Friends

Friday, February 1

Diy Big & Bulky Pencil Case

Actually aku tak pernah plan untuk buat pencil case, semuanya gara-gara pencil case angah yang dah uzur tu habis terburai dek kerana terlampau banyak khazanah disimpan kat dalam. Kalau dah nama nya cikgu, segala mak nenek harus ada dalam pencil case. Marker yang montel-montel tu aje dah berapa batang dah. Barang-barang lain lagi, jadi memang kena big & bulky lah pencil case untuk angah kali ni ;)


Haa nampak? Saiz gajah punya pencil case aku buat. Huhu.. Tapi simple je la. Just a plain kain jeans dengan zip dua ketul saja aku gunaa. Huu memang betul-betul simple. 

Sebenarnya aku nak guide korang camner nak buat pencil case ni tapi tapi oleh sebab tak semua step pun aku snap gambar,, oleh sebab tengah-tengah buat tetiba boleh keluar gi pos barang lah, balik-balik buat sikit pastu tetiba boleh keluar lagi gi beli makanan lagho pulakk. Memang tak tertangkap lah kan gambar nya. So mana yang tertinggal tu aku lukis je lah ye pakai MS Paint. Weee~


Yang pertama, macam biasa, bahan-bahan yang diperlukan...
1. Pembaris panjang. Tapi aku cari pembaris panjang tak jumpa lah pulakk
2. Kapur untuk tanda atas fabric
3. Gunting kain
4. Measuring tape
5. Fabric. Yang ni aku guna seluar jeans lama jer
6. 2pcs Zip 10inci
7. Benang. Colour depend
8. Mesin Jahit
9. Tapak untuk jahit zip. Tapi oleh sebab aku takde tapak tu, aku bantai je jahit pakai tapak jahit biasa pun.. >.<


Okey first of all, kalau korang guna jeans lama macam aku ni,sila cuci bersih-bersih dan tetaskan jahitan jeans tu. Tapi oleh sebab aku ni tak berapa rajin, aku gunting je kat bahagian penjahit tu. Huhuhuhuhuhu


Lepastu potongkan kain ke bentuk empat segi ikut saiz yang korang nak. Kalau yang macam saiz yang aku buat sila ikut ukuran seperti yang di atas. 2helai ea potong. Satu depan dan satu belakang.


Dan potong satu lagi kain ke bentuk empat segi tapi pendek sikit berbanding yang first tadi. Yang ni untuk yang bahagian depan. Pencil case yang aku buat kan ada dua panel (boleh rujuk gambar pencil case yang dah siap kat atas tadi)

Next step lepas dah siap potong ketiga-tiga helai kain tu, korang boleh lah jahit tepi kain. Tapi oleh sebab aku takde mesin jahit tepi, dan malas nau nak gi hantar kat kedai jahit maknya kat depan tuu.. Aku skip jelah step ni. Theee


Then, boleh mula jahit zip. Cara nak jahit zip...  korang letakkan kain yang dibahagian yang depan mengadap ke atas dan zip mengadap ke bawah macam gambar kat atas ni


Lepastu temukan hujung zip dengan hujung kain seperti di atas dan jahitkan di bahagian yang aku tandakan merah tu. Pastu bahagian yang satu lagi pun korang repeat step yang sama yek.


Bagi korang yang konfius part mana satu yang nak dijahit dulu, yang mana nak dijahit kemudian. Haa meh rujuk gambar kat atas ni meh. First korang jahit panel yang depan tu dulu. Then dah siap yang depan barulah korang proceed panel yang belakang yer. Understand girls??? ;p


Haa dah siap jahit zip, korang alihkan ke bahagian belakang dan jahitkan macam yang aku tandakan merah kat atas ni. Yang line bold hitam tu zip yang korang dah jahit tadi tau.

Lepas dah jahit yang line merah tu korang alihkan balik ke bahagian depan. Kalau dah macam ada rupa pencil case tu,kira dah siap lah pencil case korang ^^


Selamat Mencuba!