Friends

Friday, August 30

24082013 Survey Dewan Area Alor Setar (Part1)

Hey korang. Itu hari gi survey survey dewan. Meh aku list down dewan siap sekali detail untuk rujukan korang especially bride to be yang nak sewa dewan area Alor Setar ni. Wee

Dewan Ukir Mall
My first choice dewan sebab harga boleh tahan dan dewannya pun cantik dan beraircond. Tapi sayang tarikh yang aku nak tu dah tak available :'( sob sob sob.. Harga dewan RM1000 lebih (lupa pulak exact price dia. huhu) Siap sekali meja kerusi dan PA system. Untuk katering boleh pilih dari list depa. Tapi one thing yang tak berapa best pasal dewan ni is parking kereta berbayar, enam buah je yang dia bagi masuk free. Tak best pulak guest kena bayar bayar parking bagai kan.? Pape pun untuk info lebih boleh ke website PKNK atau call nombor nombor ni 04-7752378 / 7752376 / 7752376 / 7306468

Dewan Ukir Mall
Source : Google
Dewan TNB
Saiz lebih kurang dewan Ukir Mall, pun ada aircond jugak. Tapi sebab dewan tu dewan lama, so interior dan exterior dia agak kurengg menarik lah sikit. Plus pintu utama dia pun di sebelah kanan stage, kalau dewan lain kan pintu utama kan mengadap stage, so bila pengantin datang nanti akan jalan straight terus je ke stage. Haa gitew.. Tapi tu tak jadi masalah besor pun kan. Yang macam ada masalah sikit part parking lah kot sebab area parking dia macam agak sempit dan menyusahkan. Berdasarkan pengalaman aku gi kenduri kat dewan ni sebelum sebelum ni pun memang agak susah nak parking, susah nak selisih kereta, but still boleh lah parking, cuma agak susah sikit. Rate sewa dia RM500/day siap sekali meja dan PA system. Itu pun kalau ambik katering dia. Kalau ambik katering luar sewa dewan sekali kerusi, tak termasuk PA system RM900/day. Pape boleh contact Puan Norida 04-7745600

Dewan TNB
Source : Google
Dewan Menara Zakat
Dewan ni dulu je depa buat sewa untuk kenduri kahwin, sekarang dah tak boleh sewa lagi dah. Tapi kalau untuk yang nak buat seminar ke talk ke pape still boleh sewa. Ada aircond, PA system, kerusi meja semua. Rate RM500/day. Boleh contact Encik Hanif 04-7331740

Dewan Menara Zakat
Dewan Insaniah
Dewan ni kat Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kat Lebuhraya Sultanah Bahiyah. Dewan ni memang besar, cantik dan ada aircond. Rate sewa RM3000 untuk empat jam pertama. Tambahan jam berikutnya RM500/jam. Bapak lari bajet gue! =.=" Contact number tak ada sebab dah hilangkan. Huhu. Boleh try tengok tengok kat website KUIN

Dewan Inspin
Dewan Inspin ada dua- satu kat Masjid Sultanah Bahiyah dan satu lagi belakang office Inspin tu je. Yang dewan kat masjid tu harga RM1200/day. Rasanya ada aircond dan saiz dia pun lebih kurang dewan TNB dengan Ukir Mall aje. Aku tak gi tengok pulak dewan ni haritu sebab tarikh yang aku nak dah ada orang book. Yang aku tengok dewan kat belakang office. Dewan belakang office ni kecik je dan open air. Kalau untuk kenduri besar dia ada sediakan dua buah khemah nanti. Harga untuk dewan saja RM650, untuk khemah RM240/khemah kalau tak salah aku. Mak aku suka dewan yang belakang office ni sebab ada pokok pokok, redup, siap ada wakaf wakaf, kawasan pun besar, pastu siap ada dua laluan masuk. Tapi tengok lah nanti macam mana, sebab aku dengan Incik Kaunselor lagi prefer dewan yang betul-betul dewan tu. Mihmih. Untuk detail boleh ke website Inspin atau call Puan Zuraini 013-4836685

Dewan Inspin (open-air)
Dewan Al-Farabi
Dewan ni kat Kompleks Pendidikan. Time tengok tu memang dah bekenan habis dah, sekali tanya,, depa dah tak sewakan untuk kenduri dah. Aduhh [>.<]

Dewan Al-Farabi
Dewan Tandop
Lokasi kat rumah kedai sebelah Masjid Tandop. Ini sesuai la untuk pengantin bajet macam i ols ni. Mihmih. Sebabnya dewan sekali pelamin, bilik tidur dan meja makan is freeeeee! Cuma bayar untuk katering je RM7/head. Murah kannn..????


Dia idok le dewan pun cuma rumah kedai je. Bahagian atas ada dalam enam buah meja bulat dengan pelamin dan bilik tidur dan jugak beraircond. Bahagian bawah ada meja pengantin dan meja untuk guest. Untuk buat kenduri besar dia akan tambahkan khemah ikut anggaran guest for freeee jugak. Info lanjut boleh contact terus Encik Raub 013-5102215

Ok yang ini dulu lah untuk kali ni, nanti mungkin akan ada lagi entry Survey Dewan part 2 and 3 mungkin sebab sampai sekarang pun masih belum jumpa lagi dewan yang nak disewa. Maklum laa aku ni terlambat survey dewan.. sepatutnya awal awal lagi dah kena mula survey survey dulu, sekarang tengokk... banyak dewan dah tak available tarikh yang aku nak tu ha. Pliz jangan contohi aku. Mihmih. Toodles~


New update : meh tengok Survey Dewan Area Alor Setar (Part2) di sini

6 comments:

picairin said...

bt kat umah la..hua999

UniMeOw said...

tq sgt2 wat n3 ni..uni mmg tgh survey dwn area aS gak...tq1000x~! muah~!

mrz doubeh said...

Sy dh book dewan insaniah utk mjls tahun dpan..mmg mahal tp pkir ttamu jmput ramai so ok je..:)

Syuhaimi Anas said...

Boleh dapatkan no telephone dewan taman nuri, urgent.. Klw baca sila balas

madapaka said...

Thanks for info

madapaka said...

Thanks for info