Friends

Wednesday, December 18

12102013 My Engagement Day ~Hantaran (Part2)

Hai hai hai. Dah lama pulak rasanya aku tinggal blog ni kan. Maklom le dah dekat dekat nak final ni khonn,, assignment kemain lah beratur nak di submit. Dah tu tiap kali takde kelas, balik rumah. Dah namanya balik rumah sekarang ni memang takde nak lekat kat rumah nye. Ada je nak sattle itu ini pasal wedding. Pheww~ Fenat i ols mak noks. Tapi sabau je lah khonn.. sapa suruh diri sendiri tak menyempat nau nak nikoh? kohkohkoh

Ok. Moh le proceed cerita kita pasal hantaran bertunang dua bulan yang lepas. Itu hari dah cerita pasal hantaran dari pihak i ols kat entry sini. Now nak cerita pasal hantaran dari pihak laki laki untuk i ols.

Hantaran dari pihak laki laki ni special sikit sebab Incik Tunang sendiri membanting tulang dengan kawan dia buatkan hantaran ni haa.. Separuh hari gak kalau tak salah Incik Tunang lepak rumah kawan dia buat benda ni. Ferghhh~ Kemain kan deme. 

Actually kawan dia memang minat buat benda benda alah ni ha, tapi idok le buat seriyes pun, just suka suka gitu jer. Itu sebab dia mintak tolong dengan kawan dia ni buatkan. Meh tengok hasil air tangan laki laki berdua nii.. Huhu



Maap le korang ye, hantaran side laki laki ni takde lah pulak gambar zoom seketul seketul hantaran macam hantaran side i ols tu kan. Tapi takpe la, rasanya macam nampak je tu kalau nak tengok pun. 

Haa boleh tahan gak kan hasil gubahan orang laki laki nii. huhu. Untuk hantaran side Incik Tunang ni dia bawak enam dulang lepas dah belaku sikit sok sek sok sek pasal hantaran ni aku dengar dari Incik Tunang. Kejap lima, kejap enam, kejap orang itu tak kasi bawa enam, kejap nak cancel kek, kejap orang cakap bekas sirih junjung tak kira,, last last taddaaa bawak lah sebanyak ini. Enam dulang kesemuanya sekali. Oleh sebab aku macam rajin sikit malam ni, meh aku review satu satu dulang. Huhuhu

Nombot satu, cekelat forero. Haa aku tak tau pun dia nak bawak cekelat ni. Nasib baik side aku tak bawak cekelat forero ni jugak haritu, asalnya memang plan nak bagi cekelat ni pun. Kehkeh. Selamattt, kalau tidak clash di situ. Huhu

Nombot dua, buah buahan. Haa yang ini bekasnya di sponser oleh kak cik Incik Tunang kalau tak salah. so nak tak nak depa kena la shopping buah di hari kejadian. Tapi sayangnya aku tak sempat merasa pun buah ni haritu. Huhu

Nombot tiga, kek. Kek coffie kot kalau tak salah aku. Lupa dah,, padahal aku yang gi order kek ni haritu. Mihmih. Rasa dia bagi aku ok lar boleh la diterima anak tekak. Cuma presentation dia tu macam tak berapa sikit. Kihkih. Sukahati jek complain >.<

Nombot empat, sirih junjung. Bekas sirih tu Incik Tunang cari kat Kelate sehari sebelum balik sini. Very the last minutes you know. Haa itu jer. Nextt

Nombot lima, cincin. Cincin niii dah lamaaa beli. Beli lagi awal dari beli cincin risik dulu, sebab Incik Tunang kita kan asalnya nak tunang tak dan dan dah dulu. Kalau ikut dia bulan sembilan dah nak tunang, bulan dua belas dah nak kaweng nak ambik tarikh 11.12.13 tu. Kemainn sangat Incik Tunang tu khen, dia tak tau yang i ols ni dah ketaq ketaq lutut dah nak bagitau family pasal plan dia tuu. Huhuhu

Nombot enam, kain sutera 4 meter. Yang ni Incik Tunang kirim adik dia belikan dari Terengganu. Kemain wechat gambar kain suruh i ols pilih itu hari, sampai rambang mata mau pilih. Kejap pilih yang ini, then tengok yang satu lagi lagi cantik,, nak tukar dah tak boleh sebab dah beli bayar semua siap. Dasar otak dua saat. Huhuhh

Okey, itu aje buat waktu ini. I ols pun sudah pening bhaa ngadap lappy lama lama. Next time i ols cerita pasal kondisi i ols kay. Sekarang ni kondisi i ols sangatlah berada pada tahap yang kritikal ;(( Nak tau kenapa? Tunggu next entry.. wahh gitew. Suspender sangat khonnn. Bye