Friends

Saturday, February 8

03012014 Akad Nikah

Assalamualaikum readers ku tersayangs. Kehkeh..! Actually aku nak update entry akad nikah ni before kenduri itu hari tapiii kau tau lah kann orang nak kenduri ni.. tetiba macam banyak hal pulak kena sattle last last minit. Dengan photographer nya sampai dua orang cancel tiga empat hari before wedding, pa system pun serupa dua kali lima jugak. Yang inai pulak cara inai,, seriyes weii sampai seteress seteress aku memikiokan pasal kenduri sehari tu ha. Pheww.. Dengan keadaan aku sebegitu haritu memang takkk lah kan aku nak ilek ilek ngadap lappy tunggu wifi lembs loading nak upload gambar bagai kat blog tersayang ni. Lepas kenduri pun kehulu kehilir pulak aku bejalan, baru harini dapat ilek sikit pun layan blog. Yeppa yeppa

Entry kali ni entry throwback ke bulan Januari haritu okeh u ols. Dah sebulan lebih dah ha kejadian tu aku pun macam jenuh jugak nak remind balik ni. Tapi insyaAllah aku cuba ingatkan semula semuanya,, semuanyaaaaA..!

Mungkin entry entry lepas ada kot aku cerita yang kami (aku & hubby) plan nak seharikan je majlis akad nikah dan sanding. Means pagi akad nikah, lepas habis terus berarak ke dewan untuk sanding. Gitu. Tapi lepas dirunding semula semua bersetuju pulak nak awalkan akad nikah sebab mak aku takut rushing sangat kalau semuanya nak di satuharikan. Ye lah mana kejap nak ke mesjid, kejap nak ke dewan. Kalau akad nikah kat rumah sanding pun kat rumah takpe lah jugak khen, semua duk setempat je. Lagipun mak aku memang jenis cepat gelabah sikit pon. Kehkeh,, So kami ikutkan aje lah bila bila pun akad nikah. Asalkan menikohhh ye dak? Huhuhu. So 3 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat jam 3.00 petang pun dipilih untuk akad nikah.

Haa pasal 3 Januari ni pun satu hal. Aku yo yo oo je confident cakap tarikh tu aku takde hal apa apa tanpa cek jadual exam. Confident punya confident last last nahhh hambekk exam berderett sebelum dan selepas tu. Start dari 31 December sampai 2 Januari ada exam non stop lepastu 3 Januari takde pape then 4 dengan 5 Januari pun ada exam jugak. Nasiblah 3 Januari, hari Jumaat memang depa tak buat exam haritu,, kalau tak jadi satu hal pulak hubby nak apply cuti lain pulak dah. Aishh

Malas melalut, meh kita layan gambar okey


3 Januari 2014 hari Jumaat penghulu segala hari aku sah menjadi istewi Mohammad Shafuden Othman dengan dua kali lafaz. Kehkeh.. Lafaz yang pertama tu tak jadi sebab cik din salah faham dengan tok imam. Seriyes lawak giler time tu, video pun ada ni haa tapi aku malas nak upload sebab upload gambar pun kemahen lama nunggu ni weh. Gambar pun aku main pick pick je niii..


Lepas serik dengan makeup time tunang ituhari aku decide untuk hire makeup lain lah untuk makeup kan aku untuk akad nikah ni. Makeup dia okey lahh kann since nampak sweet sweet je, takde garangg sangat macam haritu. Tapi yang tak best nya makeup yang ini sebab dia punya barang makeup tak bersih macam yang makeup kan aku time tunang haritu. Bahan makeup dia pun macam tak berkualiti sangat since bila petang sikit dia nampak mengeras semacam. Dan yang paling teruk sekali bulu mata palsu tertanggal sebelum start majlis pun wehhh. Kalau korang zoom gambar memang akan nampak punya bulu mataku jadi satu line straight atas mata. Teruk gila!


Untuk baju pulak aku pakai semula je baju time kakak aku bertunang dulu. Sayang pulak aku tengok baju buat mahal mahal last last terperuk je dalam almari, dah saiz pun sama baik aku pakai je. Free pun free.. Kahakahkah! Baju untuk cik din je lah kami buat baru. Pegi beli kain colour matching kat Jakel then hantar tailor jahitkan. Baju untuk cik din takpe, lepas lepas ni pun boleh pakai lagi baju melayu khenn.. Pakai time raya nanti pun boleh lagi.


Hahh ini emak emak ku. Huhu. Oh lupa nak cakap tudung chiffon berawning tu beli bukan atas kemahuanku. Mihmih. Kalau ikutkan aku nak pakai bawal jew tapi sebab haritu pegi cari tudung dengan kak cik, memang dia tak sokong langsung lah aku pakai bawal.. Haha. Terus ke Ariani lah kami, kebetulan jugak time tu Ariani buat sale dan alhamdulillah ada colour yang matching. Thanks cik din belanja tudung mahai. Kalau aku, memang idok le nak spend pitih untuk tudung seketul cuma ni. Dah la pakai sekali tu je. Tak sampai sehari pon u.. Tak berbaloi tauu. Huhu



Ini semua nya kawan cik din yang buat hantaran time tunang ituhari yang buat kan. Mas kahwin, cincin dengan cek. Since nak sanding kat dewan nanti, aku dengan cik din nak lah tukar terus hantaran time akad nikah ni, nanti dah tak payah dah nak pikir mana nak letak hantaran semua kat dewan nanti. Tapi bila orang ni kata macam ni, orang tu kata macam tu, end up untuk akad nikah ni ada tiga ni je dulu. Barang barang hantaran bagi nanti time sanding. Camtu.


