Friends

Thursday, October 10

DIY Pomander Ball a.k.a Bola Bunga Murah

Kali ni nak share dengan yu ols pasal pomander ball ataupun dalam bahasa biasa orang panggil bola bunga. Alahhh yang bunga bentuk bolat bolat biasa orang guna decorate pelamin tu ha. Kalau tak tahu jugak, mohon google. Huu


This week aku memang membusy kan diri  dengan pomander ball ni aje, kengkonon nak DIY lah sangat untuk pelamin terlampau mini aku nanti ni haa, last last non hadoo nyooo.. terlambat sudah nak DIY bagai. Tak sempat. Ni la padahnya seminggu lagi majlis baru kau sibuk nak cari idea. Cari idea sehari, beli barang sehari, hari ketiga baru boleh start buat. Nak buat bukan sikit sikit, sekali lapanbelas ketul nak dibuat dalam masa kurang seminggu,,,, memang tak sempat lah kan -.-

So dah alang alang buat meh la aku share dengan korang pasal pomander ball DIY aku tu yerp. Bahan murah dan senang nak dapat kat kedai pun.


Biasa orang guna polistrine yang bulat tu kan buat base pomander ball ni.. Haa korang boleh gantikan dengan newspaper lama je tau. Gumpal gumpal je jadi bentuk bolat macam bola ikut saiz yang korang nak. Pastu layer akhir aku rasa better korang gumpal dengan kertas putih dulu sebelum tempek bunga, aku terlupa nak gumpal kertas putih haritu. Kalau tak mesti pomander ball aku ni lebih cun. Ekeke


Lepas dah siap base, korang gam kan je bunga untuk cover base korang tu ha. Sebelum tu kalau nak gantung ke apa, letak lah dulu ribbon ataupun tali manik manik kat base tu sebelum tempek bunga.Pun pakai gam jugak. Biasa orang pakai gam pistol yang untuk bunga tu la, aku cukup tak kenan pakai gam tu, so aku guna white glue aje.

Untuk bunga, ikut kecintaan korang lah nak buat bunga apa pun. Yang macam aku aku buat rose guna crepe paper. Crepe paper boleh cari kat kedai stationary kat bahagian kertas colour colour tu ataupun pergi je kat kedai jual barang kawin. Harga satu pek aku beli haritu rm0.80. Satu pek tu boleh dapat dalam empatbelas kuntum bunga kalau korang potong ikut saiz aku potong lah tapi.

Cara buat bunga ni aku tunjuk gambar bawah ni je lah ya, kalau nak lagi clear, versi senang faham punya boleh cer search kat youtube ke hape ke yeee..


Faham ke? hihi. First time buat memang agak susah sikit, tapi dah lama lama sekali pusing je dah siap. 

Eh tetiba aku rasa ngantuk lah,, later kalau rajin aku sambung lagi ye apa yang patot. Gambar pomander ball aku yang dah siap takde ye, harap maklum. Sebab aku stop suku jalan je sebab tau dah tak sempat pun nak buat lapanbelas ketol. Bye