Friends

Wednesday, October 30

12102013 My Engagement Day ~Hantaran (Part1)

Tetiba datang angin rajin nak mengupdate pasal E-day aku haritu tuu.. Huhuu. Saja lah kann nak menghapdetkan moment tu dalam belog ni,, walauponnnn aku tau takde siapa nak tau ponnnn. Huhu =.='

Biarlah kann.. Nanti dah tua kerepot nanti dah takda keja boleh jugak kot kot nak godek balik belog ni mengimbau nostalgia lampau ke khonn. Ecehh

Wokey lah, aku plan nak review semua-semua yang berkaitan dengan E-day aku tu macam pelamin, hantaran, baju and bla bla bla yang lain lain lagi tuuu.. Tapi tu pun kalau rajin sangat lah kan nak hadap laptop ni update belog. Huhuhu. Tapi insyaAllah laa aku cuba yaa.. Demi nak bernostalgia di masa tua nantii. Ha ha ;D

Ok. Moh kita start dengan hantaran dulu untuk entry kali ni yaa.. Tapi entry kali ni aku cerita hantaran belah pihak perempuan bagi kat pihak lelaki dulu lah. Next entry aku update hantaran pihak lelaki bawa pulak, hantaran pihak lelaki bawa special sikittt,, kasi cerita lambat sikit naa. Huhu



Ini lah dia nya hantaran dari pihak aku untuk pihak lelaki. Untuk hantaran ni mulanya decide tiga berbalas lima, last last family Incik Kaunselor kita nak tambah ni sikit, nuuu sikit, last last jadi lah tujuh berbalas enam. Haaa kau mampu tujuh berbalas enam??? Tak pernah dibuat orang oiii! Haha

Hantaran aku di ditempah kat sorang cikgu nii, aku cakap nak combination colour colour pastel,, aku expect macam ni lahhhhh khennn lebih kurang


Sekali tengok just combination colour pink-purple-putih jeee.. Baju aku colour hijau, macam tak ngam pulak dah aku rasa kann..? Ke ok je?? Korang rasa? Tapi hasil gubahan tu i ols suka lahh. Memang A pluss lahh.. Simple je. Aku memang suka pun simple simple nii :))

Okkk benda apa tujuh benda aku kasi pihak lelaki adalahhhhh.. Drumroll please. ekekekekekekekke


Tshirt. Tshirt ni mak aku yang beriya nak bagi, aku ikut kan aje lahhh. Incik Kaunselor tu punnn lagilahhh ikut kan ajeee.. Penat je tanya dia nak apa nak apa, bukan dia nak bagitau pun. Fenat ok i ols nak cari idea nak bagi apa. Huhuhu. Nak membeli tshirt ni pun satu hal jugak, aku ni mana lahhh tau kan taste taste orang laki laki niii, so nak selamat beli aje yang plain. Colour pun colour selamat jugak. Huhhu


Chocolate. Asalnya nak bagi forero rochea tapi macam boringnyaaa asal hantaran je forero rochea, asal forero rochea je hantaran. Macam dah takde coklat lain pulak dah boleh buat hantaran. Tapi syukurlah tak bagi forero rochea sebab Incik Kaunselor pun bagi forero rochea haritu. Huhu


Kasut. Ini kasut untuk pakai sanding nanti kang. Tapi tak tau le lagi pakai yang ini ke idokkk. Asal aku nak lah beli colour rare sikit, asyik hitamm je kan. Tapi nanti kang dah tak boleh pakai masuk office pulak kan colour macam macam.. Dah membazir di situ. So terpaksa lah beli hitam jugak haa.. Yang nii aku tak payah pening pening nak pilih sebab yang ni aku bawa tuan punya badan sendiri pegi pilih. Huhu


Jeruk. Dah macam tak pernah dibuat orang pulak kann bagi benda masam time bertunang. Ye laa selalu kan orang bagi benda maniss.. Tapiii kisah pulak aku khennn... Haahaha. Actually dah takde idea sangat lah nii nak bagi apa. Kehkeh =.= Tapi yang ni lahh yang menjadi buah mulut orang tau. Semua kecur air liur nengok jeruk colour colour ni haa. Huhuhu


Cookies. Err aku nak cerita apa pasal cookies ni ekk..? Tak da idea daa.. Ok next,, huhu


Kain pelikat. Haa ini langkawi mali. Nasib abah beli banyak time kitorang sefamily gi langkawi haritu. Boleh cilok satu buat hantaran. Mihmihmih :P


Kek rainbow. Dulang ni paling dapat perhatian ramai.. especially kids lah kan. Tapi mak kids pun tak terkecuali jugak. Huhuhu.. Tengok lee colour dia,, sangat menepati tema asal aku tau -pastel colours. And kalau korang boleh zoom kat atas kek tu dia macam tabur manik manik sebijik macam yang kita jahit kat baju tuu,, tapi yang ni bukan manik laa,, boleh makan lahhh.. Korang ni punn.. Huhuhuuu.. And yang terpenting kek ni simple and i love it! Hoyeh >.<

Okeh aku rasa tu je untuk entry hantaran part1 aku ni.  Harapnya entry ni dapat la bantu korang korang yang nak cari idea nak bagi hantaran apa kat pihak lelaki tu yer. Huhu. Nanti next entry aku nak cerita pasal hantaran pihak Incik Kaunselor bagi kat pihak aku pulak. Tunggu tauu~ bhahaha



p/s : Serabot nak satle macam macam ;'(