Friends

Tuesday, March 25

Cara Atasi Ink Printer Canon Tak Nak Keluar { Tutorial Bergambar }

Oh hai. Lamanya lahai tak sapa korang kat sini. Sebenarnya banyak kali dah buka tutup buka tutup blogspot ni nak menaip barang satu dua entry tapi lepas taip satu dua ayat rasa macam tak best, lepastu tutup macam tu jee. Lepas tu esok ulang lagi acah acah nak update blog tapi tak update update pun. Motip sangat kann. Ahaa

Harini tetiba terajin nak update walaupun 15minit lagi nak kena siap siap gi class dah. Gigih pulak aku update time rushing rushing ni. Tak paham aku -.-"

Actually tadi baru dapat ilmu baru pasal printer Canon ihsan kakak aku yang aku guna kat unibesiti ni ha. Printer Canon aku guna ni jenis MP145. Ink tank dia kat luar. Sepanjang aku guna dah pat belas ratus juta ribu kali dah ink dia tak keluar. Kadang kadang ink biru tak keluar, kadang kadang merah, kuning, hitam. Ikut mood dia lah dia tak nak keluar yang mana. Kadang kadang biru dengan kuning sekali tak keluar pun pernah. Habis keluar merahhh je lecture notes aku print. Huhuhu. Sadis tul.

Memang macam ni kan printer ink tank kat luar, selalu aje ink tak keluar. Pftt..! Sepanjang duk tak keluar ink tu, sepanjang tu jugak lah aku gi hantar kedai. Pernah la jugak membajet teror godek sendiri. Result dia kekadang je ok tapi, most of the time non hadooo.. Lagi menjahanam lagi adalahh.  Kahkahkah. Sebab aku duk main angkat tank tu je tuang dia kasi ink tu gerak dalam tiub. Mihmih. Aptb.

Kenapa ea tank luar selalu jadi camnih? Amoi kedai yang aku hantar gi repair tu cakap sebab jarang guna. Tapi haritu tengah aku duk print kemain banyak gambor kawen aku haritu pun dia boleh tak keluar,,, apa cetaaa? -,-"

Fenat tau poket i ols nak gi hantar kedai. Hewhew. Sebab tu tetiba beriya kalau boleh nak jugak tau camna nak buat sendiri. Sampai la tadi ada satu hamba Allah ni share kan dengan aku cara nak sedut ink dari tank kalau dia tak naik. Pastu aku pun dah try, alhamdulillah dapat tarik ink biru dengan jayanya. Gitew. Itu yang semangat update blog ni. Nak sharing is caring ;) ;) ;)

Ok first step harus ada printer yang ink nya sengal sengal ubi tak nak naik tuu.


Then sila on kan seperti biasa. Pastu tekan button maintenance macam dalam gambar atas ni. Alahhh button yang ada gambar pliar tu haa.



Tekan tekan dan tekan lagi sampai kat display screen jadi huruf Y seperti di atas. 



Lepas dah dapat Y tu tekan lah button black atau color. Black untuk nak sedut ink hitam. Color nak sedut ink biru/kuning/merah.



Bila dah tekan biar la printer tu buat kerja kerja sedut dia. Kat display screen tu akan jadi lebih kurang macam kat atas ni ha maknanya dia tengah buat kerja dia la tu. Korang tunggu lah sampai dia stop then boleh try print. Kalau masih tak ok, ulang step yang atas lagi sampai ok. Aku buat tadi adalah dalam dua tiga kali jugak baru dia keluar colour cantik. Ok tu je buat kalai ni. Nanti kalau ada info lagi aku share lagi. Goodluck!



p/s: Tak tau nak buat apa dengan baucer buku. Nak beli buku,,,, buku beli guna baucer tahun lepas pun tak habis baca lagi. Hwkwkwkkw. 

Aku beli henponggg kang haa ^____^

8 comments:

eyka baha said...

thanks for the info. :)
http://eykabaha.blogspot.com/

EDtv said...

TERIMA KASIH INFONYA.. MOHON SHARE YE..

amirah said...

Macam mana nak selesaikan masalah kod error E05?

intan yusnita said...

Thanks awak! Sgt2 membantu. Alhamdulillah. Saya punya ink hitam tak keluar langsung! Sy google, jumpa blog awk, sekali try terus keluar. Hehehe cuma tak smooth laa. Maybe need to redo it again :) Thanks ya!

Anonymous said...

terima kasih. sangat membantu

Mike Mikelly said...

yang malasah kode e05 tu... keluarkan catridge tu then lap belakang catridge yang warna coklat keemasan tu.. sbb printer tak blh detect peranti blkng dia.. lap smpai bersih tau... then cuba masukkan then try on printer sama ada jadi 1 ke tak.. kalau tak juga ulang langkah tu..hrp membantu

Anonymous said...

xjadi lah bro..sy kesuntukan masa nk print nie tapi printer buat hal..sy nk print proposal utk dapatkan projek besar nie..tolonglah saudaraku sekalian alam

Nurfarah Harryna said...

Tq..rasa nk marah je tgk printer wat hal...byk kali juga wat cara tu..alhamdulilah ok