Friends

Monday, July 1

Tiga bulan lepas pakai Dermagic by Simplysiti

Helo kamu.Hari ni saja nak review pasal skincare dermagic dari simplysiti. Kalau dikirakan dari entry lepas yang aku cakap aku baru nak cuba cuba produk ni tu, kira dah hampir tiga bulan jugak lah aku guna kan. Dah sepanjang tiga bulan ni aku dah beli pencuci muka dan tonner untuk kali kedua dah. Tu pun beli pencuci muka sebab pencuci muka tertinggal kat rumah time aku pegi unibesiti haritu. and sekarang dua dua pencuci muka pun masih ada lagi. Kira agak berbaloi baloi lah jugak kan kalau ikutkan dengan harga dia boleh tahan selama itu. Affordable lah juga untuk student macam aku ni ha. Hehe.

Aku ni idok lah pakai set lengkap dermagic tu pun. Just beli pencuci muka, tonner, moisturizer, serum dengan bb cream dia saja. Kira boleh tahan lengkap jugak lah kan.. Eye cream dengan mask aku tak try pun. Bukan apa aku tak try, eye cream yang Safi Balqis punya dulu pun tak habis habis lagi pun pakai sampai sekarang. Mask pulak memang  aku baca review dari blogger ramai yang cakap bagus. Tapi ada hati lagi nak try buat masa ni. Mungkin sebab duk syok tempek mask putih telur kat muka tiap minggu. Geram dengan whiteheads kat muka ni ha. Banyak kemahen!

Selama tiga bulan ni alhamdulillah aku dapat consistentkan diri untuk pakai twice a day. Pagi sebelum pergi kelas dan petang lepas balik kelas. Tapi adalah hari yang terskip jugak letak tonner moisturizer dan lain lain tu sebab faktor mim-alip-las (malas). Hehe. Tapi cuci muka tu memang wajiblah dua kali sehari. Kalau tak cuci rasa macam muka ni kena simbah dengan minyak sekilo je. Memang tak selesa.


Haa yang ni yang wajib aku pakai waktu siang. Pencuci muka. Tonner. Moisturizer. dengan BB Cream. Eye cream aku pakai sebelum letak moisturizer. Nak pakai eye cream pun korang kena pakai dengan cara betul okey. Kalau salah pakai mata korang akan sembab dan tak cun. Time tu mula lah korang akan salah kan eye crea korang sebab tak function well. Padahal korang yang salah cara pakai. Hehe.. korang boleh google cara pakai yang betul sebab kulit bahagia mata sangat nipis sebab ada kelenjar lemak yang sikit compared to bahagian lain tau.


Yang malam punya tak banyak beza pun dengan yang siang. Cuma tambah serum saja sebelum pakai moisturizer. Dan biasanya malam-malam kalau aku keluar baru aku pakai jugak BB cream. Tapi kalau lepak je dalam bilik memang tak pakai pun. Biasanya aku tak pakai lah BB cream sebab anak dara kan tak elok keluar malam. Duk diam-diam sudah dalam bilik. Khonnnn.. gitew. Huhu. dan eye cream pada sebelah malam aku akan pakai sebelum serum.

Oh ya. Entry sebelum ni aku duk cakap yang untuk kulit jenis berminyak macam aku ni tak perlukan moisturizer kan sebab moisturizer ni akan buatkan muka berminyak jadi double berminyak kan. Sorry girls aku pun dapat input yang salah. Memang ramai yang cakap moisturizer tak perlu untuk muka berminyak. Yang sebetulnya selepas digoogle dan google lagi, moisturizer ni sangat penting hokeyh.. Biar lak kulit korang jenis macam mana pun, penting untuk korang apply moisturizer. Kenapa? Sila baca sini.

Okey. Sekarang moh aku nak review kan serba sikit lepas tiga bulan aku guna dermagic ni. Syukur lepas tiga bulan guna produk ni takde apa-apa perubahan yang tak elok dekat muka. Semuanya elok elok saja. Jerawat pun time-time period je lah kalau nak ada pun. Tu pun jerawat comel-comel saja. idok lah jerawat batu seketul. Seingat aku sepanjang tiga bulan ni, memang takde pun lah jerawat batu. Alhamdulillah. Cuma yang jadi teruknya tuan punya badan ni ha pantang tengok jerawat comel-comel mula nak di picit picit nya last-last tinggal kesan parut dua tiga minggu buat peneman. Time tu memang takde yang lain lagi dah selain REDHO saja. Cih

