni,, ramai gak kawan yang aku jemput through fb je datang haritu, baguss bagus. Nanti next entry aku letak gambar tetamu yang datang eh. Sekarang mata dah berat, taip punya taip, upload punya upload dah nak dekat pukul 2 pagi dah pun. Esok kena gi sekolah pulak. Jum tido dulu. Papai. Esok kalau rajin aku sambung. Kalau rajin. :))