Friends

Sunday, July 14

Review Shiseido Black Mask (blackheads/whiteheads remover)

Sebelum apa apa AWAS! review ni ikhlas dari hati based on apa yang aku rasa dan experienced sebelum semasa dan selepas guna produk ni. so no hurt feelings ya ;)

Muka aku ni masalah yang paling aku menyampah sekali is lambakan blackheads dan whiteheads. Memang kalau pergi mana mana drugstore macam Watson ke Guardian ke ataupun shopping online ke harus produk produk untuk tanggalkan bendaalah ni lah yang aku ushar dulu. Mesti.

Baru baru ni aku try Shiseido Black Mask. Actually dah lama ushar benda ni kat facebook, kat online online shop. Packaging dia cantik, harga pun boleh tahan. Paling murah yang aku jumpa orang jual sepeket seringgit jek. Tapi aku tak beli pun sebab malasssss nak bayar duit postage bagai. Nak try satu je pun takkan semata nak try satu nak bayar nam hengget duit postage khonn..  tak baloi >.<

Last week aku terbeli lah satu minuman kesihatan ni. Cececcewahhh.. saja je sebenarnya nak try minum tuu sebab tengok macam gah sangat je orang duk review. Pasal minuman tu later aku story ya. Hahh balik pada cerita tadi, bila dah beli minuman tu si tauke kedai dengan bermurah hatinya bagi gift black mask shiseido ni dalam lima peket gitu. Yeppy! Macam tau tau je tau akak tu. Esok tu terus aku try mask ni.

Aku ingat mask ni jenis yang just telangkup je kat muka tuu.. rupa nya kena sapu dengan jari macam charcoal mask Daiso jugak. Tapi texture nya lagi likat lah, yang Daiso macam cair cair sikit kan. Nak apply kat muka memang sennag je. Untuk sepeket tu boleh share dua orang atau boleh simpan dua kali guna kalau jenis muka kecik. Tapi kalau muka besau macam aku ni ha sepeket tu memang untuk aku sorang je lah. Huhuhu.. Then macam biasa tunggu kering dah boleh tanggalkan.

Okey. Personally aku rasa bila nak tanggalkan mask ni seriyes sakittt >.< Tapi tak lah sesakit mask Daiso. Kuikui.. Mask Daiso tu sampai nanges nanges aku. Memang seksa. Dah la seksa satu habuk whiteheads pun tak tanggal pulak tu. Huhu. Aku tak tau lah cara aku apply salah ke apa ke tapi bayak kali jugak try tetap non hadooo jugak. Tapi mask Shiseido ni ada lah jugak nampak whitheads tu tertanggal seketul dua. Seketul dua saja hokeyy.. Padahal kat muka aku ni ada nam blas ratus juta whiteheads tahu. So konklusinya bagi aku, mask putih tlur masih nombor satu sebab sekali pakai memang puas hati sangat walaupun leceh sikit. Sikit jekk tak banyak pun. Huhu


Lepas try satu haritu kiranya aku ada balance lagi empat peket lagi mask Shiseido ni. Ada sesape nak tak? Aku nak bagi free je. Korang tinggal siap bayar duit postage sudah nanti aku poskan. Mau? Mau? Kalau mau roger roger hokeyh ;)



p/s : Clearance stok BAWAL BIRU ONLINE SHOP masih lagi jalan. Blouse dengan skirt aku turunkan lagi harga kaw kaw punya sempena bulan puasa ni. Haa cer korang tengok kat link sini http://bawalbiru.blogspot.com/

3 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy suka. dlu byk sgt w'head kt muka. tp bila pkai dgn berkala. dh kurang byk. dah x yh g facial suh orh picit2 dh

.::: Princess MOMOY :::. said...

dear header baru eyh =)

Anonymous said...

Nak kalau free. Hehe tengah cari jugak area alor setar tp tak jumpe :'( Boleh whatsapp saya tak? 0174363625