Friends

Friday, December 20

12102013 My Engagement Day ~Attire

Hye people,, memandangkan dua minggu je lagi aku nak kaweng, aku rasa lebih baik le aku percepatkan entry entry petunangan aku ni haa supaya nanti aku boleh up kan pulak entry nikah. Wah giteww.. Yo yo ooo je, nak up entry betunang ni pun kemain sangat take time nya. Puii. huhu

Entry ni nak cerita pasal attire petunang pada hari terbabit. Wahh petunang pon bolehh u ols.. Asalnya aku duk pikir pikir sendiri,, pakai je lah baju kurung aku pakai gi kelas burok burok tu pun, kihkih. Apa ada hal der. Aku ni kan bekira sikit nak beli benda yang aku tak boleh pakai long term nii. Tapi kau tau lah my mom tuu, harus lah nak yang cantik cantik, baru baru. Ye lahh betunang ni pun bukan selalu katenye. So aku ikutkan je lahh. Terus google baju baju yang simple, so nanti aku still boleh pakai gi kenduri ke hape. Takde la terperap je dalam lemari lepas ni. Tak gitu khonn

Antara baju yang menjadi pilihan kalbu adalah seperti tertera di gambarajah di bawah ni


Simple je khenn,, so ke jakel lah aku membeli kain chiffon and lining satin lima meter. Beli lima meter sebab tailor cakap nak buat kain kembang tu kena guna kain banyak. Lepas tu lace nak attach kat bawah baju tu cikgu yang buat hantaran aku tu beli dekat Indon. Makanya ini lahhh hasilnya..... jeng jeng jeng


Alaa tak nampak kain kembang pulak khenn. Kale hijau baju aku untuk tunang ni, actually tak plan pun nak pakai kale apa, just gi kat jakel then terbekenan dengan hijau ni, ambik je lah.. Yang sadis nya dengan baju ni, orang yang jait lace tu aku tak tau la dia buat last minit ke apa ke, tapi lace tu sepatutnya diattachkan dengan pearl pearl kat atas tu, tapi non hadoo pun. Jait lace kosong bodoh bodoh cenggitu jew. Sobs. Veil tu pun malam sebelum tu baru datang hantar kat rumah, nasib baik dia bawak tudung bawal dia sekali,, kalau tidak jenuh nak keluar mencari tudung colour camtu pulak malam malam cenggitu. Haihhh

Pastu kan koranggg nak dijadikan cerita lagi syok veil yang dia buat ni pun haihh macam tak ikhlas je nak buat. Huhuhu. Cer tengok gambar bawah ni..


Ni lepas dilipat dua, senget sebelah wehhh veil ni. Kalau pakai pun memang nampak bebeno cacatnya veil macam tergantung sebelah. Apa kesss! Jenuh pulak malam tu dahku dengan kakaku memikiokan nya. Nak potong kasi sama, tapi tak pandai pulak nak jait baby claim. Last last redho je lah. Pakai jerr.. Mak pun nak sedapkan hati cakap tak nampak sangat pun sebab dia beralun. Wahhh ye lah makk.. paandaai mak nak sedapkan hati itew. Huhu

So itu aje lah cerita baju aku pada hari tu. Takde yang special mana pun, simple simple jek. Next, cerita pasal makeup. InsyaAllah esok ek. Daa~