Friends

Sunday, April 7

Skincare - Dermagic by Simplysiti


Kalau korang ikut pengembangan dan pengecutan belog cikai aku ni, of coz korang tau yang aku guna brand skincare yang bersih dan suci -Safi Balqis Perfect 10 sebelum ni an an an.. Tapi malangnya brand bersih dan suci tersebut tak memberi kesan yang aku nak kan pun. Ada aku review kat entry REVIEW SET SAFI BALQIS sana. Oleh yang demikian, eh tak payah nak oleh yang demikian sangat lah kan aku pun decide lepas habis je Safi Balqis tu aku akan bertukar ke brand Simplysiti pulak.

Kenapa Simplysiti?? Sebab....walaupun brand Simplysiti ni penaungnya si cantik manis Dato' Siti Nurhaliza, tapi produk ni made in Korea tau. Aku sekarang dah macam suka gillss dengan Korean product sebab menengokkan orang-orang Korea perghhh cun melecun kulit depa. Nak cari sebutir jerawat pun susah tau!

Aku tak kenal pun sape si awek cantik maniss atas ni. Main cilok dari google je. Tapi kulit dia cantik gillss kan,, Iols jelly tau uols! ;P

Lagipun bila orang asia buat produk, of coz dia akan sesuaikan dengan kulit, cuaca, pemakanan, gaya hidup orang asia kan. Thats why la aku macam "ok i'll try Simplysiti lepasni!" dengan penuh yakin. Wah gitew -,-'

Walaupun terkezut beruk tengok harga produk Simplysiti ni,,, tapi oleh sebab aku ni jenis bila aku kata nak, aku akan nak jugak, so aku gunalah taktik kebiasaan aku. Nak tau taktik nya???? Taktiknya bawak mak shopping skali lar.... Hahahahahaha! Tak baik annnn pow mak sendiri.. haha. Tapi before aku ambik masuk bakul kat Watsons haritu dah mintak permission mak dulu laaa.. Takut mak tanjat lak kang time nak bayar kat kaunter nanti. Ahahks ;) Syukur lah mak memahami mood anak dia yang tetiba sibuk nak aware dengan skincare bagai sekarang ni. Dulu seminggu tak cuci muka pun tak banyak pe'el pon! NGeh ;P

Mulanya macam tak tau nak pilih sebab Simplysiti pun ada banyak jenis; Clear Solution, New Age, C Bright dengan Dermagic. Last last ambik aje Dermagic sebab Dermagic ni ada endorphin yang mana dapat kurangkan stress kulit kita tau. Wow tak? Wow tak? Selain dari tu, haa nah tengok lah lagi khasiat-khasiat nya lagi khasiat uolsss. dah macam suplement dah ha Yang ni aku copy dari website Simplysiti jer simplysiti.com.my

Moisturizes
Stress-free skin wow!
Lightens
Events skin tone wow!
Minimizes pore size wow!
Calming
Reduces fine lines & wrinkles wow!
Firming
Lifting with V-shaping effect wow! wow! wow!
Reduces skin imperfections
Radiant glow
Refreshes your skin
Reduce dark spot wow!
Make skin softer & more supple

Haaa banyak kan khasiat nya khasiat lagi Actually kalau ikutkan satu set tu ada lapan item. Tapi sebab aku ni malas nak pow mak banyak banyak sangat, aku grab empat je lah dulu. Mihmih.. Item-item yang berjaya di grab adalah.... *drumroll*


Tonner!!!! Best tau pakai tonner ni, sejukkkkkk~

BB Cream!!! Mahai tul lah produk Simplysiti. Sebetol ni aje dah RM50++ tau. Kalau pakai Safi Balqis, Maybelline and etc tu tak sampai RM20 pon. Mahai! >.<

Cleanser!!! Bau sedapp. Tak kuat sangat, just nice :)

Anddddd last sekali, serum!!! 

Empat saja dulu. Lagi empat lagi, eye cream, scrub, moistiruser sama itu mask lain masa pulak lah aku try. Empat ni pun mak dah jeling-jeling dah kat aku time kat kaunter.. Akottt~ hhahaha! 

Aku tak nak lah cerita banyak-banyak lagi pun kesan nya sebab aku pun baru je pakai seminggu dua camtu. Tunggu lah dua tiga minggu lagi aku buat review pasal produk Dermagic ni yer.. eheee :) Anyway thanks mak belanja Dermagic!! Muahhhh untuk mak! ❤ ❤ 



p/s : kat kolej kecoh pasal mokcik juai skincare datang dari padang sebelah hutan. whahhaa! macam scary je dengar~ yang lagi tak menahan mokcik tu katanya comel macam kak tun!!!! HAHHAHAHA ;P

7 comments:

NinaAz said...

Hih comel mcm kakton. Nina pun baru tukar produk kulit after 1year lebih2 pakai ncm xd kesan. So. Nina try produk therapeutic skg. Pencuci beli yang dr doktor medikulit.penyegar.pelembap yang therapeutic. Vitamin c. Then mk solution sunblock spf50. Best sgt... ♥♥

Nisa said...

waah satu set tu... saya dah pakai simplisiti punya cleanser dah setahun, so far sesuai je dengan kulit, before this, pakai c-bright, berkesan jugak hilangkan burn kat muka, then, now skrg saya try cleanser yg utk oily skin, tp simplisiti jugak, tunggu habis, nak pakai c-bright balik. hehe..

so, camne skin awak sekarang? ok tak.. review lagi plish. :)

Anonymous said...

Spot on with this write-up, I really feel this site needs a great
deal more attention. I'll probably be returning to read through more, thanks for the information!

Feel free to surf to my webpage: http://www.bijuter.msk.ru/

Anonymous said...

Greetings! This is my first visit to your blog! We are a team of
volunteers and starting a new initiative in a community
in the same niche. Your blog provided us useful information to work on.
You have done a extraordinary job!

Have a look at my web site; √ľbersetzung kostenlos franz√∂sisch deutsch ()

.::: Princess MOMOY :::. said...

time muka jerwat penh dulu pernah pakai beli produk siti yg clear solution (x ingat sangat dah lama)
tapi x berkesan . waaa...tp tgk review yg dermagic ni mcm oke di blog2 j

sharina said...

saya telah menggunakan produk ini dan telah memberi kesan yang amat buruk pada wajah saya..jerawat banyak naik setelah menggunakan produk ini dan amat menyedihkan saya..

imanina said...

dulu muka saya tak ada jerawat sangat,ada yang kecil2 je...lepas saya guna pembersih produk ni,jerawat besar mula tumbuh kat muka..