Friends

Friday, September 20

Chatime. Sedap ke?

Haritu balik alor setar saja lah malas nak straight balik rumah, ingat nak gi lah usha usha kasut kat mall dulu khenn, mana tau ada yang bekenan dihati. Memang den tengah cari kasut pun ni haa untuk my big big day nanti. Ecehh.. Tapi lambat lagi pun,, saja lah usha awal. Bukan sonang hokey nak jumpa yang bekenan. Walaupon kasut yang bekenan dihati sebelum sebelum ni pun idok lah gah mana pun. Mihmih

Usha punya usha, takde yang cun pun. So turun lah aku gi kedai F.O.S. Saja lah singgah sebab depa tengah buat sale time tu, cuci cuci mata je lah kat situ pun sebab punn takde yang cun.

Time keluar dari F.O.S tu tertoleh kat Chatime. Lengang. Ada sorang amoi je tengah order time tu. Selalu kalau aku datang weekend penuh dengan umat manusia kat situ. Bila dah lengang tu apalagiii aku pun terus pegi jelah. Niat nak try chatime dah lama,,, tapi tak kesampaian lagi sebab malas nak line up panjang panjang khenn.


Soooo tadaa,,, try lah aku flavour stoberi milkshake ni tambah pearl. Sekali rasa.... biasa je. Tak sedap tahap nak kena beli dua tiga pat kali lagi pun macam yang orang len gembar gembur kan. Eheee ke aku salah pilih flavour? Yang mana yang sedap huh? Aku tak tau nak pilih yang mana haritu sebab banyakkk sangatt choice. Any suggestion?? ;)

Pastu haritu gak aku upload lah kat moment, kemain depa perli perli aku. Kurang asam. Hikhok.


Dah alang alang beli aku habis kan je lahh, takkan nak buang khonn.. Kang bazir pulak. Dah la chatime ni mahai kemain. Kalau beli coolblog dah dapat minum dua cup dah haaa.. Sedap pun sedap. Rugii rugii




p/s : Candy Blouse Top masih available. Boleh tengok kat sini

2 comments:

deno said...

seddap juga :) deno pernah minum yg chocolate punay^^

p/s: salam kenal :) deno follow sini #360^^ jemput singgah dan follow blog deno? hihi... :)

www.dayangdeno.com

picairin said...

beli strawberry pudding! sedaaap! try r.. meh pinjam kad ak skali.. hahaha