Friends

Wednesday, January 8

Ber Sushi King Lah Kita

Assalamualaikum silent readers ku sekalian. Ehek baru tau sebenornye belog aku ni punya silent readers ya. Yang add kat wechat thanks so much. Ada yang nak chat pasal skincare yang aku review itu hari, ada yang nak borak pasal preparation wedding dan ada gak yang siap offer nak buat facial free kat aku untuk aku review kat belog ni.. Bhahahaha. Tapi dahku terpaksa tolak lah offer facial free tu sebab ada beberapa sebab lah ye. Sorry sis.. Korang kalau ada apa apa soalan ke, nak share apa ke, nak mengehentam aku ke jangan segan segan add je wechat aku ya. Id seperti yang tertera kat column sebelah kanan korang.

Ok silent readers, sebenonye entry pasal tunang itu hari aku tak habis update lagi tau. Ada saki baki sikit sikit lagi aku nak review then nanti aku proceed dengan majlis akad nikah aku haritu yaa. Vavava... excited sebenornye nih nak share pasal akad nikah sebab baru dapat gambar dari op yang tak berapa nak op sangat dua tiga hari lepas. Huhu. Ingat nak update sekarang,, tapi gambar tu pulak ada dekat hubby. And hubby pulak dah balik kelate tadi.. Sobs sobs sadis tau baru kawin tak sampai seminggu dah kena tinggal sendiri kat kedah :(( Itu pasal aku boleh update belog tengah tengah malam nih. Kalau tidak tak kose mak incik. Layan laki mak incik lagi afdal. Kahkahkah


Berbalik pada tajuk, aku rasa aku dah jauh menyimpang dah nih. Huhu. Actually entry ni aku nak throwback sikit lah ke seminggu sebelum akad nikah aku itu hari. Time tu aku ngidam sushi-kemain-sangat-kalah-orang-mengandung-kau-tahu. Kebetulan hari tu keluar shopping dengan hubby (masih tunang time tu) and his sista, kami pun singgah le kat Sushi King. Kemain ramai sangat orang keluar masuk datang makan sini, mostly chinese lah. Nasib baik ada tempat kosong time kami pegi tu.


Aku order ni haa.. Lupa dah namanya tapi ada nasik, ikan salmon fresh, ayam salut tepung dengan sayur sayur sikit. Rasa dia not bad lah, kira aku tak nyesal lah order yang ini. Huhu. Hubby dengan sil order nasik dalam box macam gini jugak, tapi ayam tu daging, ikan salmon tu takde, dia ganti dengan apa entah pastu ada sup semangkuk. Nama menu dia please jangan tanya aku, aku idak lah menghafal nya. Jangan kata menghafal, nak menyebut pun belum tentu lepas lagi. Huhuhu. Minuman aku dengan sil minum air yakult apa entah. Hubby minum air kosong sajaa..


Kat Sushi King ni selain boleh pilih kat menu, boleh jugak ambik mana mana sushi yang bekenan di hati yang begerak gerak kat tepi tu, harga dia ikut colour plate. Lain colour lain harga nya.. Time tu kami ambik satu plate je buat try. Not bad ahhh.. Takde aa sedap mana, takde aa tak sedap sampai tak boleh terima anak tekak. Tapi macam sushi beli kat jusco je pon rasanye. Hoho ;P


Harga dia not bad lah. Kami tiga makan baru RM70++. Baruuuuuu... Huhuhu. Tapi memang best lah sekali sekala merasa makan makanan Jepun. Lepas ni teringin nak try makanan Korea pulak. Entah bila nak pi Seoul Garden. Kena tunggu hubby balik Kedah arhh camnii  >___<



p/s : Tadi hubby bagitau boss dia suruh buat majlis sanding kat tempat kerja kat wisma Kelate. Hahaha.. Kalau jadi sanding dua kali lah kiteee yerr