Friends

Monday, March 4

High Heels?? Oh No No No

Amboi sangat tak tajuk? Haha. Hari ni aku nak sentuh sikit pasal high heels ataupun dalam bahasa Somalia nya lebih dikenali sebagai kasut tumit tinggi. Ok, tak lawak pun, booo >.<


Ok. 

Ok. 

Aku suka high heels. Sangat suka. Sebab high heels tu sendiri dah seksi. Tengok lah shape dia, perghhh.... seksi. Hehe.. walaupun si pemakai tu tak seksi mana, tapi bila dia saruk je heels automatik dia jadi seksi sebab heels ni dapat ubah posture badan kita tau. And of course dapat meninggikan orang yang tak berapa tinggi. Tapi part tinggi-tinggi ni aku tak ambik port sangat sebab aku dah tinggi pun. Muahahahahahha!! dan kurus. Okbye.

Time sekolah sampai first sem kat Matriks memang aku obses dengan high heels. Asal beli kasut je heels mesti nak tinggi aje. Tapi oleh sebab aku ni kalau tak pakai heels pun dah 160cm plus plus, makanya heels yang paling tinggi pun 4inci je lah. Tu pun dah jadi serupa apa lagi tinggi sorang-sorang. Pftt

Bila menyedari ketinggian aku bila pakai heels bukanlah berada di tahap yang normal, makanya aku beralihlah pada flat. Sem kedua kat Matriks beli flat pink ya aw aw yang aku cerita kat entry haritu, since that terus pakai flat je. Ke hulu ke hilir dengan flat. Pegi kelas, pegi shopping, pegi kenduri apa segala mak nenek majlis semua bantai pakai flat jer.

Tapi. Tapi. Tapi. Serius cakap, nak beli flat sangatlah leceh sebab kaki akan melecet especially bila pakai kasut yang masih bau kedai dan nak nak lagi berjalan pulak non stop. Confirm melecet punya wa cakap lu.. Thats why aku jarang beli kasut. Sebab nak dapat kasut yang tak buat kaki melecet first day and forever pakai tu sangat mahal bagi aku. Sebab tu bila dah dapat yang sangat berpuas hati, aku lanyak kasut tu sampai lunyai walaupun kalau aku tanggal kasut, tapak kat dalam pun dah hitam serupa tapak kasut dah aku tengok. Tiap kali nak saruk kena tutup mata rapat-rapat, geli. Ahaks >.<"

Kalau dihitung dan dikira, aku dah dua tahun kat universiti ni. Sepanjang tempoh tu jugaklah aku tak pakai heels langsung. 100% flat. Takde heels walaupun seinci. Kalau tak pakai flat,aku pakai selipa jamban, pun flat jugak kan selipa jamban pun... Huhu. Boleh percaya tak pompuan yang suatu ketika dulu sangat obses dengan heels kini berjaya melupakan kasut bertumit selama dua tahun?? 
Ayat nak poyo je kan aku ni. Puiihh! ;P

Oleh sebab dah dua tahun tak pakai kasut bertumit, Sabtu lepas aku terbeli lah sebijik sandal bertumit. Tak sengaja sebenarnya, ingatkan tak de tumit, sekali dah beli baru perasan ada jugak lebih kurang seinci camtu tingginya. Ingatkan okey lah, takde effect apa setakat seinci camtu. Alih alih baru kelmarin pakai gi kelas, dah sakit kaki sampai ke sekarang. Padahal harini dah tukar pakai flat dah pun. Adeiii~ dulu rilek je kot seharian pakai heels 4inci, sekarang 1inci pun dah parahhh.. Ohhh kaki ku udah tua!!!! Dah takleh pakai heels dah pasni, kaki dah tak boleh terima. Sob sob sob

Ok lah papai.. Nak cakap kaki sakit je pun entry dah jadi panjang berjela gini. HEHH



p/s : Takde gambor.. wifi kolej selow ngat =.="

2 comments:

NinaAz said...

Nina sampai skg keja still lagi pakai high heels. Tp tahun ni tahun ketiga kerja. Slow dah sikit pakai. Heee. Lebih suka pakai flat skg. Tp sebab ketinggian 154 jea. So kena pakai jugak heels. Supaya nampak lagi tinggi dr student. Muehehe

Izzati Liyana Sabri said...

wahh tingginye awk 160++.
kite lebih kurang 160 lah. so, i think high heels is okay for me. dulu time dip, mmg pakai heels je pergi kelas sbb tingkat paling tinggi pon 3 ja. degree kena panjat bukit, gunung ganang sampai tingkat 11, mmg terus tak pakai dah. tp sekarang tgh practical, i'm back to heels! hehe.