Friends

Saturday, April 19

Cara Solat Mengikut Sunnah

Assalamualaikum. Kita KIV jap entry pasal wedding, harini terasa nak share pasal cara solat yang betul. Sebab tadi aku follow mak dengan abah gi kursus haji dekat masjid dan ustaz tu cerita bab solat. Agak menarik jugak sebab banyak gak benda yang aku terlepas pandang selama ni. Sebab tu lah rasa nak sangat kongsi dekat sini untuk korang yang pun terlepas pandang macam aku, or untuk korang yang dah tau pun still boleh baca jugak untuk counter check orang kata khenn.. Huhu. Dan untuk diri sendiri jugak sebenarnya, kalau macam terlupa esok boleh tengok balik mana yang tak kena. Gitu.



1. Bacaan al-fatihah  - sunat baca auzubillah terlebih dahulu dan diakhiri dengan ameen. Baca ikut hukum yang betul.

2. Takbiratulihram  - sunat takbiratulihram di empat tempat saja; selepas niat, sebelum rukuk, selepas rukuk, dan ketika bangkit selepas tahiyat awal (pada rakaat yang ke3). Selain daripada tempat-tempat ni, semuanya adalah sia-sia.

3. Duduk antara dua sujud  - cara duduk seperti tahiyat awal (kaki diri di bawah punggung, kaki kanan ditegakkan dan jari kaki kanan dilentikkan menghadap kiblat).

4. Kedudukan tangan ketika qiam  - tangan kanan di atas tangan kiri dengan kedudukan menggenggam pergelangan tangan kiri serta jari telunjuk diluruskan. Kedudukan tangan harus ke kiri sedikit.

5. Tutup mata ketika solat  - tak boleh. Tapi dibolehkan jika terlihat perkara yang haram ketika solat atau solat lebih khusyuk dengan mata tertutup.

6. Rukuk  - kedudukan tangan kedua tapak tangan di atas lutut dengan keadaan menggenggam lutut serta jari direnggangkan. Jika panjang tangan normal, automatik belakang badan akan jadi selari jika tangan pada kedudukan yang betul iaitu seperti yang dinyatakan tadi.

7. Bacaan ameen  - Bacaan ameen di akhir alfatihah adalah enam harkat.

8. Tahiyat  - Kedudukan jari ketika tahiyat adalah jari kiri dilutuskan, jari kanan digenggam dengan jari telunjuk diluruskan. Dan pada bacaan 'ilahaillah', jari telunjuk diangkat sedikit.

9. Ketika menjadi makmum  - Tak boleh mendahului imam. Tak boleh lambat tiga perbuatan daripada imam. Sebagai contoh, imam dah duduk antara dua sujud, kita belum habis baca alfatihah. So kita dah beza 3 perbuatan - rukuk, iktidal, sujud) Solat kita batal.

10. Doa  - Sebarang doa dalam solat mesti dalam bahasa arab.

11. Bagi salam  - Ketika bacaan 'warahmatullah' baru berpaling ke kanan. Begitu juga untuk kiri.

12. Solat jamak  - Kalau kita ke suatu tempat yang melebihi 90km kurang dari empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik kita boleh jamak solat. Tapi kalau lebih dari empat hari, kita hanya boleh jamak semasa perjalanan pergi dan balik sahaja.

13. Solat hormat waktu  - Kalau solat di tempat yang tak boleh nak berwuduk sebagai contoh semasa sangkut dalam traffic jam atau di dalam flight, bas atau sebagainya, kita boleh solat hormat waktu dengan cara solat seperti biasa tanpa berwuduk. Bila dah sampai tempat yang boleh berwuduk, kita kena qada semula.

Ok tu je kot yang aku masih ingat sekarang ni. Actually banyak lagi yang dibincangkan tadi, dan banyak jugak lagi yang ustaz tak sempat huraikan tadi sebab masa tak cukup. Apa yang aku kongsikan kat sini semuanya pada pemahaman aku lah, kalau ada salah silap ke apa, atau nak tambah apa apa dengan berbesar hati aku mintak korang komen di ruangan komen kat bawah ya. Terima kasih ;)