Friends

Wednesday, January 22

Cek Gigi dan Buat IC di UTC Kedah

Assalamualaikum. For the first time aku menapak ke UTC Alor Setar tu haritu.. Sorry ek aku jakun sikit, pegi UTC pun kena cerita kat blog. Kkeke. Best ek UTC ni rupanya. Senang. Pergi situ je macam macam kerja boleh sattle. Macam haritu aku pegi kejap je dah sattle cek gigi, cuci gigi sekali buat IC baru. Siap sekali shopping jeruk mangga Pak Ali. Zeriuss kecur air liur. Satu pek tu sorang sorang aku je habiskan. Pheww. Ok cukup takat tu.

Berbalik pada UTC untuk sattle sattle kerja aku tadi, mula mula aku pegi Klinik 1Malaysia tu gi cek gigi. Sekali pendaftaran bayar seringgit. Pastu cek dan cuci dua ringgit. Kira total tiga ringgit je dah boleh dapat gigi bersih. Wiwii. Selalu pegi swasta berbelas hengget habis. Kalau pegi PKU kat UUM nu tak payah bayar time pegi tu sebab dah kira dalam yuran, tapiiii nak tunggu turn tuuu jiwa kena kental lah. Mau kematu montot sementara nak dapat cek gigi. Dengan tekejor masa nak pegi kelas lagi,, tak sanggup den. Kat Klinik 1Malaysia ni better, takde lah lama nau pun nunggu nye. Tapiii kau kena tahan lah kalau doktot tu cuci gigi kau habis sepah sepah air basah muka. Haha. Dah la lepas tu nak gi buat IC, habis bedak i ols tau nak amik gambor kekgi. Huhuhu. Tapi okey lahhh. Nanti enam bulan sekali boleh datang sini lagi cek gigi ;)

Motip sangat letak gambor besor besor. Ahaks

Lepas sattle bab gigi, pegi naik buat IC pulak. Kat sini lagi cepat gila gila. Tak sempat panas bontot dah sattle daftar, ambik gambar semua. Dan boleh ambik IC keesokkan harinya. Dah la cik puan yang ambik gambar aku tu friendly. I ols sukee.. Ha untuk buat IC sila sediakan sepuluh hengget yer tawan tawan.

Keesokkan harinya terus aku datang balik semata nak ambik IC, gila semangat aku. Huhu.. Time pegi tu tak ramai orang, gi tunggu terus depan kanuter ambik IC. Nak ambik IC tak boleh wakil wakil ekk sebab dia ambik cap jari. So IC kau kau kena datang ambik sendiri. Gitu.

First time yang aku tengok kat IC ni adalah gambor. Biasalah pempuan khonn.. Huhuhu. Frust gilerrr gambar aku nampak gemoks okeyh. Pipi gebeh habiss pastu siap parut jerawat semua nampak. Haihh awat laa depa tak guna camera 360.... Ni salah doktot gigi la ni sepah sepahkan air kat muka aku. Eh salahkan orang pulak dah. Huhu KeciwaaA. Pahni kena consume pape kasi muka seri sikit. Kusam semacam dah aku tengok diri sendiri. Produk apa bagus??? Macam macam sangat produk kat pasaran, nak pilih pun pening sudah @,@



p/s : Tak puas hati dengan service satu company bas niii.. Next entry aku ngomel pasal ni. Toodles!

3 comments:

Yusuf Ahmad said...

X penah lg gi UTC kat sna. Ni pun bru tsu UTC kat aloq setaq. Hehe. Nice info. Jika berkesempatan jenguklah ke blog saya doknganga.blogspot.com

.::: Princess MOMOY :::. said...

uh. momoy baru g utc kat kuantan buat passport

Anonymous said...

dkt klinik gigi tu ada buat psg braces x?