Friends

Sunday, July 7

Life Update.. WeChat

Dua minggu dah aku cuti semester kat rumah ni ha. Tapi entah kenapa dalam dua minggu ni aku rasa cuti kali ni macam ada something missing. Rasa macam ... semangat tu kurang. Even nak gerak pun aku malas. Kalau boleh nak mengulat je kat atas katil tu ha. Nak bangun pun makan mandi pastu sambung mengulat balik atas katil. Boleh? pftt.. menangis mak mertua tengok camnih!

Tapi sekarang aku ada kecintaan baru... WECHAT. Celik celik mata je harus capai phone check moment. Godek godek kejap pastu dah agak agak boring sambung tidur balik. Pastu celik lagi repeat benda sama sampai pat belas ratus kali baru aku blah dari katil tu haa.. Lagi tak cukup pat belas ratus jangan harap lah aku nak turun katil. Hahahaa.. gila tak sihat punya lifestyle! 


Kemain sangat hari hari post moment sampai dua tiga pat kali. Pantang ada apa apa sikit semua nak post kat moment. Apa pun tak boleh. Kuikui~



p/s : Ramadhan lagi 38 jam lagi. Wee ^^