Friends

Thursday, February 7

Idea Background Photo Booth Yang Simple

Photo booth, candy booth, guestbook booth and macam macam lagi booth yang asalnya dari barat ni dah semakin mendapat tempat dah kat Malaysia kan. Like, pegi mana-mana kenduri pun mostly diorang setup kan booth-booth ni. Termasuklah jugak kakak aku, time dia kawin haritu pun aku tolong setup kan photo booth dengan guestbook booth untuk dia. Ada aku cerita kat entry lepas. Dan sebab entry tu jugak mencanak naik visitor ke blog aku dan nahhh buktinya boleh tengok di list popular posts kat sidebar blog aku ni. Dan hari-hari pun berdasarkan stat blogspot ada saja keyword orang cari pasal booth-booth ni, "idea untuk photo booth" lah, "bahan untuk photo prop" lah, "buat diy photobooth" macam-macam lagi lah. Haha macam aku masa nak buat booth untuk kakak aku haritu lah, merata google.. cari ilham kan :) So harini let me share dengan korang semua serba sikit yang aku google haritu. Tapi untuk entry hari ni aku story pasal background photo booth dulu, alah background untuk orang tangkap gambar tuuu.. Tapi aku just share yang simple simple je lah ye, dan murah juga. Sesuai untuk yang nak buat sendiri tu

Yang ini dia just tampal kertas bercorak je kat belakang tu, then tambahkan accessories flag banner dan signage photo booth tu. Yang kertas bercorak tu korang boleh tampal wallpaper ataupun beli wrapping paper dan susunkan kat belakang tu. Kalau kreatif nak design corak atas kertas mahjung pun boleh :)

Yang ni pun sama juga. Tapi yang ni dia tambah accessory kertas yang menjurai jurai tu. Tutorial kertas menjurai tu boleh click sini

Haaa yang ni macam idea first yang aku nak buat untuk wedding kakak aku haritu tapi tak menjadi akhirnya sebab beberapa faktor. Yang ni korang jus beli ribbon dan susunkan je banyak-banyak kat belakang tu. Or nak beli kainpun boleh, tapi aku rasa better guna ribbon lah lagi senang sebab dah tak payah potong dan boleh masih boleh guna lagi di kemudian hari, tak membazir.

Yang ni pun sama cuma dia tambah manik-manik tu. Nice kan?

Yang ni simple sangat tapi still cantik. Just tampalkan bunga-bunga kertas je kat belakang tu. Tutorial bunga kertas tu boleh tengok kat blog ni

Yang ni pun sama tapi bunga dia lebih besar dan dia tambahkan dengan accessory yang menjurai tu. Cantik sangat.


Yang ni just potong kertas jadi bulat dan attachkan kat benang/tali dan gantung.

Yang ni pun sama tapi yang ni dia tak attachkan kat benang/tali, terus dia tampal kat dinding dan size pun sama saja.

Untuk buat macam ni just cari cd lama-lama dan ikat dengan tali. Pun boleh..

Ataupun tampal je collage gambar atau kalau nak vintage sikit boleh tampal keratan-keratan newspaper

Collage potongan kertas plain pun boleh

Ataupun collage sampul macam ni. Unik!

Untuk pasukan sorak boleh pinjam pom pom untuk buat background. Huhu. Tapi unik kan..?

Haa yang ni yang macam aku buat untuk wedding kakak aku haritu. Kipas-kipas kertas ni, tapi boring dah sebab ramai sangat yang buat. Huhu.. Tapi cantik lah ;')

Yang ni macam best, beli board hitam macam yang aku beli haritu dan design-design corak guna kapur. Macam comel je kan.. Huhu

Yang ni pun comel. I love lace. So kalau just sidai lace bodoh-bodoh macam ni pun still nampak cantik sebab lace tu sendiri dah sememangnya cantik. huhu

Guna belon helium ni pun boleh juga. Lepastu ikat ribbon/tali yang dipotong pelbagai ketinggian dan letak pemberat kat bawah. Pastu susun macam gini

Kalau rasa macam tak cukup, tambah biar penuh macam ni. Huhu

Susun lanterns banyak-banyak kat belakang pun cantik.

Macam good idea jugak kan kalau gantung kat bawah khemah, tapi view belakang kena cantik lah kan :)

And last but not least susun fresh flower banyak-banyak kat belakang pun ohsem jugak. Tapi siap duit lahhhh nak beli fresh flower!! huhu. Ok ganti dengan artificial flower pun boleh lah ;)


So mana satu pilihan kalbu? Hihi. Yang penting jangan membazir ok. Macam opah opah selalu cakap ukur baju di badan sendiri. 

Aku stop dulu sampai sini, next entry kalau rajin aku cerita lagi ye pasal ni. Tak janji tau. Huhu. Harap entry ni membantu semua cari idea untuk buat photo booth. Papai


3 comments:

Anonymous said...

tq for sharing darl. really helpful

NinaAz said...

Saya suka y bunga besar dan manik berjurai tuuuu. Suweet sgt. Masa wedding sy taun lepas, teringin sgt nk buat benda alah ni. Tp bila tgk mcm susah jea nk diy misai lah. Mulut la. Hidung la. Terus cancel nk buat. Tp bila tengok photobooth y simple cantik mcm ni. Terasa mcm... alahai.. nape aku tak huat mcm ni. Haha. Xp2. Taun ni adik kawin. Nanti nk buatkan utk dia

Izzati Liyana Sabri said...

cantik cantik dan kreatif. boleh buat jugak nanti. huhu