Friends

Tuesday, March 19

Review Safi Balqis Perfect 10

Ini kesinambungan dari entry sebelum ni [sila klik sini untuk lihat] Kalau tengok dari tarikh entry lepas, dah sebulan lebih dah aku guna Safi Balqis ni. Syukur aku boleh disiplinkan diri aku untuk pakai secara konsisten. Haha sebab aku ni selalunya time baru-baru beli je semangat lebih, last-last terperuk je dalam locker tak bersentuh -.-" Tapi tidak untuk Safi Balqis ni. Haha. Masih dapat konsistenkan diri apply produk ni dua kali sehari. But still,, sebotol pun tak habis-habis lagi walaupun dah sebulan lebih pakai. Time beli dulu aku tengok,,, "alahaiii comel nau botol dia... ni pakai sebulan mesti dah kena beli baru ni. patut la harga murah" Tapiiiii ternyata sangkaan ku meleset. Tonner yang aku suka press sampai basah lencun satu cotton pad tu pun baru tinggal half tau. Kira bagi aku berbaloi la harga dengan kuantiti :)

Recycle gambar entry lepas. Hee

Haaa ni la barisan produk-produk yang aku guna. Macam yang dah aku mention dalam entry sebelum ni, aku tak guna pelembab pun sebab muka aku jenis yang berminyak. Kalau apply pelembab nanti akan jadi lagiiii lah berminyak. Krim kecantikan pun aku tak beli sebab malas nau nak apply berlayer-layer kat muka. Haha. Cer bayangkan pagi-pagi buta rushing-rushing nak pegi class, lepas cuci muka segala, nak kena apply tonner, lepas tu serum, lepas tu eye cream, lepas tu bb cream, lepas tu compact powder. Whoaahhh sebab aku bukan jenis yang suka berlama-lama depan cermin, so lima benda nak kena apply pun aku dah rasa banyakkk gilaaa dah. Hahaha. So pelembab dengan krim kecantikan tak include dalam review ni yer kawan-kawan. Ok. bawah ni gambar sebelum dan selepas aku pakai Safi Balqis. Cewah macam iklan skincare giteww -.-"


Kalau dari pandangan mata kasar macam tak ada perubahan apa pun kan gambar sebelum dengan selepas tu??? Ye, memang mata anda tidak menipu sebab gambar sebelum dengan selepas memang gambar yang sama je. Aku copy paste je pun! Kahkahkah! Kdiam. Tak lawak pun >.< Ok. Motip nya aku copy paste gambar yang sama sebab aku rasa macam takde perubahan apa pun kalau aku tengok muka aku dulu dengan sekarang. Ahaks! Mungkin la ada perubahan sikittttt.. Tapi scar masih berleluasa. Eyebag masih kelihatan. Tona kulit masih tak sekata. Pores masih terbuka. Blackheads/Whiteheads pun kemain bermaharajalela. Ok, bab scar tu mungkin aku boleh maafkan sebab dalam 10 Tindakan Lengkap belakang botol tu takde pun untuk hilangkan scar. Tapi bab pores, tone kulit, eyebag tu yang mengecewakan dahku -__-

Tapi. Tapi. Tapi itu dari pandangan mata kasar laaaa,, kalau rasa sendiri, sentuh sendiri kulit muka dahku sekarang ni. Yess ada perubahan. Banyak! dan aku sangat batak sentuh muka sendiri masa awal-awal dulu. Sekarang pun masih ada lagi sikit sifat kebatakkan tu rasanya. Hahahaha! Susah nak explain camne rasa nya tapi sangat lain lah dari sebelum ni. Tapi yang pasti, habis je Safi Balqis ni, aku nak try Simplysiti pulak. Ahahahaha! 

Sekian untuk review kali ni. Mohon maaf kalau ada tersalah kata, tersilap bicara ke apa ye sepanjang review ni. Aku just kongsikan apa yang aku rasa sepanjang sebulan penggunaan produk ni jer. Bagi yang  nak try Safi Balqis ni, cuba lah dulu sebab lain orang lain jenis kulit muka nya, lain lah kesan yang dia dapat. Tak semestinya bila produk tu tak sesuai untuk si A, maka tak sesuai juga untuk si B. So kalau nak cari yang betul-betul ngam dengan kulit, memang tuan punya badan kena try sendiri lah dan rasai kesannya. Cewah.



p/s : "ku berlari kau terdiam, ku menangis kau tersenyum, ku berduka kau bahagia, ku pergi kau kembali, ku cuba meraih mimpi kau cuba tuk hentikan mimpi, memang kita takkan menyatu" -Cakra Khan. Suka giler woi lagu ni!!!! Ahaks

7 comments:

Izzati Liyana Sabri said...

hahaha. batak eh? safi ni kite pakai dulu time sekolah rendah kot. tp rasa mcm takde effect je. tu tukar. tp dulu pakai facial wash jelah. takde complete sebegini.

kite pon jenis malas tau nak sapu banyak banyak. dahlah malas nak bangun pagi kan, mestilah bangun lambat.pastu nak tepek banyak banyak mmg tak sempat la der. pakai basic je. hehe

Anonymous said...

guna picture yg sama..mmg la xnampak doh

.::: Princess MOMOY :::. said...

time sekolah dulu pernah juga pakai
time tu x kerja lagi
tapi xde effect la dear pada momoy =)

iezaa said...

yang kita punya lah dok tenung lama-lama cari perbezaan before and after kahkahkah.

dulu masa sekolah rendah, kita guna biore. then tukar safi balqis sebab rasa bosan pakai biore. lagipun biore buat kulit kita mengelupas since kulit ni sensitive.

lepas tu bosan jugak, then try Cetaphil. sepanjang tempoh pakai cetaphil tu okay, kulit tak mengelupas and paling penting tak banyak keluar peluh and minyak.

Then tukar safi balik sebab tak tahan bil melambung guna cetaphil. Situasi sama berlaku, bosan pakai and rasa macam memang tak berkesan dengan kulit hoho. So now kita pakai clean n clear fruit essential :)

Masih mencari cleanser and toner yang sesuai dgn muka ^,^

Anonymous said...

eh saya penah gune safi tau,,elok sgt sirius.mula2 jerawat hilang diikuti dgn parut,whitehead n blackhead..itupon sy cume gne pembersih n toner.

tpi malangnye haritu safi sy abes,,,pas2 gune oxy habes byk gile bangang jerawat naik sampaikan sume bdak skolah sy pandg sy dua kali.ad yg tgur sy kene chickenpox la tula nila...

chenlina said...

chenlina20160511
coach factory outlet
cartier watches
nike air max
louis vuitton outlet
lebron 13
cheap jordan shoes
tods outlet online
kevin durant shoes 7
michael kors outlet
adidas superstars
kobe bryant shoes
coach factory outlet online
coach outlet
lebron 11
michael kors outlet
true religion jeans sale
michael kors outlet clearance
louis vuitton outlet
kobe 9
coach outlet online
coach factory outlet
ray ban sunglasses
gucci belts
coach factory outlet
oakley canada
air jordan 8
cheap oakley sunglasses
timberland outlet
tory burch handbags
instyler max
hollister kids
oakley vault
coach factory outlet
michael kors handbags
adidas superstar
cheap jordan shoes
cheap nfl jerseys
coach outlet
louis vuitton
nike uk
as

cik heartless said...

Satu set bape harganya??? Reply ASAP