Friends

Sunday, February 10

Diy Bantal - Hadiah Birthday Bos



1haribulan February birthday bos. Macam baru kejap je aku post pasal birthday bos last year kat entry ni. Alih-alih dah birthday dia lagi. Huhu. So hadiah apa nak bagi?? Kalau boleh nak bagi hadiah yang orang boleh guna sampai lunyai. Tak pun paling tak de idea, belanja je orang tu makan, kenyang perut, suka hati. Tapi nak belanja makan macam biasa sangat, plus tengah cuti sem kan sekarang, guaner nak belanja makan nye, sorang kat sini, sorang kat sana. Soo pikir punya pikir ntah guaner dapat idea nak bagi bantal. Ala-ala simbolik "kenang daku dalam lena mu giteww". Wiwitt.

Bantal tu haruslah hasil tangan sendiri khennn. Baru sweet sikit *muntah.. Tambah-tambah tengah cuti sem ni, memang tepat pada masa nya lah nak men'diy' segala ni. Dann sambil-sambil buat bantal tu, aku sempat lah jugak snap-snap gambar, kengkonon nye nak buat tutorial kat blog, padahal ni lah first time aku buat bantal, nak jadi ke idok pun tak tau lagi time tu, dah verangan nak buat tutorial uols. Ngeh..! Tapi alhamdulillah lah menjadi juga bantal nya. Ada juga rupa bantal bantal aku tu. Cuma part yang palinggggg last aku buat silap, habis rosak! rosak! sebab tu aku tak letak gambar bantal aku kat atas tuu, huhu yang tu gambar cilok google, style kan bantal dia, walaupon muka laki tu ada bulu-bulu je. Huhu



Ok, first macam biasa barang harus ada. Gunting kain. Pembaris panjang, tapi time tu aku tak jumpa pembaris panjang, so guna je yang pendek.Pensil ataupun kapur. Measuring tape, sebab aku takde ruler panjang kan.. Kain, corak, colour, jenis kain, berapa meter tu semua bergantung lah ye. Yang kain aku ni kain yang dah ada kat rumah. yang aku beli untuk buat photo booth wedding kakak aku dulu yang tak guna, ada aku cerita kat sini. Kekabu atau fiber, aku guna kekabu bantal lama je. Jarum, benang, mesin jahit dan seangkatan dengan nya.

Untuk bantal aku ni aku buat bantal saiz 16"x16". First aku potong dulu kain jadi empat segi macam dalam gambar. Saiznya 34"x18". 34" tu bila kita lipat dua akan jadi 17" kan. 1" untuk basi. Tinggallah 16". Dapat? Begitu juga dengan yang 18". 1" kiri dan 1" kanan untuk basi.Tinggal lagi 16". Ok? Clear ea??

Haa yang ni dah lipat dua tadi, yang bahagian aku (x) tu aku ukur 1" dan garis untuk basi. Yang ni untuk buat sarung isi kekabu/fiber tau.

Lepas dah garis tu, aku jahit je ikut garisan tu. Tapi aku tak jahit semua tau, tinggal sikit space untuk nak masukkan kekabu/fiber ke dalam nanti. 

Bila dah jahit tadi, aku terbalikkan yang penjahit kat sebelah dalam macam dalam gambar. Lepastu sumbat lah kekabu sampai penuh.

Lepas dah penuh, jahit kat tempat yang kita masukkan kekabu tadi. Untuk jahit kat part tu jahit tangan je, aku pakai jahitan "lilit ubi". Boleh cuba google caranya. Bila dah siap jahit jadi lah macam kat atas ni. Haa dengan gigih nya siap berlabel lagi.

Kasi zoom sikit.. Syahirah, namo den. Cewah rasa cam tauke bantal jap -.-"

Bantal dah siap dah, tinggal jahit sarung nya lah pulak. Untuk sarung ni korang boleh la guna kain jenis lain or yang bercorak ke ape, aku guna kain yang sama je,, sebab kain tu je pun ada kat rumah ni. Huhu

Untuk buat sarung bantal ni, step pertama korang potong kain jadi empat segi 18"x38". Lepastu boleh jahit tepi, tapi aku tak jahit tepi pun sebab malas nak gi kedai so aku lipat 2kali je kat hujung-hujung kain. Untuk nak lipat-lipat hujung kain ni korang kena tambahkan sikit la saiz kain korang tu,, sebab 18"x38" ni tak termasuk yang aku lipat-lipat hujung kain tu tau!

Lepastu step seterusnya macam gambar kat atas, korang ukur lebih kurang 12" dan lipat dan penitikan supaya lipatan tak lari.

Lepas tu ukur lagi mula dari lipatan yang korang letak jarum peniti tu 16". Lepastu lipat lagi. dan letak jarum peniti juga supaya tak lari.

Lepastu korang ukur 1" di tepi kiri dan kanan dan gariskan lurus. Nanti korang akan jahit ikut garisan ni la. 

 Haaa,, macam ni. macam ni.


Then korang terbalikkan sarung tu, dan boleh cuba di bantal yang korang buat tadi, boleh masuk ke idok bantal nya. Kalau boleh masuk dan korang pun dah puas hati, boleh proceed untuk mendekorasi kan sarung bantal tu ikut kreativiti masing-masing. Nak letak labuci ke, nak cat ke, lukis ke ape pun boleh. Macam aku, aku print kan gambar aku je kat atas tu. Hehe, saja nak interframe. Alih-alih ke laOttt jadi nya
  
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
V


Nampak tak line tuuuu? Serius line tu mencacatkan bantal tu. Pftt!! Nasib laa line tu kena kat gambar bos, tak kena kat gambar aku. Hewhewhew.. Oleh sebab dah buat, cantik tak cantik, nak tak nak, bos kena terima dengan redho. Ngee.. Next time kawe tuko cover baru ye bosss ;)
Selamat Mencuba!



p/s : Ada yang nak tau tak camne aku print gambor kat atas sarung bantal tu tak??? Hehe.. Nantikan next entry ye~