Friends

Thursday, September 26

Promo Pack Clinelle

Asalnya masuk watson nak membeli tonner je pun last last terbeli terus satu pack ni ha. Huhu. 

Ok kalau yang ikut blog aku harus tahu yang alu sebelum ni pakai Dermagic Simplysiti. Sebelum dermagic tu pakai Safi Balqis perfect 10. Sebelum tu lagi pakai Tanaka White Bio Essence. Sebelum sebelum punya sebelum tu pun lagi lah macam macam aku pakai. Main suka hati aku je kan nak pakai itu ini. Tapi yang aku stick lama lah jugak time pakai Safi Balqis dengan Dermagic tu lah. Adalah dalam tiga pat lima bulan lebih camtu aku pakai.Dah kira lama lah tu bagi aku.. huhu

Tapii satu problem aku, bila dah jemu aku dah tak berapa rajin nak pakai lagi dah. Time siang rajin sikit sebab nak gi kelas kan, pakai je lah dah alang alang nak tempek bedak bagai tu kan. Yang tak ok time malam lah,, selalu aje skip pakai tonner, moisturizer lepas cuci cuci muka. Hayya mek sitii.. ini tak boleh jadi. Sebab tu kot aku tukar produk lagi ni. Kasi semangat sikit kononnyee.. hewhew.

Actually aku tak plan pun nak tukar produk Clinelle ni tau. Asalnya duk google google pasal Cetaphil dua tiga hari lepas, tapi kat watson aku gi tu ada pencuci muka dia je. Tonner takde, terus terbantut lah niat nak try. Huhu. Alih alih ternampak promo pack Clinelle ni haa,, pikir pikir dua tiga saat terus gi kaunter bayar. Rejeki Clinelle ;)


Haa ni pack dia. Kemain lagi kan.. Clear and blemish-free skin in just 2WEEKS! Aku ulang, 2WEEKS ok.. Itu yang buat aku terus grab je tu. Aku kan kalau nak apa apa pun jenis tak menyempat sikit khonnn.


Dalam pack ada tiga basic thing- cleanser, tonner dengan moisturizer. Harga rm59.90 je. Kalau korang beli tiga benda ni asing asing dekat seratus jugak tau harga dia. Untungg untungg.. Silalah dapatkan pack ini di drugstore berdekatan dengan segera, selagi stok masih ada. Gitewww..!

Komen aku bila pakai Clinelle ni,, one thing yang paling obvious much is tahap kerajinan aku mengapplykan bendalah ni kat muka dah melonjak lonjak naik nya. Semangat kan produk baru.. ehee.. Yang lain lain takmau komen lagi la. Tunggu dua tiga bulan ekk aku buat entry review. Macam tak biasa pulak korang ;@



p/s : Alhamdulillah sambutan untuk Candy Pop Blouse aku tu sangat alhamduillah. Tinggal tak banyak dah. Aku nak bagi special offer ni untuk clearkan stok.. Siapa berminat boleh contact aku k 013 527 2475.