Friends

Saturday, August 3

Review Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream

Oleh sebab sekarang ni dalam usaha berjimat cermat amalan mulia, aku sudah tukar moiturizer aku dari Dermagic Simplysiti ke Organic Aid. Dermagic bagus,, cuma harga nya yang tak bagus untuk aku. Hihi. 1jar 30g aje dah nak cecah rm40. Berbanding Organic Aid ni 110g/4oz baru rm36++. Ada je yang bekas kecik sikit yang 1oz punya rm16++ kalau tak silap aku. Tapi aku ambik yang besar terus lah, boleh guna lama sikit. Tak payah nak keluar dua tiga kali. Malas bebeno aku nak keluar sekarang ni -.-


Haa ni la dia packaging dia. Boleh dapat kat Watson, Guardian atau mana mana drugstore. Aku beli kat Watson je haritu. Teringin nak try sekali complete set dia, sayangnya ada moisturizer jek. Tu pun yang jar besar macam aku punya ni ngam ngam tinggal satu jek. Takpe. Tunggu pencuci muka Dermagic aku habis dulu, nanti gi cari kat Guardian pulak. huhu


Texture cream ni quite thick dan lain dari moisturizer moisturizer lain yang aku try sebelum ni. Selalu nya bila sapu moisturizer aku suka sambil sambil urut urut belai belai kulit muka sambil apply tu. Tapi yang ini macam.... tak sempat nak urut urut belai belai dia dah absorb masuk kulit. Haa camtu.


Once apply kat muka, first tu aku rasa muka aku macam something wrong, macam mengeras pun ada. Tapi dah lama lama akan back to normal. And the best thing is muka akan nampak matte macam tak apply apa apa tapi bila sentuh rasa lembut dan lembab. I is like... whoaaaaa! I love it. Sebab selalu pakai moisturizer kalau terover apply sikit muka akan nampak berminyak sangat sangat. Tapi this one ok laaa..

Bau pun sedap aje. Takde lah kuat sangat bau dia, just nice. Tambah pulak dia ada vitamin E which is very good for skin kan. Sebenarnya satu sebab aku ter nak try Organic Aid ni sebab dia highlightkan vitamin E tu la. Kekeke..

Pasal yang hilangkan scar semua tu aku tak dapat nak komen apa lagi sebab aku pun baru try dalam seminggu gitu kot kalau tak salah. So terlalu awal sangat kot untuk nak tengok perubahan. Nanti sebulan dua lagi kalau aku ingat aku share dengan korang pasal ni ya. Tapi so far aku sangat suka lah dengan moisturizer baru aku ni. Wee



p/s : Seharian harini melepak atas katil, rasa tak sihat >.<

5 comments:

Anonymous said...

wahh macam best..nak try lah.. :D thanks review :)

ciktomyam said...

dear skg dah bulan 10. mcm mane ada efek ilangkan parut jerawat ke?

.::: Princess MOMOY :::. said...

haaaa...momoy teringat 10 thn lepas momoy pernah guna. best kulit lembut cuma scar tu mmg mcm xde kesan pun. hehehe

Anonymous said...

Saya pn dah try organic aid ni,memang best,if you have a rough skin,it can makes your skin soft and moisture. for scar pn bgus jugak,tpi paling brkesan untk scar,tetap jugak "mederma" ,dah byk dah scar saya hilang lepas guna mederma,cuma hrga agak mahal la :)

Anonymous said...

Ooo mederma bagus untuk hilangkan parut ye ? Nak try la coz i had breakout teruk gila after chickenpox.now i guna product semua berasaskan tea tree sebab nak kasi hilang jerawat. Now jerawat dah kurang but parut masyaallah banyak nyahh. Hahaha. Btw thanks info ��