Bila sentuh muka pun dah tak menggerutu sangat dah macam sebelum ni. Kira ada lah lagi especially kat atas pipi, kat hidung, tepi tepi mulut dan kat dagu sebab whiteheads banyak ngat. Tapi banyak kurang lah dari yang sebelum ni. Tapi still ada tau. Sebab tu tiap minggu gagahkan diri jugak tempek mask telur tu. Biar bau hanyir, biar leceh asal dapat tanggalkan whiteheads dengan sangat berpuashati. Pernah aku try mask Daiso yang arang hitam legam tu.Punya semangat aku beli online tau sebab takda Daiso kat Alor Setaq ni ha. Harga memang depa markup kaw kaw lah. Bayar duit post lagi. Whiteheads punya pasal sanggup aku beli mahal tak mahal pun. Nak tanggal dah hazab nak mamp.. sampai merah merah muka ni. Nangis nangis aku dibueknya. Last last habuk pun takde. Hampeh betui. Eh apasal boleh masuk citer mask Daiso lak ni. Huhu.

Moisturizer dia aku rasa ok jugak cuma kalau terover letak akan nampakkan muka aku giler berminyak lepas tu. Confirm. So kalau nak letak kena make sure letak sikit sikit saja lah sebab kulit muka aku memang jenis yang agak oily pon. BB cream dia pulak agak susah nak cuci kalau nak compare dengan BB cream Safi Balqis. Setakat ni aku pernah try dua brand BB cream ni je. Huhu. So BB cream lain memang aku tak tau. Tapi yang pasti lepas pakai BB cream memang aku akan cuci muka dua kali untuk pastikan segala yang kita apply kat muka tu betul betul cuci. Tapi bila sapu tonner guna cotton pad, still boleh nampak kesan coklat kat cotton pad tu. Ada jugak aku try pakai BB cream Safi Balqis dan cuci guna pencuci dan tonner yang sama, tapi takde lah lekat gitu pun kat cotton pad. So solution nya memang aku kena pakai makeup remover untuk tanggal BB cream ni.

So far aku rasa ok lah dengan kulit aku dan insyaAllah akan teruskan sampai bosan nanti. Hehe.. Pape pun ni hanya berdasarkan pengalaman yang dapat aku rasa guna produk ni. Lain orang lain kesannya. So tak payah lah nak komen marah marah aku pun kot ye pun kesan kat korang lain dari apa yang aku tulis kat sini. Chill lah. Assalamualaikum


p/s : cuti 2 bulan.. apa nak buat ek? hmm

6 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam kenalan dear.
wah momoy suka baca entri review mcm ni.jujur dan ikhlas. muka momoy pn jenis oily

MG schmidt said...

mhal x set siti ni ..
dlu ada try dia punya brand .
murah giler time tu ada sale .
rm19 je ..bb cream kot ..ta ingt
tp guna muka teruk gle jdik nya..sib bek stop guna ok blik muka ..huhu
tgk kulit jugk sesuai ke x an ? :)
jemput dtg blog MG :)

NORRIZA MADON said...

Scrub dia bgus.. best.. bersih licin muka.mcm telur rebus..

nabella nazri said...

salam,
NAK HARGA MUARAH DAN ORI???
kepada sesiapa yang nak bli simplysiti dermagic... boleh whatsapps sy... sy ad pencuci, pelembap dan bb cream.. yang berminat boeh pm skrg...sy baru pakai 3 hari jer,,,tp x sesuai dgn muka sy..jadi sy nak jual la... bgi sesiapa yg nak...baru lagi ni... harga murah sikit la...

bella = 010-9861948

chenlina said...

chenlina20160511
adidas originals
burberry outlet
coach outlet clearance
coach outlet
michael kors
air max 90
michael kors handbags
fake watches
louis vuitton handbags
nike roshe runs
jordan retro 11
michael kors outlet
kate spade handbags
cheap oakley sunglasses
christian louboutin shoes
louis vuitton handbags
nike sb shoes
ray ban wayfarer
louis vuitton outlet
true religion outlet
running shoes
christian louboutin shoes
hollister uk
supra sneakers
louis vuitton
true religion
ray ban outlet
michael kors handbags
louis vuitton outlet
caoch outlet
nike uk
louis vuitton
michael kors outlet
ray ban sunglasses
gucci handbags
ray ban sunglasses
oakley sunglasses outlet
replica rolex watches
oakley sunglasses
mont blanc
as

chenmeinv0 said...

uggs outlet
christian louboutin pas cher
tory burch sale
oakley vault
gucci handbags online
rolex watches for sale
heat jerseys
cheap ugg boots
ugg canada
adidas yeezy boost 350
2016.12.21xukaimin