Friends

Monday, June 3

Cara tanggal blackheads/whiteheads paling terbaik

Ntah pape tajuk ayat tunggang langgang. Tapi tak kisah la kan asal korang faham sudah apa yang aku nak sampaikan. Actually bukan dalam mood nak berbelog pun sekarang tapi sebab eksited sangat nak share pasal ni, aku tulis je lah kan. Ayat tunggang tebalik pun kira halal lah ea korangg ;)

Kalau nak cerita pasal blackheads dan whitheads ni muka aku memang kemain banyak sangat blackheads dan whiteheads bagai ni sampai aku dah macam naik hantu jugak try product itu ini suatu masa dulu. Pernah try berbagai jugak mask untuk tanggal depa depa ni tapi most of them tak beri kepuasan yang hakiki pon pada aku. Sampai lah jumpa satu blog cerita pasal masker putih telur. Aku pun try lah memandangkan tak leceh pun nak cari bahan. Just putih telur dengan tisu. Very simple. Memang dah sedia ada kat rumah dah kan.


First time pakai sampai bawak ke tidur lah. Alih alih bangun pagi, mask dah ke mana dah. Hahaha.. Dengan mamai mamai bangun tidur tu aku terus gi cuci muka and sambung tidur balik. So time tu tak tau lah keberkesanan nya. Lepas tu aku dah tak pakai agak lama jugak sampai one day aku boring boring tak tau nak buat apa, aku tempek lah putih telur ni dekat muka. Lepas tanggal jer.... fuiyooo banyak gilerrrrr blackheads and whiteheads yang berjaya di nyah kan dari muka aku. Memang sangat sangat sangat berpuas hati tahap beruang kutub lah citernya. Lepas tu seminggu sekali memang dah jadi rutin lah pakai masker putih telur ni. Memang best sangat sangat.

Selain untuk tanggalkan blackheads dengan whiteheads, putih telur ni pun bagus untuk serap minyak yang berlebihan dan dapat putih dan tegangkan kulit muka kita. Vahvahvah.. Tak payah spend banyak pun, telur sebijik dengan tisu dua helai pun dah boleh cantik dah. Telur sebijik tu pun korang boleh share pat lima orang pakai tau, boleh cantik secara berjemaah nanti.. Hihi

Cara pakai simple je. Asingkan telur putih masuk satu bekas. Amik tisu, celupkan  dalam putih telur dan tampal kat muka yang dah dicuci bersih. Kalau nak stim muka dulu pun boleh. Kasi pori pori terbuka luas dulu. Lepas tampal tu tunggu lah sampai kering. Masa mula mula pakai dulu memang agak kekok sikit nak celup celup tisu nak tampal bagai. Dengan telur meleleh leleh siap. Tapi lama lama dah pandai dah. Nak tempek pun kejap jek. Huhu. Ermm bila dah kering mask korang tu, korang tanggalkan lah dan cuci muka and apply tonner, moisturizer dan segala macam yang korang nak apply. Senang sangat dah kan.. try la. Memang berpuas hati.


Haa ni gambar pagi tadi. Semalam pakai mask telur bagun pagi terus keluar dengan tak mandi, muka pun cuci pakai air gitu jerk. Nasib baik sempat gosok gigi. Huhu.. Semata mengidam Mcd. Berkurun tak makan Mcd habaq hang! Hehe



p/s : Incik Kaunselor lapor diri hari ni pakai tie i ols kasi. Heee ni sayang lebih ni #blushing


6 comments:

siti said...

wah.mcm best.Nk try nnti :D

UniMeOw said...

haha bgn pg mask ilang?dasat ni..hik3..

Dkna Abza said...

tak suka sebab hanyir :)

NurainSuperr said...

ain sela;u pakai yg dah ada kat kedai tu, senang ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

dulu waktu sekolah menegah rajin giler buat petua nih. maklum ler time tu mana ada duit

elhoub said...

senang je...pakai pencuci muka biore.saya pakai yang biore white....mmg terasa perbezaannya,muka bersih blackhead hilang ....takyah nak berscrub 2-3 kali seminggu