Friends

Monday, April 1

Resepi Sushi Ikut Suka Hati Aku


Weekend haritu tetiba datang mood rajin nak ke dapur, makanya terhasillah sushi buatan sendiri buat bekalan santapan kaum kerabat di unibersiti. Sushi ni senang sangat nak buat even nak buat kat hostel yang takde dapur gas pun bolehhhhh sebab senang ngat!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gambarajah di bawah nii


Ini dia seaweed ataupun rumpai laut. Untuk seaweed ni aku pakai brand Big Bang sebab brand ni aje yang besaiz besar dan ada label halal. Ada dua flavour tau seaweed ni. Satu yang classic flavor macam dalam gambarajah, satu lagi yang pack colour oren perasa sotong. Tapi aku lagi suka brand yang ada muka apek kat depan pack tuuu,, tak ingat brand apa tapi memang sedap lah yang tu sebab rasa pedas pedas sikit sebab dia campur dengan wasabi. Tapi yang tak best nya size nya semuanya kecik, tak sebesar yang Big Bang ni ha. Tak sedap lah nak menggulung. Ehee


Yang ni pulak lauk pauk yang aku taruk kat sushi aku ni. Yang ni ikut selera masing-masing lah. Macam aku, aku guna je apa yang ada kat dapur tu ha. Carrot, sosej, crab roll dengan telor goreng aku potong potong memanjang. Satu lagi yang dalam tin tu tuna.

Ok, cara nak buat sangat senang.
Pertama, cara buat nasi,,,, ada sesetengah orang yang guna beras Jepun lah bagai. Ada yang guna beras biasa pun boleh tapi bila masak lebih kan air supaya nasik tu lembek pastu tambah cuka, garam, gula.
Tapiiii oleh sebab aku malas nak masak nasik, aku pakai je lah balance nasik masak untuk lunch haritu..... Gaul-gaulkan nasik tu dengan mayonise sesedap rasa then ratakan je atas seaweed tadi, letak segala carrot ke telor, sosej and what so ever yang korang nak letak tu, lepastu gulung aje... 
Dah siap menggulung, slice kan je lah. Tapi make sure pisau tajam tau sebab kalau tak tajam nanti sushi korang tu hancusss >.<

Korang faham ke idok apa aku bebelkan ni?? Kalau tak faham cer korang gi tengok belog ahkak-ahkak ni ----->  BELOG AHKAK


Tadaaa!! ni je lah hasilnya~~ Tak secomel yang gambar kat atas sekali tu lah pun especially yang tuna tu haaa.. Comot nau! tapi sedap. Ahaks ;P


Selamat Mencuba girlss




p/s : kenapa cukup susah untuk berkata 'tidak' ;(