Friends

Thursday, July 18

Stok Anak Buah Baru

Salam 9 Ramadhan. Apa korang buat harini? Aku? Pagi tadi tidur lambat sebab kena babysit anak buah aku sorang yang kemain nakal lagi tu. Dah tidur lambat of coz bangun pun lambat. Dah bangun lambat zuhur pun lambat lah. Ekekke.. Untuk info korang aku sekarang ni ntah kenapa time tidur aku ikut waktu Zimbabwe. Pukul 6 pagi lepas subuh baru aku tidur sampai lah ke tegahari. Malampau betul. Tak kuase mak mak mertua nak buat menantu kalau cenggini. Kihkih

Okeylah kita lupakan pasal mak mertua sekejap. Entry ni aku nak cerita pasal anak anak buah aku sebenarnya. Oleh sebab kakak kakak aku semua dah berkahwin dan dah beranak pinak, oleh sebab aku aje satu satunya anak bujang mak kat rumah ni, maka bercereteklah anak anak buah aku. Ok lah.. takde la berceretek sangat pun, empat orang jek




Ni anak along yang first yakni anak buah sulung aku. Nama dia Nur Hannah Sufiyya Binti Nurul Hayat. Kami panggil dia 'kakak' jer. Dah masuk darjah satu tahun ni. Kakak ni sangat sukaa main game, kalau balik kampung jek confirm kena sembunyi segala gadget yang ada ataupun bersiap sedialah korang charge fon sebab lagi tak habis betri, memang mengadap itu je lah tak lepas.


❤   ❤   



Anak buah kedua pun anak along. Nur Harraz Siddqi Bin Nurul Hayat. Umur pat tahun. Kami panggil dia harraz. Kadang kandang panggil adik. Nakal sikit anak buah yang ini maybe sebab boy kan. Kalau bagi gadget memang kena pantau pantau lah silap haribulan habis kena bayar bil melambung tinggi sebab dibuka nya plan data bagai. Kihkih


❤   ❤   




Anak buah ketiga anak angah. Nur Falesya Umayrah Binti Mustamin. Ntah aku pun tak pandi nak eja sangat eh nama dia. Tapi bunyi nya Nur Falisya Umairah lah. Kami panggil macam macam.. haha. Kadang panggil falesya, cha, chacha, umairah, adik. Haa semua tu nama dia sorang je lah. Dia yang paling aku dapat tengok perubahan dari lahir, baby, mula sengeh sengeh, meniarap, merangkak, jalan pakai walker, sampai lah sekarang dah boleh jalan siap belari melompat bagai. Sebab dia ni stay kat rumah sekali mak dengan abah, hari hari mengadap dia jek. Huhu. Dia la yang aku babysit pagi tadi tuh. Senang jek babysit budak sekarang... bagi fon tengok Upin Ipin terus diam. Bhaha


❤   ❤   




Haaa yang ni anak buah bongsu buat masa ni. Terbaruu.. Hangat dari oven. Ahaks. Baru lahir dalam bulan puasa ni jugak. 11 July bersamaan 2 Ramadhan itu hari. Mak dia pun ada duk tengah berpantang kat rumah ni ha. Ekeke.. Ni anak sulung kakak aku yang nombor tiga. Baby boy. Kira cukup dua pasang lah anak buah aku. Dua laki dua pempuan. Ekekek.. Nama diberi Muhammad Thariq Bin Muhammad Syakirin. Seperti biasa bab spelling aku tak sure betul ke idok. Ngeee.. Later confirm kan dengan mak abah si baby kecik nih ;)

Ok cukup dah kan pat orang anak buah. Next time kalau ada tambah lagi aku sambung lagi yek. Actually saja menaip sementara bosan bosan tunggu berbuka ni. Huhuhuh. Nantikan entry akan datang aku cite stok anak sendiri plak. eh? *lempang*



p/s : Patung untuk display tudung dewasa RM30 saja. Ready stock. Lai lai lai boleh cuba tengok disini