Friends

Wednesday, September 11

06092013 Survey Dewan Area Alor Setar (Part2)

Takmau cakap banyak, moh le kite sambung survey survey dewan kite kat area Alor Setar ni ha. Oh bagi yang belum tengok versi survey dewan part1 punya boleh click sini

Dewan Dato Syed Omar
Dewan ni lokasi kat sebelah Shell kat Jalan Langgar. Tapi kalau dari jalan besar macam tak berapa nampak sebab macam tersorok sikit. Nak senang cari Shell je lah, dewan ni kat sebelah kanan Shell. Keluasan dewan ni standard je lah, takde aircond, just pakai kipas dinding yang besor bapak tuu. Hukhuk. Untuk stage dia bagi air cooler dua ketul. Harga dewan RM400 je sehari. Murah giler kann?? Jangan horey horey dulu sebab RM400 tu harga untuk dewan semata je. Kerusi meja semua dia charge asing. Hikhikhok. Apa apa hal terus contact penyelia dewan 012 446 5940 atau boleh ushar website MBAS kat sini

Dewan MBAS
Ni pun boleh buat sewa untuk kenduri jugak tapi tak best nya sebab lokasi kat tengah pusat bandar Alor Setar, susah lah sikit kot orang nak parking nanti. Tapi dewan ni memang besar lahh dan beraircond. Harga lebih kurang macam dewan Insaniah jugak RM3000 untuk empat jam pertama, jam berikutnya RM750/jam. Info lebih terus ke website sini

Dewan Royal Kedah Golf Club
Yang ini aku tak gi survey pun, just baca dari blog sini. Katanya kat sini ada dua dewan - tertutup dan terbuka. Kadar sewa untuk dewan tertutup RM3500 untuk empat jam pertama, tambahan berikutnya 5%/jam. Kalau convert tuu RM175/jam. Kira murah sikit la dari Dewan Insaniah dengan Dewan MBAS kan.. Untuk dewan terbuka RM800 untuk dewan semata, tak masuk kerusi meja PA system semua semua tuu.

Dewan Taman Nuri
Haa ni dewan kat rumah aku je ni, kat Jalan Datuk Kumbar. Saiz standard, takde aircond, parking tak payah risau sebab sebelah dewan ni tapak pasar malam, soo memang luas lah kann kawasan buat parking. Rate sewa dewan RM700/day. Meja kerusi tak sure masuk ke tak sebab Incik Kaunselor kita lupa nak tanya, tapi aku rasa masuk kot. Kott je lah. Nak confirm lagi boleh tanya Encik Nazri (alamak tak jumpa nombor. Nanti jumpa aku update ye)

Old Village
Yang ni macam homestay yang ada kawasan yang luasss. Ramai jugak buat kenduri sini dan cantik jugak laman dia sebab pangkin tak pangkin semua ada. Belakang tu ada sungai.. petang petang pengantin siap boleh shot naik boat bagai lagiii bak kata Encik Gee, si owner butik pengantin yang aku gi survey survey haritu. Eceh. Tapi tak best sebab parking susah area situ. Contact number? Sorry takde. Tapi boleh gi tengok kat gate dia rasanya ada. Oh lokasi Old Village ni kat Jalan Datuk Kumbar. Simpang masuk betul betul kat bawah jambatan.

Homestay WNS
Okey. Another homestay yang dah siap ada bumbung kat laman memang khas untuk kenduri. Yang ni rumah sebuah biasa je, sesuai la untuk yang kawen dengan orang jauh, family pengantin tu boleh stay kat homestay tu jek. Siang boleh buat kenduri kat laman. Jimat dan mudah khennn.. ;) Yang ni pun takde contact number. Mihmih

Dewan Beret Polis Derga Jaya
Yang ni kawan aku cakap boleh sewa untuk orang awam tapi aku tak gi tengok pulak dewan nya, segala rate, nak contact sape pun semua aku tak tau. Tapi boleh lah kalau korang nak gi risik risik tengok kot kot okey.

Ok tu je lah kot yang aku gi survey survey setakat ni. Sorry lah naa takde gambar, line kolej aku ni macam nak tak nak je bagi orang guna. Nak reply wechat pun tak lepas lepas dari tadi. Choihh betul!! Grr..