Friends

Wednesday, April 16

Sherot Dah Kawen Part 1

Dah lama nak update pasal wedding tapi tak kesempatan nak update sebab asal nak update je wifi lembs. Dah la nak upload gambar kemahen banyak. Sabau je lah. Harini wifi macam okey sikit, meh aku nak share pasal kenduri aku itu hari.

Okey pagi dua haribulan dua tu usai subuh terus siap siap tunggu hubby datang jemput ke butik pengantin untuk makeup. Yerp,, butik ni dia tak da buat servis datang makeup dekat rumah yer. Tapi okey lah since butik tu pun bukan jauh nau dengan rumah aku. Dekat cettt je.


Aku la orang first yang datang makeup. Punya la awal datang haritu, pekerja butik tu pun tak sampai lagi time tu ada big boss dia je kat situ haa. Tapi kira orait arr sebab lepas makeup ni aku ada janji last minit dengan Kak Lia untuk pakai kan inai. Punya la last minit punya koje kann. Pheww


Sebab ada janji dengan Kak Lia nak jumpa kat rumah, aku siap je aku terus tinggal hubby kat situ touch up touch up sikit, pakai samping dengan tengkolok apa semua.


Haa kejadian time ni aku tak tauu sebab aku dah balik kann..


Baju pengantin lelaki ni baju melayu biasa tu je, gi beli kain lepastu hantar tailor. Cuma sewa accessories je la kat butik ni.

Sementara hubby duk besiap kat butik, aku kat rumah duk sibuk tadah tangan kat Kak Lia pakai kan inai. Alkisahnya sebelum ni memang plan nak mintak Kak Lia pakai kan pun, tapi mak dengan  hubby aku la tak berapa bekenan dengan inai lukis. So aku pun jadi serba salah la, dah depa tak bekenan kann.. kang aku pakai jugak kang.... ahh tak best ar kan. Korang paham lah kan perasaan aku camne. Lepastu aku decide nak pakai inai tiub rani tu macam biasa lah. Nak pakai kat kuku je tapi. Biar simple simple sudahh kan.

Pahtu malam sebelum kenduri tu aku dengan kaum kerabat pegi cuci dewan tau, duk menyapu apa yang patot, then balik tu sebelum tidur pakai lah inai. Tapi aku tak tau lahh sebab aku penat ke apa ke ntah macam mana comot gila aku pakai. Daripada nak pakai kat kuku jer terpakai kat jari jugak. Dahtu color inai pun buruk gilaa. Macam nak nanges aku wehh malam tu. Dah la dah tengah malam kottt

Pastu tengah tengah malam tu jugak lah aku contact Kak Lia mintak dia datang esok pagi. Nasib baikkk. Kalau ikut Kak Lia, tengah tengah malam tu pun boleh kalau nak dia datang pakai kan, tapi sebab family aku semua dah tidur kan, so aku mintak dia datang esok yo lah lepas makeup.


Haa tu lah color inai rani yang hodoh tu. Dalam ni tak nampak sangat hodoh dia, kalau tengok depan depan memang nak menangissss... Tapi ada untung nya jugak inai rani tu hodoh, boleh pakai inai lukis lukis. Hikhik. Lepas habis majlis, bila part tengok balik gambar,, tetiba mak aku pun cakap cantik pulak inai lukis nii. Haaa baru dia tauu, sebelum ni tak bagii sangat. Haha. 


Yang ini aku request design paling simple je ni, design Ayu Raudhah kawen dulu tuu. Dah tukang lukis ni pun orang yang sama tau dengan yang lukis inai Ayu dulu. Cantik kan. Kejap pun kejap je dia lukis,, nak kering pun cepat je. Bila tanggal color dia jadi merah pekat. Memang cantik ahh.! Double thumbs up la untuk Kak Lia. Hehehe. Siapa nak Kak Lia lukiskan inai nahh ni nombor dia 013 447 8228

Okey lah aku rasa aku stop sampai sini dulu, next entry kita cerita pasal kat dewan pulak ea. Stay tuned~~ ;))