Friends

Thursday, February 20

Servis Bas Shamisha Paling Hampeh

Assalamualaikum. Haritu aku nak story pasal pengalaman aku dengan satu syarikat bas ni tapi tak tercerita cerita pun lagi haa. Meh sambil sambil aku tunggu suami ku balik ni meh aku story sikit meh.

Ok ceritanya begini... ecehh. Haritu time cuti sem haritu aku plan nak pegi lah Kota Bharu lepak lepak chill chill dengan laki aku kat sana. Ye lahh duk rumah pun takda buat apa, baik aku pegi menyendeng kat laki aku tu kan.. Huhu. sambil sambil menyendeng boleh gak shopping tudung ke hape. Tak gitu?

Lepas dapat green light dari laki aku, aku pon pegi le beli tiket bas sorang sorang. Bila sampai bahagian kaunter banyak banyak tu kemahen ramai la yang duk tanya "nak ke mana" segala tu kan. Aku pun bagitau lah akak sorang tu pastu dia panggil sorang laki bawak aku ke kaunter bas Shamisha. Aku ikut je lah time tu sebab aku ingat semua bas sama saja, almaklum lah orang jakun tak pernah naik bas jauh sebelum ni. Paling paling pun aku pernah naik bas ekspress dari Penang ke Alor Setaq je pon time duk matrik dulu. Dan berdasarkan pengalaman aku bas ekspress Penang - Alor Setaq tu kau naik lah bas syarikat mana mana pon semua sama saja. Time tu lah bertolak, time tu lah jugak sampai. Tak da beza. So aku expect bas ini pun camtu lah jugak. Huhuhu

Lepas beli, aku roger lah laki aku. Sekali dia menggelabah suruh aku gi jual balik tiket tu sebab dia kata member member dia ramai duk komplen pasal bas Shamisha tu ha. Erkk?! Sampai call call aku banyak kali lah dia nak bagitau aku yang buruk buruk pasal servis bas ni. Seriyes time tu aku naik annoying pon ada. Hahaha. Ye lah aku dah terbeli dah kan.. lagi kau mau buruk buruk kan kasi aku tak sedap. Huhuhu

So petang tu jugak sebab laki aku tu tak habis habis lagi dengan gelabah dia sampai dengan aku aku sekali naik gelabah, aku pegi balik kat stesen bas tu kengkonon nak beli tiket bas lain, tapi bas lain tu dah penuh sudah. Then pegi lah pulak aku kat kaunter bas Shamisha tu nak confirm kan dengan akak yang jaga kaunter tu time bas sampai Kota Bharu sebab salah satu yang laki ku duk risau sangat sebab dia cakap bas shamisha ni naik pagi, malam baru sampai. Huihhh jenuh kematu montot ku dalam bas kalau camtu punya cerita weh. Tapi akak kaunter tu berjaya yakin kan ku. So aku proceed je lah dengan tiket tu.

Then esoknya aku pegi lah stesen bas dengan beg galas besau siap sweater bagai. Huhuhu. Pegi awal okeh, tiket pukul sepuluh, sembilan pat puluh lima dah sampai. Haa gitew kau semangat first time nak naik bas jalan jauh sorang sorang wehh. Huhu. Lepas ambik nombor bas kat kaunter aku pun tunggu lah dengan penuh kesabaran kat situ.

Tapi.

Tapi.


Pukul sepuluh, bas tak sampai lagi. Sepuluh suku, tak sampai. Sepuluh setengah, tak sampai. Sebelas, pun tak nampak batang hidung jugak. Amboi sejam aku tunggu kot.! Yang laki aku pun naik menggelabah jugak, tengah duk meeting pun duk call dua tiga kali dari Kota Bharu nuu risau aku tak naik naik bas lagi.

Last last aku setting muka kasi garang sikit, aku gi kat kaunter yang aku beli tiket semalam. Tanya. Ada tiga awek kat situ memasing duk buat tak nak layan aku, busy dengan phone memasing. Pastu depa cakap depa pun tak tau sebab depa call office pun tak berjawab lepastu suruh aku pegi kaunter Shamisha yang satu lagi.

Pegi kaunter satu lagi, kejap cakap bas tu on the way dari Kuala Perlis, kejap orang ni pulak cakap bas rosak kat Arau, kejap bas duk kat Changlun pulak. Seriyes cakap putaq belit weh depa. Pangg kang.! Huhuhu. Yang sorang mokcik tu dah pum pang pum pang dah membebel kat situ.

Lepas tu rilek jap kat tempat menunggu tu google google pasal servis bas ni. Kemain banyak nauu fedback negatif kot. Kat facebook shamisha pun banyak gila yang mengutuk. Terus aku angkut beg, pegi kaunter, jual balik tiket then balik rumah. Frust gila tak dapat pegi menyendeng kat laki aku,, tapii lagi pat belas juta ratus ribu million kali frust dengan servis bas Shamisha. Teruk nak mamps. Dah teruk satu pasal, ramai orang duk komplen pun masih macam tu gak pulak tu. Memang tak makan saman tul ar! Grr~



Ok dah lepas dah yang terbuku di dada setelah sekian lama. Dah buleh tidoq lena dah. Huhu.. Goodnight peeps. Selamat berhujung minggu. Esok takda kelas. Yahooo!!


p/s : Mana laki aku ni tak sampai sampai lagi ni, pukul satu pagi sudah bhaa -.-

2 comments:

Ezy Loy said...

bas samisha mmg terok thap gaban...
skli je pernah naik bas ni..
2pon sbb org lain tlg belikan tiket..
kalo x xde nye nk beli tiket bas samisha ni..
boleh plak dari teganu ke s.alam mkn masa berbelas jam..
mmg terok!

Anonymous said...

saya setiap minggu akan berulang dari sungai petani ke kuala lumpur (hentian duta). Bas shamisha memang teruk dan terlalu lmbt disebabkan terlalu banyak tempat persinggahan untuk hantar penumpang. dan tguu pula untuk penumpang naik. selagi bas ni xpenuh mmg xkan jalan la bas ni.. ulat tiket juga terlalu ramai di hentian sungai petani dan lagak seperti gangster, hisap roko didalam kawasan ber aircond di tempat beli tiket.. minta ada kemajuan..