Friends

Monday, August 19

10082013 Majlis Merisik

Assalamualaikum. 10 August bersamaan raya ketiga haritu family Incik Kaunselor datang rumah untuk beraya sekali dengan merisik. Pukul 3.30 petang depa sampai. Yang datang semua adik beraik dia je -mak, kakak, kakcik, abangcik, abangpizan dengan mida sekali anak kecik kakcik dua orang yang comey amat, macam nak gomol gomol tak mau lepas. Hoho


Ni sebelum depa sampai, seriyes cuak baq hang.. huhu~ Lepas salam salam semua terus aku sembunyi celah dapur. Tak kan nak sibuk sibuk sekali discuss kat depan tu kan.. So aku pun buat la hal aku kat dapur

iaituuu menyenep nyenep gambor makanan. Hohoho
(menyenep: meng + snap jadilah menyenep)


Ni buah tangan dari family Incik Kaunselor. Homemade chocolate. Terima kasih daun keladi ;)


Ni ulam ulam buat makan dengan laksa. Mak aku semangat buat laksa for second round a day before depa datang.Terima kasih daun keladi mak.


Ada kek cheese angah sponser. Terima kasih daun keladi lagi.


Haa sampai seharian aku cari daging cincang hari sebelum tu sebab mak nak buat ini lahhh,, yang colour brown tu, tak tau nama dia apa. Tapi tak menjadi sangat sebab terhangit sikit mak aku buat kali ni. Tapi aku tengok depa makan jekk,, licin gak hangit hangit pun. Hoho

Pastu lepas makan sambung borak lagi, borak borak borak kemain punya borak sampai aku kat dapur pun macam -haiii lama lagi keeeee aku kena stay kat siniii.. Hohoiiiii



Last wword yang aku dengar is "KIV"...! Pastu masing masing macam dah nak berangkat balik. Wuwuwu. Time tu syahdu gile kott. Tsk tsk. Huhuhu

Pastu lepas family Incik Kaunselor balik baru aku tau rupanya macam ada salah faham sikit. Terus mak suruh call Incik Kaunselor mintak datang rumah, mak nak cakap sendiri dengan dia. Malam sikit Incik Kaunselor datang dengan roomate dia time kat uum dulu.

Bincang punya bincang lagi last last mak dengan abah mintak aku habiskan belajor dulu sebab tinggal lagi dua sem je lagi. Wuwuwu~ Sedihnya tak boleh kawen. Hikhikhik

Bersambung...



p/s: Dah macam drama bersiri dah ha blog aku nih. Huhu