Friends

Wednesday, October 2

First Timer Babysitter

Sepanjang 21 tahun hidup di muka bumi ini tak pernah aku babysit budak secara bersendirian, means hanya aku bedua je dengan the budak kat satu tempat. Kalau babysit time ramai ramai orang tu ada lah.. Kalau budak merengek paling paling aku hantar je kat mommy dia ataupun aku pass je kat tok wan dia. Satle koje aku khonn.. Tapi jumaat haritu for the first time aku ditinggalkan bersendirian dengan budak ni kat rumah..


Alkisahnya mommy si budak ni kena eskot student dia gi match futsal. Tok wan si budak ni kena balik kampung,, tinggallahh moksu si budak ni je kena jaga si budak ni. Banyak pulak repeat 'si budak' khonn.. Ok lah lets call si budak as cha.

Malam sebelum mommy cha dah siap siap berpesan pesan dah apa patot ku buat apa tak patot ku buat. Kalau dia bebai buat ni ni ni... sebab cha ni kalau datang angin bebai dia,, huru hara dibueknye! 

On the day, pagi tu kemain awai dia bangun. Bila dah bangun awai, moksu pun kena lah bangun awai jugak. Lepas mommy dia gerak gi sekolah, moksu dengan cha pun landing landing lah depan tv tengok Power Puff Girl. Sambil cha duk tengok tu moksu sempat lah lelap lelap dua tiga saat, bangun awal  lah katekhonn. Hikhokk

Lepas tengok tv kita main lego. Lepas dah jemu dengan lego, main lah pulak bowling. Lepas jemu bowling tengok pulak Upin Ipin kat tab. Lepas dah jemu moksu mandikan cha siap sekali basuh berry dia. Hoho. First time hokeyy basuh berry orang. Kekeke... And actually part ni yang paling aku duk susah hati sekali time aku disuruh babysit dia haritu. Hehehh.. Tapi tapi bila da buat rasanya idok lah teruk mana pun sebenarnya.. Hehee ;P

Then lepas mandi, macam biasa nak pakaikan pempes memang susah sikit budak kicik nii.. suka lari lari takmau pakai pempes. Grr.. Lepas pujuk pujuk and guna macam macam trick last last ok lah. Lega moksu. Kang tak pakai pempes, pastu tak pasal pasal ter shi shi dekat karpet apo nak dikato? Jadi satu koje lah pulak moksu ni kang.

Lepas mandi moksu gi masak nasik goreng untuk lunch. Time masak ni cha pun kat dapur gak, tengah main air. Kejap tuang air dalam besen, kejap tuang pulak dalam cawan, pastu celup pulak tangan,, kacau kacau pulak air dengan straw.  Habis sepah sepah air kat meja. Moksu time tu,,, ahh lantak mu laa cha, janji duk diam diam tak kacau moksu masak. Hehehh


Moksu masak dua version nasik goreng. Satu version takde cabai, satu version untuk moksu punya ada cabai. Makan nasik goreng je lah kite chaa.. sobs

Lepas makan, besar harapan moksu agar cha ni tidoq lah sebab memang time tidoq dia pun time tu. Moksu pun buat lah susu, tapi dia takmau minum pun. Cehhh betul cha ni,. Last last moksu tutup lampu, moksu tidur. Sedar sedar dia dah tidur kat sebelah moksu. Hehehe. Terror tak moksu *lompat bintang*

Time dia tidur ni lah baru moksu dapat gi mandi and buat apa yang patot. Pheww.. Tetiba sejam lepas tu dengar dia merengek rengek mamai panggil mommy dia. Ah sudahh.. Pastu nangis. Start dari tu terus tak tidur dah and buat perangai. Syukurr time time dia buat perangai ni lah tok wan dia balik. Kekkeeke.. Satle koje moksu. Hewhew.. ;P 

Actually malas dah nak menaip. Moksu akhiri aje lah entry kali ni dengan gambor bajet moksu.. hehh. Bye