Friends

Thursday, July 25

Inai/Henna coklat Noraini

Personally aku jarang pakai inai especially kat tangan sebab aku rasa macam "buroks nya kuku aku.. kotornyaa.." Haa camtu. Tapi pernahlah pakai yang inai tiub Rani tu. Kawan kawan mak balik umrah ke haji ke kan depa suka bagi inai tu, aku kadang kadang tengok takda orang pakai aku pun pakai lah. Mula mula pakai memang kemain merah makngah sangat lah kuku aku. Tapi lepas dah lama lama dia akan pudar, alah tak payah tunggu lama lahhh sehari pun dah boleh nampak dia pudar. Kalau nak merah selalu kena apply hari hari lah. Rajin pulakkan nak apply hari hari -.-"

Colour inai yang jadi kecintaan aku kaler merah maroon yang macam colour inai Rani sebelum pudar tu dengan colour ala coklat coklat sikit. Haa untuk inai colour coklat ni aku nak suggestkan inai Noraini. Inai ni boleh je jumpa kat Mydin ke ataupun mana mana kedai jual inai lah. Harga aku tak ingat berapa tapi standard standard harga inai Rani je pun. Tak mahal mana. Inai ni dia pack dalam kotak dalam bentuk serbuk. Dalam bentuk tiub tak tak sure ada ke tak haritu, yang aku punya ni dalam bentuk serbuk. Macam ni kotak dia


Colour dia colour oren yang nak ke coklat coklat. Dari pandangan mata aku memang cun lah, tak tau lah korang. Kalau pakai untuk biasa biasa boleh, tapi kalau untuk kawen aku rasa macam tak berapa sesuai sangat sebab kawen kan selalu inai merah menyala tu kan.. Dan yang paling best pasal inai ni colour dia tahan lama, means tak cepat pudar macam inai Rani. Seriyesly. Aku pakai kat kaki sebelum puasa haritu lagi sampai sekarang colour dia mantain. Deabak!

Aku tak dapat tunjuk kat korang lah colour inai ni sebab aku pakai kat kaki, tapi bagi aku okey lah. Aku suka. Aku bagi 8/10 untuk inai Noraini. Wahhh siap rate bagai. Kurlass kau! huhu



p/s : Harini bizi buat macaroon order untuk raya. Korang nak order sms/whatsapp aku 013 527 2475

2 comments:

kemey said...

klasik pek die hehe..yg dalam gambar tu noraini ke?

NurainSuperr said...

ain biasa pakai inai dari daun tu, tahan lama :D