Friends

Tuesday, July 30

Pewangi kereta tahan lama

Awal awal sem lepas aku ada beli perfume untuk kereta sebab perfume Ambi Pur yang sebelum tu dah habis. Ok la, tak la habis lagi pun sebenarnya, cuma dah lama guna dah immune dah dengan bau tu, hidung pun dah tak dapat detect bau tuu lagi, so aku assume kan dah habis lah. Boleh? Kikiki. Actually bukan nak beli sangat pun asalnya, semua salah packaging perfume Glade yang anyonyonyo comei angat macam mintak sangat sangat aku amik, bayor then pasang kat kereta terus takyah pikir apa dah. Huhu. 

Lepas je beli terus keluarkan dari kotak dan sepit kat celah aircond. Semangat tau. Then tersadai lah si perfume tu kat situ setelah sekian lamanya. Oh terlupa cakap, aku tak tau pun bau perfume tu macam mana sebab takde tester kat tempat aku beli tu. Memang beli semata mata sebab packaging je. Gigih tak aku? Kuikuikui

Bila dah sekian lama letak, aku rasa cam tak detect apa apa bau wangi pun since first day beli haritu. Kot kot hidung aku problem, aku tanya bos pun bos cakap tak bau jugak. Aku expect bau dia sangat soft lah kottt menengokkan packaging dia pun yang ala ala stok minah pink bunga ayu lemah lembut gemalai gitew


Bila dah nak habis sem still tak bau. Cecair dia pun tak kurang hokey.. Maintain full macam baru beli dulu.. bos siap tonggengkan lagi macam gini




Tapi dia tonggengkan botol tu la. Aku lupa plak nak amik gambar botol tertonggeng semalam. Aku rotate gambor je kira aci lah kann.. Huhu

Baru baru ni tengah drive sorang sorang kat trafic light sementara menunggu lampu hijau aku membelek belek lah botol tu. Dah kenapa tak kurang kurang cecair dia kan,, satu sem dah kot aku pakai. Membelek punya membelek,, lorrrrrrr aku tak buka penutup dalam tu rupanya. Memang tak bau lah hoii *tepuk dahi* Time tu rasa macam nak kutuk diri sendiri pun ada. huhu. Terus wechat bos nak kutuk diri sendiri together gether. LOL



p/s : gambar aku ambil time menunggu customer datang ngambik macaroons kat Tesko Mergong, Alor Setar.Malam tu dapat mesej berbaur cenggini dari customer itew...


Actually harga macaroons memang mahal sebab kos pun dah mahal. Itu satu, nak membuat pun quite leceh. Kalau tengok harga pasaran pun memang around rm1.50 ke rm2 or lebih je sebiji. Jadi kalau aku letak harga 10biji rm12, 30biji rm25, kira ok lah kan.. huhu. Nak order add wechat aku ya. id sherotpetot. Or sms/whatsapp aje no aku 013 527 2475 ;)