Friends

Thursday, February 7

Resepi Aiskrim Coklat Sedap

Untuk entry kali ni aku tak nak cerita pasal jahit dah. Asyik cerita bab jahit je kan boring jugak. Kali ni nak main masak-masak pulak. Hehe. Tau tak kita boleh buat sendiri aiskrim coklat sesedap aiskrim magnum almond. Perghhhh~ Ok itu aku tipu je. Rasanya idok lah macam aiskrim magnum yang oh-so-nyummy tu tapi rasa aiskrim ni pun tak kurang hebat lah jugak. Licin juga satu tupperware aku buat haritu ;D 

Bagi korang yang macam teringin nak try buat sendiri tu nah aku share resepi aiskrim coklat ni. Senang ya rabbi nak buat. Bahan bahan pun senang je nak dapat.


Haa ni bahan-bahan nya..
@ 2 cawan susu HL berperisa coklat
@ 1 packet 200g Coffee Mate
@ 1 packet biskut Cream-O

Cara buat nya korang blend je susu dengan coffee mate. Lepastu masuk kan sikit demi sikit biskut Cream-O. Tapi biskut tu aku tak blend 1packet tu lah, aku blend separuh je. Lagi separuh aku simpan untuk topping nanti. Lepas dah blend korang tuang dalam bekas. Pastu tabur biskut Cream-O yang lagi separuh tu. Tapi korang hancur-hancurkan dulu lah ea. Lepastu masukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Bila dah mengeras dan dah nampak rupa aiskrim tu kira dah siap untuk dihidang lah :) Senang kan?



Macam ni la rupanya sebelum disejuk beku kan. Lepas dah sejuk beku tak sempat tangkap gambar lah pulak,, terus ngap masuk mulut alih alih dah licin dah. Huhu~



Selamat Mencuba!

9 comments:

Perling Putih said...

Memang nampak sedap....

NinaAz said...

Malam ni sy balik kg. Dlm otak ni nk buat pavlova ng puding roti. Hihi. Nk masukkan aiskrim ni jugak dalam list. 1minggu cuti nk jadik chef pastry jap. Haha

Farahin Izzati said...

senanng nya, nak test r bila free t :D

najihahfara said...

senang je nak buat ye

syaz said...

sedapnye~~~~~
tp lg best gune oreo..haha

picairin said...

Xsimpan. ! Pada suatu hari sungguh!

Anonymous said...

Dua cawan susu tu tuk bpe byk?? Yg coffe mate tu lak nk cmpur kan sume 200g tu kew??

sherotpetot said...

anon- 2cawan kopi. yg coffee mate guna semua 200g

Nourie Zeyha said...

Wah.. resepi ais krim paling simple n sikit bahannya. Best makan musim panas cam sekarang ni. :)