Friends

Monday, February 18

Set Safi Balqis Perfect 10

Muka aku ni nak kata flawless yang amat tu idok lah, nak kata teruk sangat pun idok lah jugak. Jerawat-jerawat batu tu jarang-jarang sekali ada, biasanya jerawat-jerawat pasir halus tu banyaklah. Tapi yang tak best nya tangan aku ni ha tak pandai duk diam, nampak jer jerawat mula la sibuk nau nak gentel-gentel selagi tak keluar isi putih tu selagi tu lah tak puas, kadang-kadang sampai berdarah-darah aku buat. Huhu. Last last ambik kau.. tinggallah kesan parut buat peneman seminggu dua. Dushhh kat diri sendiri sebab tangan tak qeti duk diam! >.< Selain tu muka aku ni kalau di zoom kan mesti akan nampak pori-pori yang terbuka luas pastu tona kulit pun ada certain part yang tone gelap dan certain part lain yang tone cerah.

Macam macam produk jugak aku try. Macam sebelum ni pernah beli trial pack Bio Essence Tanaka White sebab kawan recommend gila-gila cakap produk tu bagus. Tapi. Tapi. Aku pakai kemain bercambah pulak jerawat. Mungkin tak kena dengan kulit aku kot sebab produk kecantikan ni lain orang lain kesan dia kan. Selain tu pernah try macam-macam jenis pencuci muka jugak macam Nivea, Ponds, Olay, Garnier pastu yang paling latest St Ives. St Ives ni macam okey jugak tapi entah kenapa tak rasa macam nak continue pakai brand ni. Huhu

Dannn sekarangggg sukacita dimaklumkan bahawasanya akuuuu, tuann tanahhh belog sherotpetot.blogspot telah peralih pulak ke Safi Balqis Perfect 10. Hahaha. Tapi kali ni aku bantai beli hampir satu set terus. Kemain rakus nya kan akuuu..! Semuanya sebab Watsons buat promotion untuk produk Safi lah ni haritu. Terus tergerak hati nak try satu set. Nah, tayang gambor sikitttt...


Dari kiri serum, bb cream, gel pengelupasan, krim mata dengan tonner. Pencuci muka dengan scrub yang colour oren tu pun aku beli tapi terlupa nak include sekali dalam gambor. Yang tak beli pelembab dengan krim kecantikan je sebab pelembab orang kata tak perlu untuk kulit berminyak macam aku ni. Krim kecantikan pulak aku rasa dah ada bb cream cukup dah kot. Huhuhu ;P

Masuk hari ni baru hari kedua aku guna produk ni, dia cakap boleh nampak kesan dalam masa dua minggu. Cepat tak cepat kauuu dua minggu dah boleh nampak kesan..?! So kalau nak tau berkesan ke idok kena tunggu review dari aku dua belas hari lagi yerrr kawan kawan ^^



p/s : Minggu pertama yang suram  -____-