Haa yang tepi sekali sebelah kanan ni lah haa kawan cik din yang buat hantaran tu. Zam nama nya. Yang sebelah zam yang pakai baju stripe tu lecture cik din, dia dengan yang pakai baju peach duduk tu la yang ambik kan gambo sepanjang akad nikah ni ha. Thanks you alls.


Ini family abang pizan. Haaa pelamin ni aku ambik dengan Kay Collection. Korang yang tinggal Alor Setar and nak cari orang buat pelamin try la pegi deal dengan Kay ni. Harga dia aku rasa okey lahh. Macam yang mini pelamin aku ni aku tunjuk sendiri design pelamin yang aku nak and mintak dia buatkan. Aku memang agak puas hati jugak lah kecuali part bunga sakura dengan orkid kat tepi tu je macam semak sikit aku nampak. Kalau dia letak daun daun putih tu kat tempat tu kan lagi cun. kan? kan? Huhu. and spotlight belakang pun kalau maintain colour pink je lagi bagus. Ini dah macam lampu raya lip lap lip lap dah. Bhahahahahahahaha! Maap yerp u ols. I ols memang suka complain. Tapi okey lah pelamin Kay ni. Cantik cuma time dia buat pelamin ni aku kat unibesiti, so tak boleh lah nak complain kat dia. Mampu complain kat belog sajalah.. ahaks!


Yang ini lah kak cik yang suggest sangat aku pakai Ariani ni haa. Huhu. Anak dia comel comel gilers i tell u. Anak dia yang abang cik pengang tu jenis tak nak dekat orang tau, nak ayah dengan bonda dia je katenyee. Tapi haritu i ols pegi rumah kak cik, dia ilek ilek je siap request mak ndak dia dukungkan pastu tak nak gi kat orang lain dah. Nampak tak..? Nampak tak? Betapa terornya mak ndak demo tackle bebudak *fliphair* Kihkih


Ini haa kengkawan seunibesiti. Kengkawan yang tak dapat datang time sanding haritu oleh sebab musabab kenduri i ols kan time cuti semestaa. Memang idok le nak balik kedah ni semata untuk attend kenduri lepastu balik semula hometown memasing pastu nak datang balik kedah untuk register sem lima. Oh no no no.. So aku kerah depa datang time akad nikah. Kahkah. Terima kasih kerana datang. Ada gak coursemate tak dapat datang sebab senasib denganku exam sederet non stop. Tak apa,, tak apa, terima kasih untuk hadiah dan wish korang semuanya. Semoga sama sama dapat result gempak gempak nanti. Ameen~

Okeh tu aje lah kot kan.. Aku malas nak tunggu loading upload gambar lembs giler. Nak resize gambar kasi kecik sikit, macam tak berapa nak rajin dah pulak. So rasanya cukup eh gambar banyak nih. And cukup kot entry akad nikah setakat ni. Aku cerita semua sekali dalam satu entry senang, tak payah nak asing asingkan review sorang satu entry. Kang lambat pulak nak habis,, macam review tunang itu hari, berapa lama nak habis review satu satu. Padahal takde apa apa sangat pon. Hewhew



p/s : malas nak masuk kelas balik. Huaaa T____T

5 comments:

NinaAz said...

Cantiklahhh mixandmatch warna baju pengantin ♥ untungla ada kakak. Bleh rembat jea baju free dia. Dah le cntik. Hrhhre. Nina sulong. Kawin ritu pun sewa mals nk tempah tkt rugi. Hahaa. Org laki xp. Baju melayu boleh pakai selalu

Fazil Hamid said...

Tahniah..semoga berkekalan hingga ke syurga...

Anonymous said...

Hi, constantly i used to check website posts here early in the daylight, for the reason that i enjoy to gain knowledge of
more and more.

My website :: wedding catering

Anonymous said...

electronic cigarette reviews, smokeless cigarettes, best electronic cigarette, e cigarette forum, best e cigarette, electronic cigarettes reviews

chenlina said...

chenlina20160511
coach factory outlet
cartier watches
nike air max
louis vuitton outlet
lebron 13
cheap jordan shoes
tods outlet online
kevin durant shoes 7
michael kors outlet
adidas superstars
kobe bryant shoes
coach factory outlet online
coach outlet
lebron 11
michael kors outlet
true religion jeans sale
michael kors outlet clearance
louis vuitton outlet
kobe 9
coach outlet online
coach factory outlet
ray ban sunglasses
gucci belts
coach factory outlet
oakley canada
air jordan 8
cheap oakley sunglasses
timberland outlet
tory burch handbags
instyler max
hollister kids
oakley vault
coach factory outlet
michael kors handbags
adidas superstar
cheap jordan shoes
cheap nfl jerseys
coach outlet
louis vuitton
nike uk
as