Friends

Monday, July 8

Entry Tayang Baju Kecintaan Jeee

Hi. Last two weeks yakni on the day yang aku last paper final haritu Incik Kaunselor balik Alor Setar. Wee memang sengih dari telinga ke telinga je lah aku weekend tu sebab dah habis exam satu hal. Dapat jumpa incik gula hati pengarang jantung satu hal. Huhuhh..

Sabtu tu pagi pagi lagi dia pick up aku kat rumah. Pegi lah kami berpeleseran kat Alor Setar Mall. Lepas jalan jalan, minum coolblog yakni benda wajib dibuat tiap kali jumpa, nonton wayang, ngobrol ngobrol,, kami pun singgah lah fos. Asalnya Incik Kaunselor ni lah ha nak cari tshirt, pusing pusing mall tu macam tak best, turun lah singgah fos. Masuk situ aku pulak yang lebih. Huhu. Ada terbekenan dengan satu baju ni ha.. sekali tengok terus capai tunjuk kat Incik Kaunselor

"Shantek nya baju nih"
"Isk tak cantik pun"
"Haa..? Cantik la nii" Sambil buat mulut itik. kuikui
"Tak cantik. Tak cantik. Kalau cantik macam niii.. macam nii.." Sambil tunjuk baju ala mokcik mokcik kat aku. Motip sangat tau Incik Kaunselor ni -.-"

Last last balik camtu je hape pun tak beli. Haishh... Balik tu sampai teringat ingat aku kat baju tu tauu. Last last surrender.. kena gi beli gak. Haha. Nii lah haa baju nyaaaaa dah selamat aku pakai pun :)



Tshirt je pun. Crop top omputeh kata sebab dia sengkat je. Memang kena pakai dengan singlet/inner lah untuk cover montot. Huhu. Apa yang aku suka sangat sangat is colour dia tu haaa.. Fabret. Aku gila sebentar dengan apa apa pun yang berwarna emerald green buat masa dan ketika ini. Sila jangan tayang seberang benda yang bewarna sedemikian di depan mata aku. Pastinya aku akan gilaaa.. Huhu. 

Lagi yang best pasal baju ni sebab kain dia lembutttt sangat. Alah kain cotton yang lembut tu haa.. memang sedap sangat pakai. Bila pakai je mata tukar jadi love love sebab sedap sangattt. Kuikui.. Lagipun harga pun berbaloi jugak aku beli pun sebab dua puluh lebih je satu. Kalau grab dua empat puluh, jimat lah beberapa hengget di situ. So aku pun grab je dua, satu lagi pun crop top jugak tapi kain keras sikit. Tak best sangat tapi lawa tu boleh tahan jugak lah. Background putih ada star star colour biru. Itu je. Kbye



p/s : Malam ni dah start tarawikh. Selamat ke mesjid! dan selamat berpuasa esok! :)